Jangan terperanjat dengan tajuknya.. nama saja kembara, seolah olah jauh bebenor perjalanannya.
Seawal 8.00 AM waktu Negeri Darul Kartun, aku memulakan perjalanan. Tujuan pertama ku adalah felda Trolak Selatan.. tapi hampa kerana apa yang kucari ni sini tidak kujumpai... Perjalanan di teruskan ke
Aku perlu menyelesaikan satu lagi urusan rasmi ku di UPSI. Bersama sama anak anak muda dalam program anak muda membuatkan aku sedikit alpa berkenaan masa….. Semangatku membara dan seolah olah kembali menjadi lebih muda… keseronokan berceloteh membawa aku kepada keterlajakan sedikit masa… Nasib ku baik kerana ada seorang PA bidan terjun yang understanding merespond panggilan dan SMS semasa aku bersemangat berceloteh di hadapan…hehehehe
Turun sahaja dari pentas aku terus menemui penganjur dan terus memohon untuk cabut, mohon kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk menjamah minum petang yang telah tersedia… ini juga kerana mengingatkan teman-teman Teman Bicara yang pastinya sudah lama berkumpul…
Tanpa sempat bertukar uniform, aku mulakan mengukur jalan dengan kelajuan yang sedikit extreem… tujuan ku adalah HR Steak House…. Jangkaan ku aku akan sampai dalam masa satu jam…. Tepat sekali walaupon tersesat dalam kesesakan kecil akhirnya aku sampai jugak…….
Sampai disini aku dah penat, lapar pun ada tapi yang pasti seronok jumpa teman-teman Teman Bicara.. setelah dua kali teman-teman Teman Bicara menjemput ku namun aku gagal menghadirkan diri, kali ini akhirnya aku berpeluang untuk bersama sama teman-teman Teman Bicara…
Sampai di sini aku sudah tak mampu bercerita…. Biar gambar yang bercerita…. Aku hanya mahu menjamu seleraa…. Hahahhahaha
seCawan Besar TO Ais Laici
Spare Lamb Blackpapper
0 komen:
Post a Comment