~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Wednesday, May 18, 2011

Warga ABIM Sokong Anwar Kerana Maruah bukan Kerana Apa-Apa...



 
KITA TIDAK MINTA APA-APA...

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) yang berbahagia Dato al-Fadhil Ustaz Dr Sidiq Fadhil, ketika memberi ucapan di Forum Pengkisahan Sejarah ABIM sempena sambutan 40 tahun ABIM di Universiti Selangor ( UNISEL ) pada hari Sabtu, 14hb Mei 2011 baru-baru ini mengesahkan bahawa ABIM tidak mengharapkan apa-apa habuan dari Dato Seri Anwar Ibrahim, sekiranya ia ditakdirkan menjadikan Perdana Menteri Malaysia di satu masa nanti dengan sokongan yang kita berikan kepada beliau dalam isu Fitnah dan Video Seks yang dilemparkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim oleh musuh-musuh politiknya.

ERA 80'AN DAN 90'AN ERA PALING GETIR DALAM MEMATANGKAN ABIM

Ujar Dato Dr. Sidiq, era tahun 80’an dan 90’an adalah merupakan era yang paling pahit dilalui oleh barisan kepimpinan dan ahli-ahli ABIM dengan kemasukan Dato Seri Anwar ke dalam UMNO.

Ahli-ahli ABIM terbelah tiga. Sebahagian menyokong Anwar memasuki UMNO dan menyokongnya, sebahagian keluar dari ABIM menyertai PAS dan sebahagian kecil tinggal bersama ABIM mempertahankan kredibiliti dan fikrah ABIM. Ahli-ahli ABIM dilabelkan dengan berbagai-bagai label, saperti ‘Thagut’, ‘Kafir’, tidak jelas, bersekongkol dengan UMNO, pengampu kerajaan, sesat dan sebagainya. Namun ahli-ahli ABIM tetap yakin, tabah dan sabar memperjuangankan prinsip "Wasatiyyatul Islam" dan "al-waqiyiyyatu 'l-Muassolah" dengan sikap husnul-Zon  dengan penuh hikmah dan berhemah. Zaman itu adalah merupakan zaman yang paling pahit dalam sejarah 40 tahun perjuangan ABIM.

Kata ustaz Sidiq :

“Zaman itu ‘pahit sekali’, tapi syukur “kepahitan yang memperkaya." Andainya saya mengejar ghanimah ( keduniaan ), rasanya saya tidak berada di sini lagi.”

“Saya anggap ini satu kemujuran tidak dapat apa-apa. Dia ( Anwar yang semasa itu menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad ) tak beri apa-apa dan saya tidak minta apa-apa. Lalu akibatnya kita tak dapat apa-apa. Satu kemujuran yang sangat saya syukuri.” 

Ianya kemudiannya disambut dengan gelak ketawa oleh lebih kurang 1,000 orang para hadirin (yang terdiri daripada ahli-ahli lama ABIM, WADAH, PKPIM dan juga para jemputan yang memenuhi Dewan Utama UNISEL pada FORUM Pengkisahan Sejarah sempenan sambutan 40 tahun ABIM pada hari itu.


TUGAS PARA DA'IE SEBENARNYA UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH

Dengan nada yang perlahan dan sebak al-fadhil (Murabbi Ummah) Dr. Sidiq menyatakan : “Bahawa generasi yang saperti saya ini, hanya ingin mendidik adik-adik dan anak-anak….( beliau berhenti sejenak sambil menahan sebak)….dan sambungnya lagi, kalau berjuang jangan mengharapkan apa-apa. Tidak ada yang lebih penting daripada untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.”

Dato Dr. Sidiq seterusnya menegaskan bahawa ABIM sebagai sebuah gerakan Islam yang mendokong ‘syumuliyyatu ‘l-Islam’ ( kesempurnaan Islam ), arena politik seharusnya berlaku dalam “rules of the games” dan kita tidak dapat menerima politik mengaibkan orang dan politik lucah. Kita tidak akan berdiam diri apabila berlaku perlanggaran terhadap Hak Asasi manusia, perlanggaran terhadap prinsip keadilan dan pencabulan terhadap kesucian maruah manusia muslim. Itu bukan lagi urusan peribadi beliau ( Dato Seri Anwar) tapi itu sudah memasuki bidang yang juga bidang para da’ie.

MARUAH SEBUAH GERAKAN APABILA SEORANG MUSLIM DICEMARI DAN DIAIBKAN..?

Ujarnya lagi, tentang politik saudara Anwar Ibrahim, pastinya itu urusan beliau dengan rakan-rakannya dalam parti, tetapi apabila sampai kepada maruah Anwar Ibrahim sebagai seorang manusia muslim, sebagai seorang yang yang kita semua terasa terhutang budi kepadanya yang telah mencetuskan Gerakan Islam yang demikian hebat dalam sejarah, apabila maruah beliau dicemarkan dan diaibkan dengan cara yang melampau-lampau ( tidak ada hari yang berlalu tanpa mengaibkan beliau ) , maka seluruh warga ABIM merasakan yang ikut rasa malu tidak cuma beliau dan keluarganya tetapi seluruh gerakan yang kita semua menjadi warganya. Ia adalah maruah sebuah gerakan…!

Kemudian disambut dengan laungan takbir para hadhirin, Allahu Akbar..!!!

Katanya  lagi, dan mengakhiri pengkisahan sejarah, bahawa ABIM tidak dapat menerima politik mengaibkan dan politik lucah dan sememangnya menjadi tugas dan bidang utama para da’ie untuk menegakkan yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar…

Takbir..! Allahu Akbar..!!!

Wallahu A’lam Bissawab…Wassalam.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails