~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Tuesday, May 10, 2011

Ayat Standard : " Harga Kita Masih Yang Paling Rendah"

Harga gula akan naik 20 sen kepada dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei 2011. Bagi pihak kerajaan kenaikan ini membolehkan kerajaan kononnya akan memperolehi penjimatan sebanyak RM 116 juta. begitulah seperti yang telah dikatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna dan yang pastinya kenaikan ini sudah direstui dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi.

Kenaikan ini adalah kali kedua dalam tempoh 5 bulan. Kenaikan lepas berlaku pada 4 disember 2010 bersama sama dengan kenaikan harga petrol, diesel dan LPG. Kenaikan harga barangan kebelakangan ini semakin serius. Beberapa siri kenaikan harga barangan seolah olah cuba diselindungkan disebalik isu isu semasa yang ditimbulkan, contohnya apa yang berlaku sekarang adalah isu agama rasmi, negara kristian, dan isu video serta sumpah laknat yang seolah tiada penghujungnya.

Inilah yang dikatakan langkah strategik yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengambil peluang daripada kemelut umat agar kenaikan harga barangan ini sedikit sebanyak tidak disedari langsung oleh rakyat. Sekali lagi, bahkan setiap kali kenaikan harga barangan , penanda aras yang digunakan adalah dengan membandingkan harga itu dengan negara negara jiran. Yang pastinya ayat populis ini tidak akan pernah ketinggalan. "Harga kita masih lebih rendah" berbanding dengan negara negara lain.

Disebalik istilah istilah yang muluk muluk seperti "rasionali subsidi" dan "pelarasan harga" seolah olah kerajaan lupa akan betapa kesusahan hidup rakyat jelata ini perlukan santunan. Kos sara hidup semakin hari semakin meningkat, sementara sumber pendapatan masih di takuk lama.

Selain penjimatan kerajaan yang dianggarkan mencecah RM 116 juta, orang yang paling gembira dengan pengumuman kenaikan harga gula ini sudah pasti tokeh gula. Tokeh gula ini akan terus menerus mengaut keuntungan untuk menambahkan kekayaan sekaligus mengekalkan status "Orang Paling Kaya di 1Malaysia" dengan jumlah kekayaannya akan terus meningkat. Kita rakyat jelata keseluruhannya akan terus menjadi dan dijadikan sebagai mangsa.....

2 komen:

anisyazila said...

gaji naik pun mcm xnaik jer...duk cover harga barang yang naik..:-(

smtabi'in said...

alhamdulillah bagi yang ada kenaikan gaji... biarpun kenaikan yang ada seolah olah macam tak ada kenaikan.. syukur bagi yang koje ngan kerajaan... tapi bagaimana dengan rakyat kebanyakan?? yang tidak ada pendapatan tetap setiap bulan???

Related Posts with Thumbnails