~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Monday, March 15, 2010

Ihtifal Kebangsaan (Akademik) Kali ke - 10

Tema : "Ihtifal Menjana Kecemerlangan Pelajar"



Objektif :

1.Memupuk silaturahim
2. Mencungkil bakat dan kecemerlangan pelajar
3. Melahirkan pelajar yang berketerampilan4. Menerapkan nilai-nilai positif berteraskan nilai-nilai islam
5. Menjadikan ihtifal sebagai gedung mendidik minda dan sahsiah
6.Memupuk minat pelajar dalam bidang agama, seni, budaya yang berlandaskan nilai islam


Tempat : 15 & 17 Mac ~ Dewan Bandaran Ipoh, Perak
16 Mac ~ Maahad & Seri Al-Ummah Chepor.


Menghimpunkan 13 SRI, 3 SEMI dan 2 Maahad dari seluruh negara.




Memetik kata kata bermutu Pengerusi Majlis Tertinggi Pendidikan Al-Hikmah, Dato' Dr Siddiq Fadhil, dalam ucapan perasmiannya petang tadi :

"Ihtifal sebenarnya adalah kata yang sarat dengan makna. Di sebalik semarak perayaan yang berwarna warni tersirat makna mensyukuri kurnia, di samping motif meransang peningkatan kualiti dan prestasi."

"Sebagai sebuah model di luar sistem konvensional, sekolah kita tentunya mempunyai ukuran prestasi yang terssendiri, sesuai visi dan misinya. Yang kita sasarkan bukanlah kecemerlangan akademik semata, tetapi kecemelangan watak keseluruhanya".

"Model persekolahan kita lahir dari komitmen mengembalikan esensi pendidikan sebagai proses pembinaan, pengutuhan dan penyempurnaan insan. Gagasan persekolahan itu tidak hadir dari sebuah hayalan tetapi terjelma dari nyala semangat melestarikan misi pendidikan nabawi".

"Setelah sekian lama model pendidikan inni kita ketengahkan sebagai alternatif, seharusnya kita telah sampai ke satu tahap menjadikannya pilihan utama. Masa lalau dengan segala catatan kejayaan dan kekecewaanseharusnya menjadikan kita leih siap menghadapi cabaran masa depan. sesungguhnya kejayaan tidak akan pernah berakhir, dan kegagalan tidak akan pernah mengakhiri segala galanya"

"Marilah kita mensyukuri apa yang kita ada sambil berdoa dan berusaha bersungguh sungguh untuk memperolehi apa yang kita belum ada".

begitu lah cebisan kata kata bermutu Dato' Dr Siddiq Fadhil dalam ucapan perasmian pembukaan petang tadi...

sememangnya ucapan beliau sentiasa sarat dengan mesej dan penuh dengan hikmah. Tak pernah rasa jemu mendengarkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau walaupun kaki meronta ronta kepenatan dek berdiri sepanjang majlis tersebut.... semoga permulaan ihtifal ini akan berjalan lancar sehingga kepenghujungnya....


Note : rasa sangat seronok dapat berjumpa, beramah mesra, bertanya kabar teman-teman lama yang sudah agak lama tidak berjumpa..


0 komen:

Related Posts with Thumbnails