~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, April 30, 2010

Jahiliah Moden


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Entah siapa yang memulakan, tapi kemudian ada doktrin atau tradisi yang mengatakan jika remaja wajib berpacaran atau berpasangan [couple]. Jika tidak mempunyai pacaran bererti belum lagi bergelar remaja.

Ya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi terjadi hampir di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dari filem-filem yang kita tonton dan dari kisah-kisah yang kita baca, berpasangan itu jadi kewajiban. Meskipun sering kali berlebihan, ada pesta dansa dengan tari-menari, hari valentine’s, dan sebagainya. Malah peluk dan cium itu sering di peragakan di tempat-tempat umum, di taman-taman, sekolah, universiti, malah sebut sahaja dimana, pasti aksi-aksi tersebut dapat dilihat. Tidak sedikit remaja yang melakukan seks bebas. Golongan dewasa malah lebih tua tidak kurang hebat melayan gelojak nafsu kehaiwanan. Naudzubillah


Tapi benarkah itu cuma berlaku di Amerika Syarikat yang mewakili bangsa barat? Sayangnya, bumi Malaysia juga dipenuhi gejala kehaiwanan ini. Di tanah air tercinta ini dari yang kita lihat ternyata bagaikan hasil klon Amerika Syarikat atau manisnya barat. Dimana-mana, di jalanan, tidak sedikit remaja wanita di peluk kekasihnya. Sungguh menyedihkan.




Terakhir hasil penelitian yang disiarkan didada akhbar pada 26 Feb 2007, Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks. Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”. Itupun masih ada suara sumbang yang berlagak pandai menolak kajian ilmiah ini._Astagfirullahal Aziim.


Hari ini, sekiranya saudara-saudara sekalian mempunyai saudara perempuan, hati menjadi cemas. Begitu juga orang tua yang mempunyai anak perempuan. Khuatir godaan pergaulan bebas semakin menjadi-jadi. Tidakkah ini ulangan zaman jahilliyyah?

Pada masa hayat Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, ada sebuah peristiwa menarik tentang pergaulan bebas. Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal di ceritakan bahawa ada seorang pemuda yang mendatangi Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, dan berkata,“Duhai Rasulullah, izinkanlah aku untuk berzina.” Orang-orang yang berada di sekitarnya marah, tetapi Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu mendekati Baginda Shollallau Alaihi Wassalam dan duduk. Kata baginda,“Apakah engkau suka (zina terjadi) pada ibumu?”“Tidak, demi Allah yang menjadikan diriku sebagai tebusan bagi dirimu,” jawab pemuda itu.“Maka orang-orang yang kamu berzina pun tidak suka bila itu terjadi pada ibu-ibu mereka,” kata Rasulullah SAW. Beliau Shollallahu Alaihi Wassalam, bertanya lagi kepada pemuda itu, “Apakah engkau suka (zina terjadi) pada anak perempuanmu? Tidak, demi Allah wahai Rasulullah. Dialah yang menjadikan diriku sebagai tebusan bagi dirimu,” jawab pemuda itu “Dan orang-orang pun tidak menyukainya terjadi pada anak-anak perempuan mereka,” sabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.





Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam bertanya lagi, “Apakah engkau suka (zina terjadi) pada saudara [adik atau kakak] perempuanmu?” “Tidak, demi Allah yang menjadikan diriku sebagai tebusan untukmu,” sekali lagi pemuda itu menjawab.“Dan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan wanita yang enkau berzina pun tidak suka itu terjadi pada saudara-saudara perempuan mereka,” kata Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam bertanya lagi, “Apakah engkau suka (zina terjadi) pada bibimu?” “Tidak, demi Allah yang menjadikan diriku sebagai tebusan untukmu,” lagi-lagi pemuda itu menjawab.“Demikian pula orang-orang tidak suka itu terjadi pada bibi-bibi mereka,” kata Rasulullah SAW. Kemudian Beliau SAW meletakkan tangannya pada pemuda itu dan berdo’a, “Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, sucikanlah hatinya, dan jagalah kemaluannya.” 

Menghayati peristiwa di atas, sebaiknya para insan yang berjantinakan lelaki wajib mengukur diri. Apabila kita tidak suka kepada lelaki yang mengganggu, mempermainkan apatah lagi menodai ibu kita, saudara perempuan kita, atau mungkin anak-anak perempuan kita, jangan sampai kita melakukan perkara yang serupa kepada semua wanita yang ada di bumi ini. Bukanlah orang lain mempunyai perasaan yang sama dengan kita, tidak ingin keluarganya diganggu?




Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah SWT setelah syirik dari perbuatan seorang lelaki yang menumpahkan air maninya pada rahim yang tidak halal baginya.”(HR.Imam Abi Dunya)




Kita bayangkan jika semua lelaki di dunia berfikiran yang sama dengan pemuda yang ada didalam kisah diatas, bersihlah masyarakat kita dari berbagai perbuatan yang keji itu. Buat kamu saudariku, sedarlah bahawa hubungan seks di luar pernikahan bukan cinta, bahkan tiada hubungannya sama sekali dengan cinta. Waktu teman lelaki kamu merayu, atau memaksa kamu memenuhi keinginan jahatnya, sebenarnya dia tidak mencintai kamu, malah cuma mahu “memanfaatkan” kamu. Seseorang yang mencintai orang lain pasti akan menjaga kehormatan dan kesucian orang yang dicintainya, bukan merosaknya.



Buat saudara dan saudariku, janganlah tergoda dengan propaganda atau cerita-cerita orang-orang yang pernah melakukan perbuatan keji itu. Apa yang mereka bingitkan bahawa berpacaran[couple] itu asyik dan menyenangkan, hakikatnya itulah adalah penderitaan di masa depan. Bayangkan, betapa bencinya Allah Subhanahu Wa Taala terhadap orang-orang yang melakukan perzinaan.



Wahai saudariku, jagalah harga dirimu, kehormatanmu, dan faraj-mu (kemaluan). Boleh sahaja teman lelakimu berkata ketika sudah terlanjur, “aku pasti bertanggungjawab,” tetapi itu adalah tanggungjawab di dunia, sementara di akhirat sana setiap orang bakal bertanggungjawab terhadap perbuatannya masing-masing.





“…dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah [ALLAH SWT] kamu kembali, dan akan diberikan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”(QS.AlAn’aam :164)
Belajarlah dari pengalaman orang lain, berapa ramai lagi wanita yang dimangsakan oleh kebuasan nafsu si lelaki mahu tampil memberi bukti atau kata-kata penyesalan. Sedangkan diri sudah tiada erti. Lelaki yang memiliki kelakuan bodoh seperti itu adalah “ buaya” yang tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya. Jika diketahui teman pemuas nafsunya hamil, dia akan mencari pasangan baru, atau menyuruh teman pemuas nafsunya yang sudah tidak datang haid [tanda menggandung] untuk menggugurkan kandungannya. ALLAHHHHH ALLAAHHH…!



Begitulah wahai para insan bergelar lelaki (termaksud diri si faqir ini), ingatlah bahawa teman wanitamu bukan isterimu. Juga buat para wanita, teman lelakimu bukan suamimu. Sama sekali tiada ikatan apa-apa di antara kalian berdua. Sayangilah masa depan anda berdua. Jangan hancurkan hanya dengan perasaan “cinta” yang tidak jelas halatujunya.




Mustahak, berpasangan tanpa ikatan pernikahan itu sendiri adalah budaya yang asing dalam Islam. Bahkan Islam tidak pernah merestuinya, ternyata berpacaran adalah amalan mendekati zina dari pada alasan untuk ta’aruf (saling kenal) atau bersilaturahim, atau walau apa sahaja alasannya.




Langkah yang benar ialah jauhi berpacaran, daripada agar tidak menyerah diri untuk jatuh ke dalam perangkap syaitan. Apalagi kalau pacaran itu sekadar cinta monyet.




“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk,”(QS.Al-Isra : 32)
Wallahu a’lam



Tuesday, April 27, 2010

Dakwah : Perjuangan Sepanjang Zaman


Dakwah satu perjuangan sepanjang zaman
Memenuhi tuntutan-tuntutan tuhan
Sebagai 'abdillah yang beriman
Sebagai khalifah yang berkebajikan..

Dakwah itu bermakna pengorbanan
Melalui harta takhta serta pengalaman
Melalui masa dan daya pemikiran
Kebijaksanaan dan garis pedoman..

Dakwah itu bererti qudwah hasanah
Membangun diri jangan punah
Memurnikan rohani secara istiqamah
Daya fikir penggerak wadah..
Dakwah itu tarbiyyah
Mendidik dan melatih
Sehingga menjadi insan terpilih
Dipuji malaikat doa terpilih..
Dakwah itu ibadah
Meliputi segala liku dan wilayah
Dari peribadi hingga ke pemerintah
Melalui uslubul-hasanah..

Dakwah itu istiqamah
Istiqamah atas jalan yang diamanah
Menepis segala hasutan iblis pemusnah
Agar perjuangan tidah punah-ranah..

Dakwah itu kesabaran
Sabar itu separuh daripada iman
Mencari ilham dalam ancaman
Begitulah pendakwah budiman..

Dakwah itu jihad
Menegak kebenaran penuh tekad
Aufu bil 'uqud!
Aufu bil 'uqud!

Dakwah itu 'amal-jamaii
Bermuafakat sesama sendiri
Bersyura menepati peraturan Ilahi
Agar segala diberkati..

Dakwah itu kepimpinan
Kepimpinan itu satu penderitaan
Bukan anugerah kenalan
Atau hadiah buat si polan..

Dakwah itu kaya akhlak
Jiwa diasuh diri tak rosak
Dipegang teguh sampai layak
Menjadi insan bukan perosak..

Dakwah itu penyebaran
Wlaaupun cuma satu ungkapan
Bermula dengan diri hingga ke teman
Tanpa mengenal benua dan sempadan..

Dakwah itu amar makruf nahi mungkar
Yang Makruf jangan diengkar
Yang mungkar jangan dibiar
Agar umat menjadi segar..

Dakwah itu keadilan-kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa ke'adilan
Keadilan teras keamanan..

Dakwah itu nasihah
Membimbing umat dengan susah payah
Bersaksikan qudwah hasanah
Dilaksanakan dengan penuh hikmah..

Dakwah itu amanah
Dipegang teguh dengan sungguh-sungguh
Agar terlaksana tanpa tangguh
Segala harapan membawa berkah..

Dakwah itu ujian
Hadapi rintangan dan halangan
Dari lawan dan juga rakan
Itulah fitrah mencari kebenaran..

Dakwah itu tak kenal penat-lelah
Bersedia atau dalam susah
Pantang undur seorang pendakwah
Bak panglima yang perkasa gagah..

Dakwah itu hijrah-perubahan
Bermula dengan niat yang diabadikan
Dengan tingkatkan rohani berteraskan iman
Menghadap wajah dengan Yaa Rahman..

Dakwah itu mulai dari diri
Membangun diri dengan pekerti
Memperbaiki sampai mati
Itulah pejuang sejati..

Dakwah itu muhasabah
Muhasabah diri dengan tabah
Mencari kelemahan elak fitnah
Agar perjuangan menjadi mudah..

Dakwah itu ikhtiar-tawakkal
Ikhtiar sepenuh akal
Mengolah kaedah, uslub yang afdhal
Lalu tawakkal kepada yang kekal... 

==============================

Hasil Nukilan oleh Hj Nik Mohd Yusoff Nik Ismail,
Yang Di Pertua Wadah Pencerdasan Ummah, (Wadah) Selangor

Monday, April 26, 2010

"Pokcik Kayooo"...

Hari ini adalah hari pengistiharan kekayaan bagi peneroka felda Sungai Buaya. Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka, hari ini masing-masing menerima wang pendahuluan RM50,000 bagi pampasan tanah daripada Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran pendahuluan melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta itu akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Felda itu berhubung bayaran pampasan tanah tertunggak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf yang boleh ditunaikan atau dilaburkan oleh penerima terbabit.

"Selebihnya, kita setuju bagi RM160,000 seekar (0.4 hektar) bila tanah ini (Sungai Buaya) dibangunkan.... syarat utama, pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada BN," kata Perdana Menteri.


Dalam hal ini, Najib berkata kerajaan amat prihatin terhadap penderitaan ditanggung peneroka terbabit dan mengambil langkah sesuai bagi menangani masalah bayaran pampasan tertunggak itu.


==================================================================

Tahniah atas kesedaran dan keprihatinan kerajaan membantu peneroka.. menyelesaikan masalah dengan segera..Bagi para peneroka felda, Selamat menikmati kekayaan segera, pandai pandai lah berbelanja.. jangan sampai papa kedana... pastikan duit dah masyuuuuuk baru berpoya poyaaa...

Itu janji sebelum mengundi, sekarang sudah menang, maka tuntutlah apa yang sudah dijanjikan......


Thursday, April 22, 2010

Dirogol Dalam Kelas, Pencil Dalam Kemaluan

Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.
 
Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.

Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.

Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.

"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.

"Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.

Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.

Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.

Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.

Katanya, mereka ditahan kerana disyaki terlibat merogol dan bersubahat dalam kejadian tersebut.

Jelasnya, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap bayi tersebut selepas ia dilahirkan bagi mengetahui bapanya.
 
=========================================================

Inilah realiti masyarakat muda mudi kita hari ini. Generasi yang suatu ketika nanti akan menjadi generasi penerus bangsa, pentadbir negara. Kalau beginilah cerminan anak muda kita hari ini, bagaimana pula generasi yang akan datang???

Tuesday, April 20, 2010

Nikah Tanpa Kebenaran : Bung & Zizie Mengaku Salah

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu. -SH

Saturday, April 17, 2010

Gunakan Masa Yang ada


Jam menunjukkan 4.48 AM ketika aku menjejakkan kaki di KLIA. Masih terlalu awal untuk melihat kesibukan di sini. Kaunter - kaunter daftar masuk masih banyak yang tutup. Hanya beberapa kaunter sahaja yang buka itu pun yang melibatkan penerbangan antarabangsa. 

Ku intai skrin besar yang tergantung megah di hadapan ku. Penerbangan MH660 2660 ke Tawau, kaunter daftar masuk di deretan kaunter blok B, namun masih belum ada sebarang tanda tanda kehidupan. gelap dan senyap. 

Tak pa laa... masih banyak masa lagi. waktu subuh pun masih belum masuk lagi.... ada baiknya meneruskan bacaan buku di sebelah  ini untuk mengisi masa terluang,untuk mengelakkan pembaziran masa... gunakan masa sebaik baiknya....


Update : 08.01 AM

Kapal terbang kertas ku sudah mendarat... Kapal terbang bersimbolkan Wau merah dan biru bertuliskan Malaysia sampai dari Tawau dan mendarat pada pukul 7.50 mnt...tak lama lagi aku pulak yang akan berlepas... biar berlepas tapi jangan sampai terlepas... penerbangan terus dari KL ke Tawau mengambil masa lebih kurang 2 jam dan 30 minit. Hmmm.... nasib baik masih ada buku menarik untuk menemani penerbangan yang agak panjang ini...

Thursday, April 15, 2010

Dewan Botol RM 13.5 Juta



Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula. 
 
Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu. 

Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.

"Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yang diperbuat daripada botol," kata pengarah urusan pemaju projek berkenaan, Arthur Huang.

Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada Dewan Bandar Raya Taipei pada bulan depan untuk dijadikan bahan pameran pada satu pertunjukan bunga-bungaan. 

Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa. 

Monday, April 12, 2010

1Malaysia, 1Israel, 1Indonesia, 1Kebetulan??


Baru-baru ini kita digemparkan dengan persamaan konsep 1 Malaysia dengan 1 Israel. Konsep 1 Malaysia dikatakan hasil nasihat dari Yahudi APCO kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep 1 Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.
Namun begitu APCO secara terang menyatakan penafian secara terbuka mahupun di dalam laman webnya bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1 Malaysia. Tetapi adakah kita boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?


Apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang jelas dan terang  menggunakan khidmat dari APCO Yahudi ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia. 

Jika di Malaysia : 

1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
1 Indonesia pula "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan" ...

Begitu mirip sekali... Adakah ini sekadar kebetulan? Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang AJAIB!

Mayat Bayi Dalam Tong Sampah

Masih tidak berkesudahan apabila manusia berhati syaitan sanggup membunuh zuriat sendiri dengan memilih tong sampah sebagai ‘kubur’ insan cilik ini.

Sungguh menyayat hati apabila bayi lelaki dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu ditemui mati dengan berbalut empat beg plastik sebelum dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, dekat Sungai Choh, di sini, semalam.

Bayi sempurna sihat dengan kesan berdarah ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, yang juga pekerja syarikat kutipan sampah swasta Hulu Selangor, jam 8 pagi.

Menurutnya, ketika mengambil sampah yang terdapat dalam dua tong, dia terkejut menemui satu bungkusan berat dibalut beg plastik cerah yang terdapat dalam tong sampah itu.

Katanya, ketika itu dia cemas, namun memberanikan diri membuka bungkusan itu.

“Mulanya saya nampak kaki bayi. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu sangkaan awal bayi dibuang memang benar sekali.

“Saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya yang masih baru dilahirkan kerana terdapat beberapa tompokan darah padanya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia mendapatkan bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian bagi menghubungi polis memaklumkan perkara itu.

Katanya, pengalaman itu cukup menyentuh hatinya selepas tujuh tahun bekerja mengutip sampah di beberapa kampung di Sungai Choh itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, jam 9.15 pagi untuk bedah siasat.

“Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu,” katanya. -hmetro

Pengorbanan Seorang Suami

Kisah yang perlu dihayati dan diteladani. untuk iktibar kita semua....

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak. Disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat, tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan.

Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu, semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini, kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian..."

"Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini?

Kalian menginginkan bapak bahagia. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno. Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu. Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno.

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis, tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan keharuan. Disitulah pak suyatno bercerita, jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata, dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik. Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah. Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya, apalagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya, kerana DIA maha Mendengar.

Sunday, April 11, 2010

Tahniah N Sembilan

KUALA LUMPUR 11/4/10:Negeri Sembilan berjaya merangkul Piala FA 2010 setelah menang 5-4 menerusi sepakan penalti.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan akhir selama 120 minit yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kedah yang suatu ketika menghampiri kemenangan apabila kedudukan 4-4 bilamana pemain Negeri Sembilan,Asyraf gagal menyempurnakan penalti ke enam.Namun Kedah seolah-olah ingin membuat lawak dengan memberi peluang kepada penjaga golnya Helmi Eliza mengambil sepakan tersebut.Helmi yang menjadi hero sepanjang perlawanan akhirnya tersungkur akibat kegagalannya menyepak ke arah gawang.

Seluruh penyokong Kedah yang bersorak sebelum itu,terkedu dan suasana sorakan kemudian beralih ke arah penyokong Negeri Sembilan apabila Rezal Zambry berjaya menyempurnakan sepakan penalti ke tujuh dan berkedudukan 5-4.

Suasana tempat duduk penyokong Kedah terus sepi setelah sepakan Sabrie Abu pula berjaya ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan.Ketika itulah penyokong-penyokong Negeri Sembilan meraikan kemenangan pasukan mereka menjulang Piala FA.

Friday, April 09, 2010

United Ikat Hernandez

MANCHESTER 9 April - Pemain Mexico, Javier Hernandez menjadi pemain pertama yang dibeli oleh Manchester United untuk musim hadapan selepas kelab lamanya, Chivas bersetuju menjual bintang muda itu kepada Red Devils.

Menurut sumber United, pemain itu telah berjaya melepasi ujian perubatan namun yuran perpindahannya dirahsiakan oleh kedua-dua kelab tersebut. Pemain berusia 21 tahun itu akan menyertai United pada 1 Julai depan sekiranya mendapat permit kerja daripada kerajaan British.

United akan mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Chivas, Guadalajara sebagai memenuhi syarat pembelian kontrak Hernandez. Ferguson memberitahu pemain antarabangsa Mexico itu adalah penyerang berbakat besar yang mampu menyerlah di Liga Perdana England

Thursday, April 08, 2010

Halal or Haram??

Timbalan Menteri Kewangan Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa jumlah hasil judi sebanyak RM1.199 bilion (2009) digunakan antaranya untuk membiayai program KEBAJIKAN, sukan dan lain-lain.

Tuesday, April 06, 2010

RAHMAN VS ANAK BAPAK

Dulu....



Teori RAHMAN sudah jadi kenyataan. Ramalan ahli nujum politik Malaysia memang tepat cuma A itu diramalkan Anwar Ibrahim tetapi akhirnya bukan Anwar tetapi Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ke 5 disebabkan tragedi hitam 98 - isu pemecatan Anwar Ibrahim.


Sekarang....

Najib juga sedar teori RAHMAN sudah berakhir dan ia sebenarnya menjadi igauan buruk Najib bahawa beliau mungkin adalah Perdana Menteri Malaysia terakhir yang datangnya dari UMNO.

Sebab itulah Najib cuba mewujudkan Teori keturunan "ANAK BAPAK" pula.



Adakah benar teori keturunan "ANAK BAPAK" ini akan menjadi kenyataan ???
Atau ANWAR IBRAHIM akan mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang datangnya bukan dari UMNO tetapi dari PKR dan Pakatan Rakyat???

Bila la kita boleh tahu jawapannyaa????









Friday, April 02, 2010

Zina : Larangan dan Natijahnya


Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang, Selangor. Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan. Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut.


Zina Tidak Berlaku Secara Tiba-Tiba.

Terasa sebak di hati tatkala menatap gambar-gambar bayi yang dibuang di pusat pembuangan sampah, dibakar, ada yag dimakan haiwan dan seribu satu gambaran lagi yang amat memilukan.

Di manakah hilang nilai kemanusiaan? Munculnya pelbagai saranan untuk menyelesaikan masalah ini. Malangnya kebanyakan saranan adalah berkaitan selepas sesuatu berlaku, dan bukan menjurus kepada pokok masalah.

Lazimnya, bayi-bayi yang dibuang lahir daripada perhubungan seksual di luar nikah. Ada kalanya dia dibuang kerana perasaan malu, dan kadang-kala kerana tidak mampu menyara kehidupan anak tersebut. Punca kepada masalah ini ialah zina.

Di dalam al-Quran, Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk [Al Isra' 17: 32].

Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:

Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

Pertama: Menundukkan pandangan. Allah berfirman: Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].

Menjaga pandangan termasuklah mengelakkan diri daripada menonton video dan gambar-gambar yang membuka aurat, aksi-aksi memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.

Kedua: Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau sendai hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya bergayut telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu adalah antara mukadimah ke arah zina.

Ketiga: Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].

Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.

Keempat: Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta ketika di jalanan.

Abu Said Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan: Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini kerana sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan. [Sunan Abi Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan].

Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.

Kelima: Tidak berdua-duaan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib].
Dalam hadis yang lain: Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya [al-Bukhari dan Muslim].

Dalil di atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di tempat tersembunyi. Budaya dating jelas terlarang berdasarkan dalil-dalil di atas. Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan lain-lain.

Ibu bapa hendaklah bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Tabaraka Wa Taala gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.

Idea bank bayi, dan pusat kebajikan perlu disokong, tetapi ia mesti serentak dengan usaha pencegahan. Kita tidak mahu bank bayi menjadi penggalak kepada seks di luar nika;:h

Thursday, April 01, 2010

Taubat Siti Hanya Kosmetik??

Taubat Siti hanya separuh jalan. Siti kembali kepada keadaan mula-mula menyertai dunia hiburan. Sampai suatu ketika dia rasa ingin bertaubat dalam hal-hal menutup kepala.

Bermula lembaran baru, maka bertudunglah Siti. Siti bertudung pada mula-mulanya, elok sangat-sangat. Ditutup semuanya. Selang beberapa ketika Siti merasakan panas ketika bertudung kerana sebelumnya dia tidak memakai tudung. Dia membuka sedikit tudungnya dengan menampakkan leher yang cantik dipandang itu. Selang beberapa ketika Siti merasakan subang mahal yang dipakainya tidak dapat dipandang orang. Dibuka sedikit anak telinganya supaya subangnya jelas kelihatan.

Selepas itu (mungkin) dia menyukai gaya tudung Rosmah, bertudung berjambul yang dipakai ketika berkaitan perkara agama. Siti sangat suka, ditirunya gaya Rosmah bertudung dengan menampakkan sebahagian rambutnya. Selepas itu Siti rasa tudung berserabut di atas kepalanya. Dibuka terus tudungnya kini. Kembali kepada asal. Kalau bertudung pun macam tak bertudung. Taubatnya tak panjang.

Siti juga pernah berkata suaminya suka kalau dia tidak bertudung. Hanya lelaki jenis ini yang hanya mampu dilahirkan oleh pemerintah kita??? Minta dijauhkan pemikiran sebegini kepada anak-anak kita.

Taubat Siti tak panjang. Janganlah pula perempuan yang dah mula-mula berjinak-jinak dengan tudung ikut pula Siti selepas ini. Pupuklah dalam diri anda kesedaran dan pengetahuan tentang Aurat anda. Pelajarilah ilmu yang berkaitan diri anda. Biarlah anda bertudung kerana kesedaran, keinsafan dan kerana pengetahuan bukan sekadar terikut dan terpengaruh dengan rentak fesyen. Moga-moga anda semua bahagia dengan tudung anda.

Related Posts with Thumbnails