~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, December 18, 2009

Salam Maal hijrah 1431H

oleh : ahmad baei jaafar



Menjelang bulan Muharam, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sibuk membuat persiapan untuk menyambut “Maal Hijrah”. Beberapa stesen radio dan televisyen turut menyiarkan iklan atau promo mengenainya selain daripada rencana dan drama bagi membangkitkan semangat hijrah dalam kalangan umat Islam.

Pada malam satu Muharam pula setiap masjid negeri mengadakan ceramah atau forum mengenai hijrah dan pada esok harinya kerajaan sama ada pusat atau negeri pula mengadakan sambutan rasmi. Pada hari itu juga beberapa orang diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah.

Tetapi sebagai umat Islam, apa yang anda fikirkan untuk menerima dan menyambut kedatangan tahun baru, awal Muharam 1431H ini. Sudah bersediakan anda untuk berhijrah daripada sikap berlebih kurang tentang agama kepada yang lebih serius untuk melaksanakan Islam dalam diri, masyarakat, kampung dan negeri serta negara.

Apakah kita masih ada rasa takut untuk melakukan hukum Allah kerana takut apa kata orang, takut nanti orang bukan Islam kata apa-apa, dan takut nanti orang menentang dan memusuhi kita. Kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah, inilah golongan syirik yang ramai tidak tahu.

Sebenarnya untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini adalah hak kita. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh menghalang kita melaksanakannya. Tidak undang-undang yang boleh menyekat pengamalan Islam kita. Tetapi yang menyebabkan pengamalan Islam kita tidak sempurna pada masa kini adalah kerana kita sendiri.

Sudah tentu tiada siapa yang boleh menghalangnya melakukan solat di rumahnya. Kalau pun isteri atau ayah menghalang, kita boleh melawannya. Di tempat kerja, tiada majikan yang mah menghalang kita untuk solat. Kadang-kadang ada majikan yang menghalang tetapi adalah kerana sikap pekerjanya yang menyalahgunakan peluang bersolat, mereka tidur atau berborak. Ertinya bukan majikan yang menghalang.

Mungkin ada orang berhujjah, kerajaan menghalang kita melaksanakan hukum hudud. Di sinilah kesilapan umat Islam dalam menilai haknya, dan mana pula hak kerajaan. Sebenarnya, hak melaksanakan hukum hudud dan qisas adalah kerajaan, tidak kena mengena dengan umat Islam. Kita tidak berdosa dengan kegagalan kerajaan melaksanakan hukum hudud.

Walau bagaimanapun dalam hal ini kita jangan lupa bahawa terdapat juga hak kita ialah hak tidak melakukan kesalahan hudud. Hak ini kekal walaupun kerajaan tidak melaksanakan hukum itu. Maknanya, semua manusia terutama umat Islam tidak boleh berzina, tidak boleh mencuri, tidak boleh murtad, tidak boleh minum arak dan tidak boleh membunuh orang.

Hukum ini tetap berjalan walaupun kerajaan belum melaksanakan hukum hudud dan qisas. Kalau semua umat Islam boleh menghindarkan diri walaupun belum ada hukum hudud dan qisas, kitalah sebenarnya umat Islam yang paling baik. Hal ini kerana kita dapat meninggalkan kesalahan tersebut bukan kerana takut hukuman yang disediakan tetapi kerana takut Allah.

Jelas di sini, tiada siapa yang boleh menghalang kita daripada tidak melakukan zina, rogol, mencuri, minum arak dan sebagainya. Namun kalau ada orang memaksa kita supaya berzina, mencuri dan minum arak dengan ancaman akan membunuh kita, maka ketika itu jika kita lakukan tidaklah dikira berdosa.

Jadi, sempena Maal Hijrah ini marilah kita bersihkan hati dan jiwa kita, dengan satu keazaman untuk melakukan segala perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya dan membuat baik kepada semua orang termasuk musuh. Ingatlah jika kita boleh berbuat baik dengan musuh, dia akan mengenali hati kita sebagai orang yang jujur. Orang yang jujur mampu menarik orang ramai bagaikan magnet.

Akhirnya : Selepas 20 Tahun....





BERAKHIRNYA PENANTIAN 20 TAHUN ... Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kemenangan selepas menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di sini. Malaysia memenangi pingat emas selepas mengalahkan Vietnam 1-0. --fotoBERNAMA

Friday, December 11, 2009

Jalan Jalan Cari Ilmu

Mari penuhi hujung minggu ini dengan masjlis ilmu....









jumpa di sanaaa.......

Thursday, December 10, 2009

Krisis Nilai...

Kita ditakdirkan hidup dalam era yang dikatakan bahawa serba serbinya berasaskan ilmu --- knowledge based society, knowledge workers, knowledge economy, knowledge is a power dan sebagainya --- walaupun dalam kenyataannya sering kali berlaku kepura puraan. Hingga ke saat ini masih berleluasa mengenepikan kriteria ilmu ketika meletakkan seseorang pada sesuatu posisi..

di tengah-tengah gembar-gembur "knowledge is a Power", sebenarnya kita sedang ditimpa krisis nilai yang ditandai dengan kegagalan meletakkan nilai ilmu di puncak urutan sistem nilai budaya kita. Ilmu sebagai ilmu tidak dihargai sepertimana semestinya. Ilmu hanya diperlukan sebagai alat untuk mencapai matlamat lain. Khususnya matlamat kebendaan. andainya matlamat itu dapat dicapai tanpa ilmu tidak akan ada lagi orang yang akan menuntut ilmu.

Krisis nilai ini tentunya akan membawa implikasi yang serius terhadap nasib bangsa. Kiranya dapat dibayangkan dalam era knowledge based sekarang ini, apa yang akan terjadi kepada bangsa yang tidak memiliki budaya ilmu, tidak memiliki budaya membaca, dan tidak menghargai ilmuwan. Masyarakat kita rata rata masih meletakkan nilai kuasa, ekonomi dan kadang kadang seni jauh mengatasi nilai keilmuwan.

Wafatnya seorang ilmuwan laksana Padamnya Sebuah Pelita, Justeru ilmuan adalah lentera zaman. fungsi para ilmuan adalah untuk memberikan khidmat penyuluhan dan pencerahan.

Friday, November 27, 2009

Salam Eidul- Adha

Salam 2 all.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan salam 'eidul adha kepada seluruh umat Islam dimana sahaja anda berada. Semoga ALLAH sentiasa meletakkan kita semua didalam hidayah dan petunjukNya, agar kita dapat berjuang dan hidup terus didalam suasana dan keadaan yang diredhai ALLAH berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.



Labbaikallah humma labbaik... labbaik ka laa syarii ka laka labbaik
Innal hamda..wanni'mata..lakawalmulk..laa syarii kalak

Ya ALLAH, hamba Mu datang menyahut panggilan Mu,
Ya ALLAH, hamba Mu datang menyahut panggilan Mu,
Sesungguhnya segala puji-pujian, ni'mat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu,
yang tiada sekutu bagi Mu

Kepada umat Islam yang sedang mengerjakan haji, semoga ALLAH memberikan kesempurnaan dalam pekerjaan haji saudara/i, dan moga ALLAH menganugerahkan haji yang mabrur.

Thursday, November 26, 2009

Perjuangan Dan Pengorbanan

Dengan Sebuah Perjuangan Dan Pengorbanan Akhirnya Kita Dilahirkan Ke Dunia Ini.....

Wednesday, November 04, 2009

Lelaki & Wanita : Susah Dibuat Bahagia???

Jika dikatakan cantik dianggapnya menggoda,
jika dibilang jelek di sangka menghina..
apabila dibilang lemah dia protes,
apabila dibilang perkasa dia nangis pula.


Maunya emansipasi wanita, tapi disuruh panjat tangga,
menolak (sambil ngomel disuruhnya kita buat kerja kerja lelaki)


Maunya emansipasi wanita, tapi disuruh berdiri dalam LRT muka masam
(sambil ngomel,Egois betul lelaki tuh tidak punya perasaan)


Jika di tanyakan siapa yang paling di banggakan,
kebanyakan akan jawab Ibunya,
tapi kenapa ya ….. ramai wanita lebih bangga jadi wanita karier,
padahal ibunya adalah suri rumah tangga


Ketika kesalahannya diingatkan, mukanya merah..
Ketika dimarahi mukanya merah,
Ketika disanjung dan dipuja mukanya merah
Ketika Marah pun mukanya merah,
Laaa kenapa jadi sama semua ? bingung dehh!!


Ditanya ya atau tidak, jawabnya diam;
ditanya tidak atau ya, jawabnya diam;
ditanya ya atau ya, jawabnya :diam,
ditanya tidak atau tidak, jawabnya ; diam,
ketika didiamkan malah marah
(susah kita disuruh jadi nujum yang bisa mencari jawabannya).


Di bilang cerewet marah,
dibilang bising marah,
dibilang banyak mulut tersinggung,
tapi kalau dibilang "S u p e l"
va va va.... happy banget…
padahal sama saja maksudnya.


Dibilang gemuk marah
padahal maksud kita sihat gitu...
dibilang kurus malah happy
padahal maksud kita “kenapa awak jadi begini !!!”
Itulah WANITA makin kita bingung makin DIA HAPPY!




Lelaki pun tak kurang susah nya…
Jika kamu memperlakukannya dengan baik,
dia pikir kamu jatuh cinta padanya….. ….
Jika tidak, kamu akan dibilang sombong.
Jika kamu berpakaian menarik,
dia pikir kamu sedang mencuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia bilang kamu anak kampong.


Jika kamu berdebat dengannya, dia bilang kamu keras kepala.
Jika kamu tetap diam, dia bilang kamu tak ada otak.
Jika kamu lebih pintar dari pada dia, dia akan kehilangan muka..
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang dia paling hebat.


Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan mencuba mendapatkanmu.
Jika kamu mencintainya, dia akan mencuba untuk meninggalkanmu.
Jika kamu beritahu dia masalah kamu, dia bilang kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia bilang kamu tidak mempercayai mereka.


Jika kamu cerewet pada dia,
kamu dibilang seperti seorang pengasuh baginya.
Tapi jika dia yang cerewet pada kamu, itu karena dia beri perhatian.


Jika kamu ingkar janji kamu, kamu tidak bisa dipercaya.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya karena terpaksa.
Jika kamu merokok, kamu adalah wanita liar !
Tapi kalo dia yang merokok, dia kata adalah seorang gentleman,huhuhuhuh
Jika kamu menyakitinya,
kamu dibilang perempuan kejam..
Tapi jika dia yang menyakitimu,
itu karena kamu terlalu sensitif dan terlalu susah untuk dibuat bahagia !!!!!



ntah laa..... yang mana satu yang benar benar belaka semata mata benar dan tidak ada yang tidak benar.....



Wednesday, October 21, 2009

Merungkai Rahsia Disebaliknya


Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".

Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai peringatan sekelian mukmin.


Pengertian Bulan-Bulan Masehi

    • 1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
    • 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
    • 3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
    • 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang' . Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
    • 5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.
    • 6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
    • 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
    • 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
    • 9. September - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
    • 10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
    • 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
    • 12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' yang bererti 'sepuluh' tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

    • 1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day' ertinya matahari.
    • 2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
    • 3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day of Tyr' sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama 'Tyr'.
    • 4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
    • 5. Thursday berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
    • 6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama 'Freya'.


Mengapa Bahasa Orang romawi Dijadikan Rujukan Utama??

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.

Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universi ti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.

Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk "Opinions of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

    • - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk "The Moods of Psyche" dan "Hints and Notices".
    • - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.


* Artikel ini telah dikemaskini daripada artikel asal.....

Tuesday, October 20, 2009

10 SIFAT PERIBADI YANG MESTI DIPUPUK

Bismillahirahmannirahim..


Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati


Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak.. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Thursday, October 15, 2009

10 Pasangan Yang Baik.....


Khalifah Umar bin Khattab r.a.berkata."Ada sepuluh perkara yang tidak dianggap baik tanpa sepuluh pasangannya iaitu:

1. Akal fikiran yang tidak dianggap berharga tanpa disertai ilmunya.
2. Keluhuran budi yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa rendah diri dan hati.
3. Kekayaan atau kemewahan yang tidak dianggap berharga tanpa memiliki sikap sosial.
4. Kekuasaan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa keadilan.
5. Kebahagiaan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa ketakutan.
6. Kegembiraan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai penderitaan.
7. Kejayaan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai kejujuran.
8. Pujian yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa menerima apa adanya.
9. Kemajuan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai beberapa kegagalan.
10. Kecintaan pada dunia yang tidak dianggap berharga tanpa disertai dengan kecintaan pada akhirat pula.

Wallahuallam....

Monday, October 12, 2009

Lama Sudah Kutinggalkan....

hhmmmm.... lama sudah aku tidak menjenguk ke sini... ntah mengapa.. kalau dikatakan sibuk sanagt tu rasanya aku ini insan biasa sahaja... tak ada jawatan tinggi tinggi yang menuntut kesibukan ku.. tapi itu lah yang berlaku.. banyak perkara aku sudah tertinggal....

tapi tak apa la... hari ini aku berpeluang untuk menjenguk ke sini.. semoga hari hari mendatang pun terluang masa untuk aku ke sini..

hari ini just nak ucapkan tahniah atas kemenangan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan mewakili BN Tan Sri Mohd Isa Samad dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Semalam. Tan Sri mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

ini adalah pilihan rakyat bagan pinang, semoga wakil rakyat yang baru mampu berkhidmat dengan cemerlang sepertimana kehendak rakyat di situ.....

Wednesday, September 09, 2009

Fakta Solat Tarawih

Diriwayatkan dalam beberapa kitab, bahawa yang dilihat dari Tarawih baginda Rasulullah hanya 8 raka'at pada beberapa malam sahaja.


Pada masa dahulu: Penduduk Mekah yang bersolat di Masjidi l-Haram melakukannya 4 kali solat dengan 2 raka'at setiap solat. Selepas 2 raka'at solat pertama, mereka Tawaf; selepas 2 raka'at solat kedua, mereka Tawaf; selepas 2 raka'at solat ketiga, mereka Tawaf; dan selepas 2 raka'at solat keempat, mereka Tawaf. Penduduk Madinah berfikir: Untuk mendapatkan pahala yang banyak seperti mereka yang bertarawih di Masjidi l-Haram dengan menambah 2 solat tambahan (4 raka'at, 2 salam) antara solat tarawih pertama dengan kedua; 2 solat tambahan (4 raka'at, 2 salam) antara solat tarawih kedua dengan ketiga; dan 2 solat tambahan (4 raka'at, 2 salam) antara solat tarawih ketiga dengan keempat. Jumlah semua ialah 10 solat, 10 salam dan 20 raka'at.

Yang menjadi pertikaian sekarang ialah 6 solat Tarawih Tambahan sebanyak 6 salam dan 12 raka'at. Adakah manusia boleh mencipta atau menambah solat, walaupun dengan niat yang baik lagi murni?

Tuesday, September 08, 2009

Nuzul Al-Qur'an : Bila Dan Bagaimana...??

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).
" Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Friday, September 04, 2009

Pilihan Raya Kecil Kali ke 9

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum 8 mac tahun lalu.

Tuesday, September 01, 2009

Will RON Safe your money??

AUG 31 – Salaries can only be increased so much (and increases usually occur only once a year!) and belt-tightening also has its limits so everyone is looking for ways to reduce their cost of living. For people with cars, the cost of motoring can be a significant chunk of their monthly expenditures and therefore keeping it down is helpful.


The big jump in fuel prices last year certainly made motorists more conscious of the need to economize on fuel while driving. Studies have shown that many motorists still waste a lot of petrol due to long periods of idling, eg while waiting for the kids to come out from school, and of course, not keeping the engine in proper tune also causes fuel consumption to be higher.


While it is possible to save fuel by modifying driving styles and perhaps using the car less, the petrol you buy doesn’t offer many alternatives as prices are fixed by the government. Two grades have been available all this while – RON92 and RON97 – the former grade retails at a lower price.


From September 1, 2009, the government has directed that RON92 be phased out and replaced by RON95. The move will see the RON95 price per litre going up by 5 sen compared to RON92 but it will be cheaper by 5 sen too compared to RON97. At the time of writing, it is presumed that RON97 will see a price increase as the government subsidy will be reduced if not stopped.


The move to RON95 will benefit many motorists whose vehicles do not really need RON97 petrol and can run just as well on RON95. The switch will save them money without having to even alter their driving styles, modifying the engines or sacrificing driving pleasures.


While the difference of 5 sen per litre from the RM1.80 price of a litre of RON97 may seem small, think of the total savings per full tank of, say, 60 litres and that will come to RM3.00. If you think of it in terms of a Malaysian breakfast, that could get you a packet of nasi lemak and a drink!


So switching from RON97 to RON95 will save you money right away and if you choose your petrol brand thoughtfully, you can even save some more in the long run. Caltex Premium 95 with Techron®, a RON95 unleaded petrol, can help you save more money in your pocket by keeping your engine running at its best all the time with the Techron® additive package which provides a highly effective clean-up of the fuel intake system as well as the fuel injectors or carburetors. And if you keep using Caltex Premium 95 with Techron®, it will keep your car engine clean and running efficiently.


Most modern cars can use RON95, among them Proton and Perodua models, all locally assembled Honda models and even the latest models like the Nissan Sylphy and Chevrolet Optra. You should check the Owner’s Manual or ask the company that sells your car whether the engine can run on RON95 and if it can, then you’re in luck and can get a further ‘rebate’ on your petrol purchase!


Contributed by Chips Yap, editor of the Motor Trader website for Caltex.


TIPS: Don't let your car idle for too long - off the engine and wind down the window while waiting for someone eg. your kid to come out of school and keep your engine in tune.


If the government does not help us to save money, we will help ourselves to save money.


Government always asks us to change lifestyle mah...the day the government will ask us to stop to change lifestyle is the day the rakyat changes the government.

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Bukan Ekspresi Penderitaan..

Realiti hidup bermasyarakat berbilang kaum mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk persoalan kehidupan yang perlu kita hadapi dengan cara lebih hikmah. Apatah lagi perkara perkara yang bersangkut paut dengan persoalan agama dan kepercayaan.

Bagi seorang Muslim, puasa bukanlah penderitaan. bukan juga suatu penyiksaan bahkan sangat jauh sekali jika dikatakan sebagai satu bentuk hukuman...

Justeru, di dalam puasa terkandung banyak keindahan, kesenangan, keseronokkan, serta keberkatan yang sentiasa dinantikan kehadirannya oleh um
at islam seantero alam nyata...

Umat Islam berpuasa sejak sebelum terbit matahari hingga terbenam matahari selama satu bulan yang dikenali sebagai bulan Ramadhan. Tidak dibenarkan walau setitis air pun untuk diminum. kalau itu berlaku maka batal lah puasanya..


Non-Muslim (yang tidak faham) cenderung melihat larangan itu sebagai penderitaan, penyiksaan serta hukuman. Mereka melihat, tidak dibenarkan makan dan minum sebagai satu bentuk penyiksaan, hukuman yang tidak sepatutnya dikenakan.


Disinilah peranan kita, untuk menjadi jurubicara... menjadi menteri penerangan, menjadi guru yang mengajar.... sekurang kurangnya sekiranya kita ditanya maka kita tidak terkedu untuk menjawapnya... menerangkannya... lebih lebih lagi mendakwahnya untuk turut erta dengan kita...


Sudut pandang orang Islam dalam konteks puasa sama sekali jauh berbeza. Bukan sekadar masalah puasa, tidak makan dan tidak minum, Tapi kesedaran bahawa semua itu merupakan usaha untuk menjadi orang yang lebih baik, yang terbaik, semampu kudratnya. Ramadhan merupakan masa yang indah. kehadirannya dinanti nantikan... pemergiannya ditangisi....


Bagi kebanyakan Muslim, Ramadhan itu bulan feberet mereka,bulan yang sangat istimewa.....
Dan, sekiranya manusia tahu keistimewaan yang ada pada bulan ramadhan, sudah pasti mereka akan meminta supaya semua bulan yang ada sepanjang tahun itu dijadikan bulan ramadhan.....

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan.....


Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan.....

Doa hari pertama Ramadhan....

"Ya Allah, jadikanlah puasaku sebagai puasa orang orang benar benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibdah orang orang yang benar benar beribadah malam. Dan jauhkan aku daripda tidur orang orang yang lalai. Hapuskan dosaku wahai pengampun para pembuat dosa...."

Friday, August 21, 2009

Lapan Step Menjayakan Ramadhan




Bulan Ramadhan akan segera tiba, Itu ertinya kita sekali lahi diberi hak istimewa, bukan saja bilangan umur yang kian bertambah, tapi juga belaian kasih Ar-Rahmaan menghampiri kita (lagi) agar kita berusaha membersihkan jiwa-raga.

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,
Ramadhan adalah penghulu dari sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal keistimewaan Ramadhan saja yang akan suka cita bila Ramadhan akan tiba.

Justeru, kita harus mempersiapkan diri sebaik-baiknya untuk menyambutnya. Bagaimana caranya? Langkah-langkah berikut ini barangkali dapat membantu.

1. Mengulang kaji kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa.

Hendaknya kita memasuki dan menjalani ibadah puasa dengan pengetahuan, pedoman-pedoman yang baik, serta pengalaman-pengalaman yang telah lalu. Pelajaran itu antaranya berkisar rukun, syarat sah, syarat membatalkan, perkara-perkara sunnat dan makruh, dan hikmah yang terkandung di dalamnya.

2. Persiapan rohani, iaitu menenangkan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.

3. Memperbanyak doa, semoga Allah SWT memberi kesihatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah supaya kita dapat berpuasa dengan hati yang jujur, tulus dan jauh dari riak’, ujub, dan segala penyakit hati yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat untuk melaksanakan satu bentuk latihan dengan sempurna agar kita memperoleh title sebagai muttaqin (orang yang bertaqwa)pada akhirnya nanti.

5. Siapkan diri untuk menjalankan puasa dengan perkataan dan perbuatan yang baik dengan sepenuh hati serta ikhlas semata-mata karena Allah.

6. Tinggalkan kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri, seperti berbelanja berlebihan, tenggelam dalam hiburan, membuang masa, dan melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah yang justeru bertentangan dengan hikmah puasa.

7. Sambutlah bulan puasa dengan cita-cita dan azzam (tekad) yang tinggi dengan memperbanyakkan ibadah, baik siang atau malam. Ini diperlukan satu bentuk latihan diri dalam mensucikan jiwa.

8. Ucapkan tahniah kepada saudara seiman.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa’i dari Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah sentiasa menggembirakan para sahabatdengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah menggembirakan para sahabat dengan sabdanya,
”Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperoleh kebajikan pada malam itu, berartilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.”

Siapkan rohani kita dan ucapkan tahniah kepada saudara seiman menjelang ketibaan Ramadhan. Marilah kita sambut bulan mulia ini dengan penuh hikmah.

Semoga dengan rasa kesungguhan dalam menyambut kehadiran Ramadhan, kita lebih berjaya dalam menjalankan ibadah puasa.

Wednesday, August 19, 2009

Seni Menyemai Cinta - Memberi Hadiah

Dalam dakwah dan juga kehidupan, manusia tidak lepas daripada berinteraksi dan setiap interaksi itu tentunya akan melahirkan sesuatu. Seorang daie di tuntut untuk memaksimakan interaksinya dengan orang lain supaya ianya berhasil untuk memacu dakwah di dalam Justify Fullmasyarakat. Hadiah merupakan salah satu seni interaksi yang mampu melahirkan suatu impak yang luar biasa.

Dan terkadang, kita buntu bagaimana cara untuk kita mengenali dan mengetuk pintu hati seseorang? Memberi hadiah adalah salah satu daripada wasilahnya.


Dalam beberapa riwayat, Rasul sangat mendorong agar kaum Muslim saling memberi hadiah, bahkan meskipun hadiah itu secara nampak nilainya kecil. Beliau berkata, “…meski sebuah tungkai kambing.”


Manusia tewas dengan pemberian – Kerana adanya sifat ‘inginkan / meminta’

Kehidupan manusia tak pernah luput dari yang namanya keinginan ataupun meminta. Sedar atau tidak, kita memerlukan orang lain untuk memberi sesuatu yang kita perlukan. Begitulah kehidupan berputar.

Sejak lahir, seorang anak manusia meminta banyak dari ibunya. Mulai dari makanan, minuman, perlindungan, dan belaian kasih sayang. Ungkapan memintanya pun tidak mengenakkan: menangis. Itulah bahasa meminta pertama manusia.

Mungkin, inilah tabiat dasar manusia: selalu meminta. Mulai lahir, masa anak-anak, dewasa, dan akhirnya tua. Lagi-lagi, manusia meminta. Bahkan di akhir hayat pun tangis mengungkapkan bahasa asalnya ketika lahir: meminta. Manusia menangis kerana merasa tidak mampu mengurus dirinya sendiri, menjaga isteri, dan membiayai anak-anak. Ia menangis sebagai ungkapan meminta ke orang lain.


Memberi Hadiah – Mengukuhkan rasa cinta

Dalam satu hadith mursal, Imam Malik di dalam Al-Muwatha’ mengeluarkan hadis dari Atha’ ibn Abdillah al-Khurasani bahwa Rasul saw. juga pernah bersabda:


تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ، وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا، وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ


Saling berjabat tanganlah kalian, nescaya akan hilang rasa dengki; dan saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian kalian akan saling mencintai dan akan lenyap rasa permusuhan (HR Malik).


Hadis Malik ini statusnya adalah hadis mursal, karena Atha’ ibn Abdillah al-Khurasani adalah seorang tâbi’în.

Hadiah, mampu menumbuhkan rasa cinta, apabila pemberi memberi dengan ikhlas hati kepada penerima. Dan penerima selalunya akan rasa terhutang budi kepada pemberi, langsung melapangkan dadanya menerima pemberi, membuang rasa benci dan menyemai kasih sayang.


Bahkan hadith lain mengatakan;

« تَهَادَوْا تَحَابُّوا »

“Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai” (HR al-Bukhari, al-Baihaqi, Abu Ya’la)



Kisah generasi pertama

Itulah yang pernah terjadi di generasi para sahabat Rasul. Seorang sahabat Anshar pernah menawarkan separuh hartanya kepada Abdurrahman bin Auf. Bahkan, ia siap menceraikan salah seorang isterinya untuk kelak dinikahkan kepada Abdurrahman bin Auf.

Sepertinya si sahabat Anshar menangkap sesuatu yang kurang dari sahabatnya yang ‘terusir’ dari Madinah itu. Kasihan Abdurrahman, ia meninggalkan segala-galanya di Mekah demi menunaikan perintah Rasul untuk berhijrah. Begitulah mungkin yang sempat terpikir sahabat Anshar. Tanpa menunggu diminta, ia langsung menawarkan. Sayangnya, penawarannya yang tulus ditolak Abdurrahman. Sahabat Muhajirin ini tidak mahu menyusahkan tuan rumah. Ia cuma menanyakan tempat di pasar, agar dia boleh berdagang.

Khatimah


Pelbagai manfaat boleh kita peroleh daripada pemberian hadiah;

1. Membina persepsi yang baik terhadap diri kita
2. Merapatkan jurang hubungan
3. Melaksanakan tanggungjawab sosial
4. Menyemai benih iman dan mendidik berinfak di jalan Allah


Berilah hadiah, tidak kira sebesar manapun materialnuya, yang penting ianya datang dari hati yang penuh ikhlas.

Mudahan infak yang keluar dari poket seorang mukmin, menjadi seperti apa yang di umpamakan Allah iaitu, diumpamakan seperti benih. Dari benih itu menjadi pohon kebaikan yang tumbuh besar dan akhirnya berbuah.

Maha Benar Allah swt. dalam firman-Nya di surah Al-Baqarah ayat 261, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap bulir: seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Allah swt. berfirman, “…Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-Hasyr: 9)

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani "Pergi Tak Kembali"


Al Fatehah...Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Kumpulan Rabbani yang diasaskan Allahyarham merupakan pelopor awal hiburan Islam dalam masyarakat di negara ini bersama kumpulan Raihan,Hijjaz dan Brothers pada pertengahan tahun 90-an. Semoga Allah mencucuri roh beliau di kalangan yang beriman dan beramal solleh.

Merisik Cinta Sang Matahari......

Bila kau adalah bumi,
aku matahari yang iri pada rembulan…
Aku hadir memberi segalanya bagimu,
kaupun tak menyangkal artiku untukmu…
Namun rembulanlah didekatmu,
Daya tariknya yang buat pasang di laut hatimu…


Kau katakan aku begitu anggun
Ciptakan hangat dalam hidupmu
indah rembulan tak sebanding denganku
namun dia…
sang rembulanlah yang selalu kau rindu..


Memang bumi tak sendiri kitari matahari
bersamanya beberapa planet lain sertai…
Kau kata banyak yang lain disekitarku
layak dapatkan hangat kasih cintaku…
Hatiku mengerang,
bagai matahari geram dengan teriknya
ingin kuteriak “tapi hanya kamu yang aku cinta !!!!”


Aku matahari, memanggil.... angin bawalah mendung…
selimutiku hari ini,
padanya kuceritakan sedihku, dan mendung curahkan hujan laksana airmataku…


Letih sudah aku mencuba,
sungguh aku tak mampu berpaling…
biarlah aku tetap di sini, walau pedih memandang kau bersamanya…
Seperti matahari terus menyinari,
demikian cintaku biarlah terus untukmu…



hening sunyi

P IS100809


Sunday, August 09, 2009

Menangisi Kematian Seorang Artis???

Bulan Julai 2009 diisi dengan dua berita kematian tokoh dunia yang berbeza : Michael Jackson dan Fathi Yakan. Keduanya dikenali ramai, namun faktanya, orang Islam lebih banyak meratapi pemergian Michael Jackson daripada kehilangan seorang ulama besarnya.

Michael Jackson, dikenali dengan panggilan “King of Pop” diberitakan meninggal kerana serangan jantung di hospital UCLA Medical Center di Los Angeles. Ia meninggal pada usia 50 tahun. Hingga saat ini, penyebab kematiannya sendiri masih belum dapat dipastikan. Ketika dibawa oleh petugas kesihatan pemadam kebakaran Los Angeles, ia diberitakan sudah tidak bernafas.


Kematian Michael Jackson ini telah mengejutkan warga dunia. Pada tahun 1980an, ia sangat terkenal dan mendominasi bisnes musik dunia. Albumnya yang berjudul “Thriller” pada tahun 1982 terjual sebanyak 50 juta di seluruh dunia dan menjadikannya sebagai salah satu antara orang terkaya di dunia. Pada awal 90an, ia mengganti wajah dan bentuk tubuhnya, dari seorang kulit hitam menjadi kulit putih, melalui pembedahan plastik. Pada pertengahan 90an, ia sudah hampir kehilangan popularitinya kerana persaingan dari musik alternatif (grunge) dan albumnya yang disiapkan dengan belanja besar (Dangerous) longlai di pasaran.


Kehidupan Jackson dipenuhi dengan berbagai peristiwa aneh dan kontroversi. Setelah mengganti tubuhnya, dan ia menjadi ayu laksana seorang perempuan, Jacko—panggilannya—juga terlibat kawin cerai. Pada tahun 2003, ia diberitakan masuk Islam mengikuti jejak abang kandungnya yang telah lebih dahulu memeluk Islam. Namun berita Jacko dalam menjalankan Islam terlalu minimum. Tahun 2009, ia diberitakan akan melakukan aksi come-back, namun ajal datang menghampirinya, seperti yang diberitakan oleh MSNBC.


Berita kematian Michael Jackson langsung disambut gegap-gempita oleh masyarakat seluruh dunia. Termasuk juga orang-orang Islam. Mereka mengaku berbela sungkawa. Mereka menulis status yang mendalam di facebook, YM, friendster milik mereka dan menyatakan sangat kehilangan Jacko.

Sementara itu, seorang ulama besar Islam pun wafat. Ia adalah Fathi Yakan. Fathi Yakan adalah tokoh pergerakan Islam yang buku-bukunya banyak dibaca dan menjadi referensi para aktivis pergerakan Islam Malaysia pada awal-awal tahun 80-90an sehingga ke hari ini.


Syaikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjawat sebagai anggota parlimen di Lubnan pada tahun 1992. Ia terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Lubnanpada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam di sana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.


Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aids Haraky – sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara politik daripada Islam itu sendiri.


Sebaliknya, berita kematian Fathi Yakan ini mendapat tanggapan yang sepi dari dunia Islam. Ramai umat Islam yang tidak mengetahui kematian beliau. Bahkan ketika ditanya, ramai pula yang menjawab, “Fathi Yakan? Fathi Yakan siapa?”. Fathi Yakan, didoakan oleh seantero dunia Islam. Jacko, ditangisi oleh penggemarnya.


Friday, August 07, 2009

Perginya "the Real Rendra"

Penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang turut berpengaruh di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.

Rendra, 74, yang juga dikenali 'Si Burung Merak' meninggal dunia pada 10.15 malam tadi dengan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga isteri - dua daripadanya sudah diceraikan, lapor Bernama.

Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda.

Selain sajak-sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya Al Kautsar pada 1980-an.

Jenazah allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat Jakarta, lapor agensi berita itu lagi.

Lokasi persemadian Rendra ini tidak jauh dari kubur sahabatnya Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong" yang meninggal dunia Selasa lepas.

Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.

Senarai karya Rendra termasuklah drama dan puisi:

Drama
Orang-orang di Tikungan Jalan (1954)
Bip Bop Rambaterata (Teater Mini Kata)
SEKDA (1977)
Selamatan Anak Cucu Sulaiman
Mastodon dan Burung Kondor (1972)
Hamlet (terjemahan karya William Shakespeare)
Macbeth (terjemahan karya William Shakespeare)
Oedipus Sang Raja (terjemahan karya Sophokles)
Lisistrata (terjemahan)
Odipus di Kolonus (terjemahan karya Sophokles),
Antigone (terjemahan karya Sophokles),
Kasidah Barzanji
Perang Troya Tidak Akan Meletus (terjemahan karya Jean Giraudoux) Panembahan Reso (1986)
Kisah Perjuangan Suku Naga

Puisi
Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak)
Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta
Blues untuk Bonnie
Empat Kumpulan Sajak
Jangan Takut Ibu
Mencari Bapak
Nyanyian Angsa
Pamphleten van een Dichter
Perjuangan Suku Naga
Pesan Pencopet kepada Pacarnya
Potret Pembangunan Dalam Puisi
Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan)
Rick dari Corona
Rumpun Alang-alang
Sajak Potret Keluarga
Sajak Rajawali
Sajak Seonggok Jagung
Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api
State of Emergency
Surat Cinta

Saturday, July 18, 2009

Buat Baik Berpada pada...

Buat Baik Berpada-Pada


KITA berada dalam era yang kelabu.
Tidak ada lagi warna hijau, merah dan buru.
Sudah bercampur baur.
Pudar, kelabu dan kabur.

Kita dikatakan lepas bebas.
Era globalisasi yang terbuka luas.
Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintas
Takut berhujah, bimbang berbahas.

Kita agungkan globalisasi.
Kita julang tinggi meritokrasi.
Padahal kita keliru, tidak tahu.
Apa ertinya istilah-istilah itu.

[Macamlah berkhayal dengan Akademi Fantasia
Dan wayang Hindi yang berjam-jam panjangnya.]

Maka kita berbicara tentang kesamarataan.
Tidak mahu lagi kuota dan bantuan.
Lalu kita rungkaikan satu persatu.
Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu.

Kita manterakan Malaysian Malaysia.
Kita uar-uarkan Satu Malaysia.
Kita kagumi Masyarakat Madani
Kita berjinak-jinak dengan Islam Hadhari.

Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasi
Keterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi?

Adakah mampu Melayu di Ulu Benta
Bersaing dengan Cina di Bukit Damansara?
Atau Melayu di pedalaman dan hulu?
Dengan Melayu baru di Bukit Tunku?
Atau nelayan dengan anak jutawan?
Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?

Bukan bangsa lain tidak utama
Mereka pun rakyat Malaysia juga
Tetapi realiti yang wajib diterima
Orang Melayu dan Bumiputera
Adalah majoriti rakyat Malaysia
Pinggirkan mereka, bala jawabnya.

[Hatta saya dan adik-adik saya
Kami pun tidak serata
Kalau ikut meritokrasi
Mungkin anak saya dapat biasiswa
Anak mereka gigit jari
Kerana sekolah di kota
Segala lengkap semua ada
Guru tuisyen dan segala benda.
Tetapi apa halnya
Dengan sekolah di desa?]

Kalaupun hendak bermurah hati
Wajiblah kita berhati-hati
Jangan abaikan hak majoriti
Padahnya buruk kemudian hari.

Terima kasih kawan dan taulan
Madah pujangga jadikan teladan
Buat baik perpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Usah digadai tanah pusaka
Nanti bangsa dihina dikeji.

Thursday, July 16, 2009

Aku..... Akan Menunggumu....

Ingin ku segera memelukmu…


Membawamu untuk mengiringi langkahku…


Namun itu bukan hak aku…


Dan tak kan kupaksakan itu…


Kau masih belum jadi milikku…


Belum menjadi suri dalam hidup ku...


Dan ku belum jadi sebahagian daripada hidupmu…


Belum menjadi satu yang selalu mengisi hatimu…


Meskipun terasa jemu aku bertahan…


Aku akan terus menahan…


Segala kerinduan…


Dan hasrat yang tak terucapkan…


Kau umpama bulan…


Bersinar terangi gelap malam…


Terlihat oleh mataku tanpa penghalang…


Namun kau sukar tergapaikan…


Tapi aku pasti bertahan…


Kerana kau telah memberiku harapan…


Akan cintamu yang hampir mustahil tergapaikan…


Meski ku tahu tak semudah itu untuk menggapaimu…


Kerana yang inginkan kau bukan hanya aku…


Engkau putri raja yang didamba…


Banyak yang panglima dan kesatria yang mencuba menggapaimu…


Sedangkan aku hanya perajurit tak bernama bagimu…


Ya… Aku memang perajurit biasa tak bernama…


Tak sekuat kesatria…


Tak semenawan panglima…


Hanya seorang pemimpi dengan sepenggal puisi saja…


Namun aku pasti menunggumu…


Menunggu jawaban dari cintaku…


Meski jemu aku…


Meski TIPIS harapanku…


Aku pasti kan menunggumu…

Thursday, July 02, 2009

Wacana Islam Dan Politik Semasa

Wacana Islam dan Politik Semasa kini kembali lagi

Tarikh : 3 Julai 2009 (Jumaat)
Tempat : Sekretariat ABIM Negeri
Masa : 7.00 - 11.30 Malam
Pendaftaran :RM 50.00 untuk Dua Siri

Tertib Program

7.00 : Pendaftaran
7.10 : Makan Malam
7.30 : Sholat Maghrib / Ma'thurat / Kuliah Magghrib / Sholat Isya
9.15 : Wacana Bermula

Ucapan YangDipertua ABIM Negeri

Wacana 1 : Islam Dan Politik Semasa
Y. Bhg. Dr. muhammad Nur Manuty
Timbalan Presiden WADAH / Ahli Majlis Tertinggi PKR


Wacana II : Membangun Masyarakat Madani di Pulau Pinang
YB Yusmaidi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau

Wacana III : Kerajaan Tempatan Isu Dan Masalah
Sdr Sheik Zahry Abdul Rahman
Ahli Majlis MPPP

Moderator : Ust Mohammad Fadzil Alias
ITQON Resources


11.00 Soal Jawap
11.30 Minum Malam dan Bersurai




Note : 1. Bahan Bacaan diedarkan Kepada Para Peserta
2. Kemudahan bilik mandi disediakan bagi yang datang terus dari pejabat.

Related Posts with Thumbnails