~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Wednesday, May 04, 2011

Negara Paling Makmur Di Dunia : Di Mana 1Malaysia??

Credit Suisse Institute yang berpangkalan di Switzerland melalui "Credit Suisse  Global Wealth Report"  Telah mengeluarkan laporan mengenai 5 negara paling makmur dalam senarai negara di dunia. Laporan ini mengambil kira jumlah populasi serta tahap kekayaan penduduknya.

Menurut laporan tersebut, lima negara yang menduduki posisi paling atas dengan kekayaan purata di atas US$250 ribu per orang. Kelima-lima negara itu adalah Swistzerland, Norway Australia, Singapura dan Perancis. Negara negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika, Jepun, serta England tidak termasuk dalam senarai 5 negara paling makmur kerana purata kekayaan rakyat mereka tidak mencecah US
$200 ribu per kepala.


1. Switzerland


Switzerland menduduki ranking no wahid dalam senarai ini dengan purata kekayaan rakyatnya mencecah US$372 ribu per orang dewasa iaitu yang tertinggi di dunia.  Daripada seramai  6 juta orang dewasa, 230 ribu daripadanya  memiliki harta dengan purata melebihi US$1 juta. 


2. Norway



Norway menduduki ranking no dua dalam senarai negara paling makmur di dunia.  Purata kekayaan rakyatnya tidak tertinggal jauh daripada purata kekayaan rakyat Switzerland.   

3. Australia



Australia menduduki rangking ke tiga dari segi kekayaan rakyatnya, Purata kekayaannya  adalah US$321 ribu per orang dewasa. 64% Kekayaan  rakyat  Australia  dalam bentuk properti, iaitu lebih kurang  US$261 ribu. Total kekayaan 16 juta populasi dewasa Australia sebanyak US$5,1 triliun.

Seramai 740 ribu orang Australia juga tergolong jutawan, yang memiliki harta lebih dari US$1 juta. Australia juga menyumbang 3 persen dari total jutawan seluruh dunia. Di Australia, tidak ada rakyat  yang memiliki kekayaan di bawah US$1000.


4. Singapura  

Kekayaan warga Singapura mengalami pertumbuhan signifikan dalam satu dekad dari purata US$105 ribu menjadi  US$255 ribu pada tahun 2010. Ini meletakkan Singapura berada di posisi keempat dalam senarai negara paling makmur di dunia. Harta mereka pada umumnya disimpan dalam bentuk  properti dan  sebahagian saja  dalam bentuk instrumen fkewangan, seperti deposit, saham dan instrumen kewangan lainnya.

Hanya 2.4 persen daripada orang dewasa Singapura yang berjumlah 4 juta orang yang memiliki kekayaan di bawah US$1000 per orang.  54 persen memiliki harta  purata antara US$10.000-100.000 per orang dewasa. 20.8 persen memiliki harta  melebihi US$100 ribu , sementara jumlah kekayaan warga Singapura sebesar lebih kurang US$0,9 triliun.
 5. Perancis 
Jumlah orang kaya di Perancis tumbuh signifikan sejak tahun 2000. Rata-rata kekayaan warga Perancis mencecah US$255 ribu per orang dewasa. Total kekayaan 47 juta orang dewasa Perancis mencecah US$12,1 triliun. Sebagian besar kekayaan mereka disebabkan oleh kesan nilai tukaran Euro terhadap Dolar. Namun, kenaikan harga aset-aset properti turut menyumbang 2/3 kekayaan warga Perancis. Sebanyak 2,2 juta warga Perancis tergolong jutawan yang memiliki harta lebih dari US$1 juta per orang. 
Note : Di manakah kedudukan negara kita 1Malaysia??? Berapakah agaknya purata kekayaan per kepala rakyat 1Malaysia??  
  

0 komen:

Related Posts with Thumbnails