~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, May 27, 2011

Bagaimana Mengalahkan Kesulitan???






Percayalah pada janji Allah. Pun disaat kita diamuk gundah-gulana. 


Semuanya sudah termaktub dalam lembaran ayat suci-Nya. Bacalah surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS  Al-Insyirah: 5-6).

Tentu ayat di atas sudah tidak asing lagi bagi kita. Kita seringkali mendengar ayat ini, namun kadang kala hati kita masih  lalai, sehingga tidak betul-betul merenungkannya. Atau mungkin kita pun belum memahaminya. Padahal jika ayat tersebut betul-betul direnungkan sungguh luar biasa faedah yang dapat kita petik. Jika kita benar-benar mentadabburi ayat di atas, sungguh berbagai kesempitan akan terasa ringan dan semakin mudah kita pikul.  

Percayalah...

“Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.”

‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."

Yakinlah saudaraku... 

Bahwa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang begitu dekat. Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar. Namun ketika kesulitan semakin memuncak, semakin di hujung tanduk, maka setelah itu datanglah kemudahan. Mengapa demikian ? Itu kerana di puncak kesulitan, hati sudah begitu amat pasrah. Segala suatu telah diserahkan seluruhnya pada Allah, Rabbul Jaliil tempat bergantung segala urusan. Itulah yang dinamakan hakikat dari tawakkal.

Kuncinya adalah sabar. Sabar menanti adanya kelapangan adalah solusi paling mujarab dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah. 

Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syair,

Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.
Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
maka ia pasti akan selamat.
Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.
Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolongan.

Dikongsi daripada tulisan Deasy Leana Tsuraya, Republika

Thursday, May 26, 2011

Tempoh Bertenang



Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang sudah membuat keputusan untuk tidak mengurangkan subsidi Petrol RON 95, Diesel dan LPG yang membawaa maksud tiada kenaikan harga bahan bakar tersebut. Saya sangat berterima kasih. Saya sangat terharu mengenangkan nasib rakyat marhaen seperti saya ini yang bakal terjejas kualiti hidupnya sekiranya harga bahan bakar itu naik akibat tindakan kerajaan mengurangkan subsidinya.


Walaupun ianya bersifat sementara namun sudah cukup untuk membuatkan kita menarik nafas lega. Sekurang kurangnya kita boleh memikirkan perancangan kehidupan untuk jangka masa pendek yang akan mendatang. Memikirkan pengurusan hidup berkeluarga dan memenuhi keperluan harian yang semakin meningkat apatah lagi sekiranya berlaku kenaikan yang sememangnya akan sangat dirasai oleh rakyat kebanyakan.


Pengumuman menteri baru baru ini mendapat reaksi yang berbeza dari masyarakat. Ramai yang beranggapan bahawa penangguhan menaikkan harga bahan bakar khususnya RON95 ini dilihat sebagai alat untuk memenangi hati rakyat yang kian hari makin membenci kerajaan. Ramai juga yang beranggapan bahawa PRU sudah semakin mendekati tarikhnya. Tak ketinggalan juga yang memuji keikhlasan dan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan rakyat sesuai dengan slogannya "Rakyat Didahulukan". 

Apa pula yang bermain di fikiran anda????

Monday, May 23, 2011

ABIM Pencetus Kebangkitan Umah - Satu Sejarah Negara Ramai Orang Muda Tidak Tahu

PERTEMBUNGAN dan tarik- menarik antara fahaman nasionalisme dengan sosialisme, pada akhir tahun 60-an dan awal tahun 70-an, begitu hebat terjadi di mana-mana, tidak hanya di Malaysia, bahkan juga di negara-negara Arab dan di kebanyakan negara-negara umat Islam pada amnya. Sementara umat sedang mencari-cari, dan banyak yang terpukau dan terngiur dengan fahaman ini. 

Islam sebagai addin, ajaran universal belum nampak muncul dengan nyata, beberapa puluhan tahun setelah merdeka, lontaran penjajah masih membekas dalam diri sebahagian pemimpin negara yang sudah merdeka ataupun sebahagian rakyat, bahawa Islam itu hanyalah agama di masjid dan surau, berkaitan dengan nikah dan hukum faraid, tiada hubungan dengan kehidupan yang luas dengan segala aspeknya.


Islam masa itu ditampilkan dengan begitu sempit, Islam tiada hubungan dengan masyarakat, negara, politik, ekonomi perundangan, pendidikan dan sebagainya. Pada masa yang sama keterbelakangan rakyat dari segi ilmu dan pendidikan, menjadikan mereka pasrah dengan apa yang disajikan, baik oleh media mahupun pihak berkuasa. Sekularisasi kehidupan disedari atau tidak, sedang menggurita pada masa itu. Memang sudah ada jabatan agama, dan pertubuhan-pertubuhan serta NGO Islam yang lain, tetapi gerakannya masih sempit dan terbatas, belum sampai mengetengahkan Islam yang syumul dan universal itu.


Kalangan muda terutama mahasiswa telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), membuat program keilmuan mengetengahkan idea dan hujah untuk membicarakan Islam dengan segala aspek dan keluasan ajarannya, dan sudah tentu ahli PKPIM juga ingin menghayati dan mengamalkannya seberapa yang boleh, tetapi persekitaran yang rosak dan bobrok masa itu, menjadikan gerakan dakwah pelajar ini menghadapi tribulasi dan cabaran, dan gerak langkahnya adakalanya terbawa-bawa oleh cara-cara gerakan yang belum Islami, namun benih dan tanaman sudah mula ditebar dan ditanam.

Kemuncaknya adalah berdirinya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 6 Ogos tahun 1971, pelopornya adalah Anwar Ibrahim (kini Dato’ Sri), Ustaz Razali Nawawi, Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Siddiq Fadzil, Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Sanusi Junid (kini Tan Sri), Ustaz Nakhaie Ahmad dan ramai lagi. Walaupun pertubuhan ini agak lama baru disahkan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftaran, gerakan itu sudah bermula dengan halaqah-usrah dan tamrinnya, dan taddabur al-Quran serta membicarakan buku-buku baik dari Mesir/Timur Tengah, Pakistan, Indonesia. ABIM mula mengasah ahlinya dengan menampilkan hujah dan idea, dalam mendepani masyarakat, bagaimana membantu penyelesaiannya dengan gerakan dakwah dari bandar ke kampung serta kemana sahaja jika ruang dan peluang itu ada.

Ferguson : Gelaran Ke 19 Lain Rasanya


Tahniah MU untuk gelaran yang ke 19.

Pengurus Pasukan Manchester United Alex Ferguson menilai, gelaran Premier League 2010-2011, yang merupakan gelaran ke-19 bagi kelab ini, berbeza dari sebelumnya. Pasalnya, dengan gelaran itu, Manchester United menjadi pasukan terbaik di England.

Hal ini disuarakan setelah Manchester United mengharungi pertandingan terakhir musim 2010-2011, iaitu melawan Blackpool, di Old Trafford. MU menang 4-2. MU mengakhiri musim ini dengan 80 point  sembilan mata di hadapan Chelsea yang menduduki tempat  kedua.

"Ini istimewa, terutama kerana kami telah memenangi gelaran lebih banyak dari yang lain di negara ini. Ini adalah sejarah dan hebat untuk tradisi kelab ini. Saya sangat gembira," kata  Ferguson.

"Para pemain telah bermain dengan sangat bagus. Ada budaya kerja luar biasa dalam pasukan  ini. Saya fikir, mereka layak meraih gelaran kerana ada banyak penampilan hebat."

"Hari ini kami mendapat empat gol, sebelumnya kami membuat tujuh gol ketika melayan kunjungan Blackburn, dan lima gol ketika melawan Birmingham. Kami juga telah mengalahkan Chelsea, Liverpool, Arsenal, dan Tottenham di sini. Mereka pasukan hebat. Jadi, pencapaian ini cukup bagus."

"Ini sesuatu yang fantastik dan indah kerana melibatkan semua penyokong. Mereka merasa menjadi sebahahgian daripada kami dan sangat menikmati hari ini. Merupakan hal luar biasa melihat para pemain bersama keluarga dan anak-anak mereka."

"Saya fikir, mulai sekarang, ini harus menjadi permainan pasukan. Anda lihat Patrice Evra dan ia telah bermain paling banyak, 46 dari 61 perlawanan. Hal tersebut menunjukkan kepada Anda mengenai persebaran pemain yang telah kami gunakan. Itu terjadi karena kami punya skuad yang bagus," katanya.

Thursday, May 19, 2011

Sang Pencerah - Kisah Liku-Liku Perjalanan Hidup Tokoh Pendakwah

Filem Sang Pencerah, sebuah filem yang mengisahkan perjuangan hidup Kiyai Haji Ahmad Dahlan sampai beliau berhasil mendirikan sebuah organisasi terkenal yang bernama Muhamadiyah. 

Sang Pencerah mengungkap perjuangan pendiri organisasi Muhammadiyah, yang kini dikenal sebagai organisasi keagamaan moden dan sangat berpengaruh di Tanah Indonesia. Dalam perjalanan manentukan jati dirinya, beliau keluar dari kepompong tradisi keulamaan pada zamannya, sehingga kemudian beliau dikenali sebagai figure yang  kontroversial.

Pada usianya yang baru mencecah 21 tahun, pemuda Ahmad Dahlan telah membuat perubahan besar yang sukar diterima dan menimbulkan kecurigaan dan ketidak selesaan dalam kalangan santri dan ulama lain.
 
Beliau pernah dituduh sebagai kafir kerana membetulkan arah kiblat sesuai yang sebenar berdasarkan perhitungan menggunakan kompas, membangunkan sekolah menggunakan meja dan kursi seperti Belanda pada zaman itu dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan tokoh budaya Jawa, Budi Utomo. Filem ini penuh dengan mesej dakwah yang tidak layak untuk dipinggirkan terutamanya untuk para pendukung dakwah. 
 
Sang Pencerah sebuah filem sejarah yang dibintangi aktor dan artis Indonesia yang ternama seperti Slamet Rahardja, Sudjiwo Tedjo, Lukman Sardi, Ikranegara, Zaskia Mecca, Giring Nidji, Yati Surachman dan Muhammad Ihsan Tarore. 

Hanung Bramantyo, pengarah filem ini, telah berjaya dengan beberapa filem sebelumnya antara lain Ayat-ayat Cinta dan Perempuan Berkalung Sorban menjadi tontonan spesial kerana tema dan ceritanya yang khas. Berlatarbelakang Islami. Sebenarnya filem filem seperti sang pencerah ini sangat dinanti nantikan oleh umat memandangkan tidak banyak filem yang mengangkat kisah perjuangan para ulama pendukung dakwah

Sang Pencerah Full Movie boleh diakses dengan mudah dilaman you tube dengan percuma.. selamat menonton... 

Wednesday, May 18, 2011

Warga ABIM Sokong Anwar Kerana Maruah bukan Kerana Apa-Apa...



 
KITA TIDAK MINTA APA-APA...

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) yang berbahagia Dato al-Fadhil Ustaz Dr Sidiq Fadhil, ketika memberi ucapan di Forum Pengkisahan Sejarah ABIM sempena sambutan 40 tahun ABIM di Universiti Selangor ( UNISEL ) pada hari Sabtu, 14hb Mei 2011 baru-baru ini mengesahkan bahawa ABIM tidak mengharapkan apa-apa habuan dari Dato Seri Anwar Ibrahim, sekiranya ia ditakdirkan menjadikan Perdana Menteri Malaysia di satu masa nanti dengan sokongan yang kita berikan kepada beliau dalam isu Fitnah dan Video Seks yang dilemparkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim oleh musuh-musuh politiknya.

ERA 80'AN DAN 90'AN ERA PALING GETIR DALAM MEMATANGKAN ABIM

Ujar Dato Dr. Sidiq, era tahun 80’an dan 90’an adalah merupakan era yang paling pahit dilalui oleh barisan kepimpinan dan ahli-ahli ABIM dengan kemasukan Dato Seri Anwar ke dalam UMNO.

Ahli-ahli ABIM terbelah tiga. Sebahagian menyokong Anwar memasuki UMNO dan menyokongnya, sebahagian keluar dari ABIM menyertai PAS dan sebahagian kecil tinggal bersama ABIM mempertahankan kredibiliti dan fikrah ABIM. Ahli-ahli ABIM dilabelkan dengan berbagai-bagai label, saperti ‘Thagut’, ‘Kafir’, tidak jelas, bersekongkol dengan UMNO, pengampu kerajaan, sesat dan sebagainya. Namun ahli-ahli ABIM tetap yakin, tabah dan sabar memperjuangankan prinsip "Wasatiyyatul Islam" dan "al-waqiyiyyatu 'l-Muassolah" dengan sikap husnul-Zon  dengan penuh hikmah dan berhemah. Zaman itu adalah merupakan zaman yang paling pahit dalam sejarah 40 tahun perjuangan ABIM.

Kata ustaz Sidiq :

“Zaman itu ‘pahit sekali’, tapi syukur “kepahitan yang memperkaya." Andainya saya mengejar ghanimah ( keduniaan ), rasanya saya tidak berada di sini lagi.”

“Saya anggap ini satu kemujuran tidak dapat apa-apa. Dia ( Anwar yang semasa itu menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad ) tak beri apa-apa dan saya tidak minta apa-apa. Lalu akibatnya kita tak dapat apa-apa. Satu kemujuran yang sangat saya syukuri.” 

Ianya kemudiannya disambut dengan gelak ketawa oleh lebih kurang 1,000 orang para hadirin (yang terdiri daripada ahli-ahli lama ABIM, WADAH, PKPIM dan juga para jemputan yang memenuhi Dewan Utama UNISEL pada FORUM Pengkisahan Sejarah sempenan sambutan 40 tahun ABIM pada hari itu.

Monday, May 16, 2011

Puisi Zaman : Sempena 40 Tahun ABIM

Ini
Adalah sebuah puisi zaman
Satu penceritaan empat dekad
Tentang keperkasaan dan keberanian
Dalam mengumpul akal budi
Bagi mengubah jati diri
Yang selamanya berpindah randah
Dari sebuah ideologi ke sebuah ideologi
Lalu
Minda dan hati terus bercelaru
Dan terus berbagi

Sehinggalah
Datang waktu itu
Wajah-wajah segak
Para pendiri dan pemberani
Tokoh-tokoh muda berjambang nipis dan berkumis
Dengan getar suara mereka
Dan aksi terbuka di mana-mana
Mula sahut bersahut
Dari kampus ke kota
Lalu menuju ke desa-desa

Dengan penuh iltizam
Para pemberani dan perintis itu
Membangkit dan membakar semangat gerakan
Menggarap seluruh kekuatan
Lalu mendekati setiap sasaran
Di desa mahupun di pekan
Menyeru dan merayu
Bagaikan Maulana Rumi bersenandung ketika memanggil semua
“Ke marilah sesiapa jua
Para pengembara – pengelamun, pencinta dunia – tidak peduli siapa pun kalian
Justeru ini bukannya karavan insan-insan berputus asa

Ke marilah,
Kendatipun,
Kau telah melanggar sumpahmu seribu kali
Ke marilah dan ke marilah lagi,
Ke mari……… ke marilah”

Tapi
Tika tiba
Nahdah itu
Satu kebangkitan
Bagai arus pasang besar
Menyongsong semangat juang
Para pria para santri
Siswa dan siswi

Lalu
Kami mula menggenggam tangan ke udara
Dengan yakin diri
Untuk tidak malu-malu
Menyatakan
Bahawa
Kamilah pendayung “Bahtera Merdeka”
Yang bangkit sesudah robohnya Kota Melaka

Di sini
Terbina satu tali
Yang mengikat erat persahabatan, persaudaraan
Oleh sumpah dan bay’ah
Demi bersama merubah
Mengangkat martabat Ummah

Di sini
Kami dewasa
Dengan perjuangan di setiap medan
Dicemburui semua
Yang tidak pernah bersama
Setiap bukit didaki
Setiap lembah dituruni
Setiap teluk dan selat dilalui

Ada yang sampai ke puncak
Ada yang tergelincir di perjalanan
Tidak kurang yang bertukar haluan
Mencari destinasi baru

Namun kami tetap kembali ke pengkalan
Pulang ke pangkal jalan
Bila tersasar dari tujuan

III
Ah...!
Mereka yang berbuat onar
Dan berkhianat
Lupa diri dek dunia yang dihambat
Akan hanyut dari zaman
Akan terbuang dari ingatan

Ah…!
Bagi mereka yang berbuat onar dan berkhianat
Akan hancur lumat oleh kesumat

Justeru,
Mereka yang menabur benihnya
Akan menuai badainya jua
Mereka yang berpura-pura
Akhirnya akan sengsara

Dan kami generasi-generasi
Para pemula, perintis dan penerus
Akan tetap melangkah dan terus melangkah
Akan tetap berlari dan terus berlari
Berkayuh dan berkayuh
Merangkak dan berpapah
Hingga ke garis penamat

Kerana kami adalah anak-anak zaman
Yang tak akan terlupakan
Kerana kami telah punya citra
Punya sejarah berani lagi bererti
Yang bakal dibawa mati
Bersama daftar panjang para pejuang



Mohd. Anuar Tahir
Alor Setar, 4 Mei 2011
Puisi Dideklamasikan Sempena Forum Pengkisahan Sejarah 40 Tahun ABIM, 14 Mei 2011, Shah Alam.

Thursday, May 12, 2011

Kesan Kenaikan Harga Gula - Mahalnya Segelas Teh Tarik

Kurang daripada 24 jam setelah kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ramai peniaga restoran yang sudah mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.

Pengalaman minum pagi sambil bercerita bersama seorang sahabat lama disebuah restoran nasi kandar mendapati harga minuman sudah ada sedikit kenaikan. Segelas teh tarik yang sama saiz gelasnya sebelum ini dijual dengan harga RM 1.30 telah pun meningkat sebanyak 20 sen kepada RM 1.50. Saya tidak berapa terkejut dengan kenaikan ini kerana sudah menjangkakan perkara ini lebih awal lagi. 

Dalam masa yang relatif singkat, para peniaga mengambil peluang mengaut keuntungan yang berganda saya rasakan tidak munasabah. Apa tidaknya, kenaikan harga gula hanyalah 20 sen sekilogram, sedangkan kenaikan harga teh tarik sebanyak 20 sen segelas. Wal hal, sebanyak manakah gula yang digunaklan untuk menghasilkan 1 gelas teh tarik??? 

Dalam siri kenaikan apa juga harga barangan keperluan harian, yang menjadi mangsa keadaan adalah pengguna, rakyat jelata, rakyat marhaen.

Saya terbaca dalam akhbar semalam, jaminan daripada pengerusi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang kononnya telah akur dengan seruan pihak kerajaan untuk tidak menaikkkan harga minuman. Mana buktinya?? 

GEORGETOWN: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menafikan kira-kira 2,200 ahlinya di seluruh negara bercadang menaikkan harga makanan dan minuman berikutan penyelarasan harga gula.. 

Saya juga menuntut jaminan kerajaan kononnya kenaikan harga gula tidak akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman.

Dalam ekonomi, ada satu istilah yang disebut vicious circle, kenaikan harga satu bahan akan menjangkiti kenaikan harga barangan lain yang akan menyebabkan berlakunya "inflasi", satu keadaan dimana nilai wang akan menjadi rendah kerana harga barangan semakin meningkat.


Bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak kenaikan harga barang dengan kedatangan musim perayaan akan datang.

Teladan Surah An-Nur Berkenaan Tuduhan Zina dan Liwat

Sekiranya berlaku pertuduhan zina atau liwat yang belum disahkan oleh mahkamah Syariah, maka pendukung dakwah perlu mengambil panduan dari beberapa ayat Surah An Nur dalam peristiwa "Hadis al Ifki", atau berita bohong yang direka-reka kaum Munafikin untuk mencemarkan nama baik Ummul Mukminin Saidatuna Aisyah R.A.  Di antara yang penting :


Gambar : sekadar gambar hiasan.

1. Bersangka baik terhadap orang-orang mukmin dan mukminat.

Firman Allah SWT pada ayat 12 :
"Mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata : " Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata !"

2. Berusaha menghadirkan empat orang saksi.

Firman Allah pada ayat 13 :
"Mengapa mereka ( yang menuduh itu ) tidak datang membawa empat saksi oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang-orang yang berdusta."

3. Jangan dipergunjingkan, disambung dari mulut ke mulut, tanpa ada pengetahuan mengenainya, dengan menganggapnya perkara remeh, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang amat besar.

Firman Allah ayat 15:
"(Ingatlah) ketika kamu menerima ( berita bohong ) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakana dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggap remeh, pada hal dalam pandangan Allah itu soal besar."

4. Tidak sepatutnya melibatkan diri untuk membicarakan hal yang seperti ini apatah lagi terhadap orangt yang dikenal kebaikan dan kehormatannya. 

Firman Allah ayat 16:

"Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya " Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Maha Suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar."

5. Jangan mengulangi perbuatan itu lagi selama-lamanya.

Firman Allah ayat 17:
"Allah memperingatkan kamu agar ( jangan ) kembali mengulangi seperti itu selama-  lamanya, jika kamu orang beriman."

6. Allah menegaskan bahawa orang-orang yang menyukai perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong ) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman akan mendapat 'azab yang pedih di dunia dan akhirat.

Firman Allah ayat 19 : 
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu  (berita bohong ) tersiar di kalangan orang-orang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Seperti dimaklumi bahawa penggerak utama berita bohong ini ialah Abdullah bin Ubay, ketua Munafiqin. Di dunia ini dia telah mendapat azab tersingkir dari masyarakat kerana telah mendapat laknat daripada Allah dengan sifat nifaqnya. Manakala di akhirat ditempatkan di lapisan yang paling bawah dari neraka.

Dari kalangan orang-orang Islam ada tiga orang yang terlibat dalam penyebaran berita bohong ini, iaitu Misthah bin Uthathah, Hassan bin Thabit dan Hamnah binti Jahasy. Mereka telah dijatuhi hukuman qazaf. Kemudian Misthah menjadi buta, manakala Hassan buta dan lumpuh kedua tangannya. (lihat Tafsir Al Munir, j.18 mengenai panafsiran Surah An Nuur )

Dengan panduan ini pendukung dakwah diharapkan mempunyai pendirian yang jelas dalam menyingkapi fitnah yang sedang dihadapi dan tidak terpengaruh dengan pelbagai pemikiran yang mengelirukan, kerana panduan ini datang daripada Allah SWT.

Firman Allah :
"Jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu, maka barangsiapa mengikuti petunjuk Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit." (Q.S. Thahaa 123–124 )


(Yang Berbahagia Ustaz Rivai Batubara adalah aktivis ABIM Perak Darul Ridzuan serta antara pengasas Ma'ahad Ummah Chemor).

Tuesday, May 10, 2011

Ayat Standard : " Harga Kita Masih Yang Paling Rendah"

Harga gula akan naik 20 sen kepada dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei 2011. Bagi pihak kerajaan kenaikan ini membolehkan kerajaan kononnya akan memperolehi penjimatan sebanyak RM 116 juta. begitulah seperti yang telah dikatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna dan yang pastinya kenaikan ini sudah direstui dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi.

Kenaikan ini adalah kali kedua dalam tempoh 5 bulan. Kenaikan lepas berlaku pada 4 disember 2010 bersama sama dengan kenaikan harga petrol, diesel dan LPG. Kenaikan harga barangan kebelakangan ini semakin serius. Beberapa siri kenaikan harga barangan seolah olah cuba diselindungkan disebalik isu isu semasa yang ditimbulkan, contohnya apa yang berlaku sekarang adalah isu agama rasmi, negara kristian, dan isu video serta sumpah laknat yang seolah tiada penghujungnya.

Inilah yang dikatakan langkah strategik yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengambil peluang daripada kemelut umat agar kenaikan harga barangan ini sedikit sebanyak tidak disedari langsung oleh rakyat. Sekali lagi, bahkan setiap kali kenaikan harga barangan , penanda aras yang digunakan adalah dengan membandingkan harga itu dengan negara negara jiran. Yang pastinya ayat populis ini tidak akan pernah ketinggalan. "Harga kita masih lebih rendah" berbanding dengan negara negara lain.

Disebalik istilah istilah yang muluk muluk seperti "rasionali subsidi" dan "pelarasan harga" seolah olah kerajaan lupa akan betapa kesusahan hidup rakyat jelata ini perlukan santunan. Kos sara hidup semakin hari semakin meningkat, sementara sumber pendapatan masih di takuk lama.

Selain penjimatan kerajaan yang dianggarkan mencecah RM 116 juta, orang yang paling gembira dengan pengumuman kenaikan harga gula ini sudah pasti tokeh gula. Tokeh gula ini akan terus menerus mengaut keuntungan untuk menambahkan kekayaan sekaligus mengekalkan status "Orang Paling Kaya di 1Malaysia" dengan jumlah kekayaannya akan terus meningkat. Kita rakyat jelata keseluruhannya akan terus menjadi dan dijadikan sebagai mangsa.....

Monday, May 09, 2011

Happy Belated Hari Ibu

Hari Ahad lepas (setiap Ahad minggu kedua bulan Mei) semua yang bergelar ibu termasuk ibu tunggal diraikan dalam sambutan Hari Ibu. Maka pada kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu termasuk isteri saya yang masing-masing ada anak yang sedang membesar. Jasa ibu dalam membesarkan anak ini sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit.

Tanpa didikan ibu, anak-anak tidak akan menjadi manusia walaupun rupanya manusia. Kesabaran ibu mendidik anak walaupun dalam keadaan tertekan, berjaya juga membawa mereka ke universiti. Namun jasa ibu itu tidak diminta untuk dibalas oleh anak.

Saya sendiri dibesarkan oleh ibu yang amat penyayang. Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi, namun dia diberi keistimewaan boleh membaca al-Quran dengan baik malah boleh mengajar anak kampung bacaan al-Quran dengan baik. Maka berkat didikannya kini saya jadi seperti hari ini. Terima kasih ibu.
Sememangnya ibu diberi amanah yang berat, namun mereka tetap terima dengan sabar.

Firman Allah:

Maksudnya: “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman : 14)



Thursday, May 05, 2011

Manchester United or Barcelona??


United turned on the style to make absolutely certain of a place in the 2011 Champions League final, firing four goals past Schalke in an enthralling semi-final second leg at Old Trafford.
 
Manchester United will meat Barcelona in the Champions League final at Wembley later this month after seeing off the challenge of Schalke. 

It will be the Reds' third European final in four years, having previously reached the 2008 and 2009 showpieces.

While the 2008 spectacle ended in triumph, following a penalty shoot-out victory over Chelsea, the 2009 final was one to forget with Sir Alex's men beaten 2-0 by Barcelona.

The two sides will meet again on Saturday 28 May at Wembley as the Reds look to secure a fourth European Cup.

Wednesday, May 04, 2011

Negara Paling Makmur Di Dunia : Di Mana 1Malaysia??

Credit Suisse Institute yang berpangkalan di Switzerland melalui "Credit Suisse  Global Wealth Report"  Telah mengeluarkan laporan mengenai 5 negara paling makmur dalam senarai negara di dunia. Laporan ini mengambil kira jumlah populasi serta tahap kekayaan penduduknya.

Menurut laporan tersebut, lima negara yang menduduki posisi paling atas dengan kekayaan purata di atas US$250 ribu per orang. Kelima-lima negara itu adalah Swistzerland, Norway Australia, Singapura dan Perancis. Negara negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika, Jepun, serta England tidak termasuk dalam senarai 5 negara paling makmur kerana purata kekayaan rakyat mereka tidak mencecah US
$200 ribu per kepala.


1. Switzerland


Switzerland menduduki ranking no wahid dalam senarai ini dengan purata kekayaan rakyatnya mencecah US$372 ribu per orang dewasa iaitu yang tertinggi di dunia.  Daripada seramai  6 juta orang dewasa, 230 ribu daripadanya  memiliki harta dengan purata melebihi US$1 juta. 


Related Posts with Thumbnails