Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani. Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai peringatan sekelian mukmin. Pengertian Bulan-Bulan Masehi Nama Asal Hari-Hari Masehi Mengapa Bahasa Orang romawi Dijadikan Rujukan Utama?? Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain. Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato. Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam. Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universi ti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan. Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk "Opinions of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah : Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat. Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir. * Artikel ini telah dikemaskini daripada artikel asal.....
~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~
Waktu Solat
Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat] |
Imsak 5:41 |
Subuh 5:51 |
Syuruk 7:04 |
Zohor 13:13 |
Asar 16:18 |
Maghrib 19:15 |
Isyak 20:24 |
Wednesday, October 21, 2009
Merungkai Rahsia Disebaliknya
Nukilan : smtabi'in pada 9:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment