~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Thursday, March 11, 2010

Fatwa Dr Yusuf Qaradawi dan Kisah Liwat Siri 2

Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung kes liwat terhadap DS Anwar Ibrahim :

"Sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah MUNAFIK,sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai FASIK"

Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah aku... dan keluargaku dari fitnah munafik dan fasik!!!



Begitulah bunyi fatwa daripada Dr Yusuf Al-Qaradawi berkenaan kes liwat DS Anwar Ibrahim yang sedang dalam perbicaraan pada masa ini. Terus terang saya katakan, saya tidak berminat untuk mengikuti perjalanan kisah ini atas beberapa perkara. Antaranya saya berpandangan bahawa kesudahan cerita ini sangat mudah untuk dijangkakan.

Daripada masa habis terbuang untuk kisah sensasi ini, rasanya lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Namun begitu, saya jugak tidak meninggalkanya terus tanpa ambil tahu apa yang sedang berjalan.

Berdasarkan pemerhatian saya, yang menyebabkan saya tawar hati untuk mengikuti jalan cerita ini adalah antara lain seperti di bawah ini..,

  1. Berdasarkan pengakuan Najib sendiri, Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008, tapi dia diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008. Jelas sekali, dah mengadu diliwat tapi kena liwat lagi keesokkan harinya.
  2. Sebelum ini bapa saudara saiful pernah menceritakan kepada media betapa saiful tertekan sehingga hampir sahaja membunuh diri. Tapi walaupun sudah begitu tertekan, masih lagi datang untuk diliwat oleh Anwar. Bukankah sangat lucu?
  3. Menurut Najib, saiful datang ke rumahnya dan najib rasa tangan saiful seram sejuk. Saiful dikatakan dalam ketakutan ketika berjumpa Najib, tetapi anda sudah sedia maklum Saiful bertemu Najib pada 25 Jun 2008 dan diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008 lagi sekali lagi kenyataan lucu oleh saiful.
  4. Saiful berbohong di sidang media dengan mengatakan bahawa dia diliwat dengan paksa, tetapi kenyataan dia sendiri di mahkamah menjelaskan bahawa dia sendiri yang membuka seluar lalu bertuala. Langsung tiada sebarang unsur paksaan.
  5. Saiful berpura-pura mengaku idolanya adalah Anwar Ibrahim sedangkan kawan-kawannya di UNITEN sedia maklum dia anti- Anwar semasa di Universiti.

Salah satu persoalan yang sangat pelik ialah mengapa perbicaraan ini masih diteruskan sedangkan Laporan Perubatan dari Hospital Pusrawi jelas sekali mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak pernah diliwat?

Sekiranya benar ada laporan Pusrawi seperti yang disiarkan Malaysia Today, walaupun terdapat air mani Anwar sekalipun di dubur Saiful, kejadian kerana ada kebarangkalian terdapat liwat masih lagi diragui. unsur khianat menggunakan sample air mani anwar pada kes liwat 1998 yang lalu untuk dilumur ke dubur Saiful. Sekiranya kesan tusukan pun tiada apa lagi nak cari kesan air mani betul tak? Apa kejadah Anwar nak pancutkan mani beliau di dubur Saiful tanpa melakukan tusukan? Kalau itu yang berlaku, maka ini bukan isu liwat, tetapi isu onani.

Namun begitu satu persoalan yang lebih penting ialah benarkah wujud laporan PUSRAWI yang disiarkan oleh Malaysia today? Atau Raja Petra sekadar buat cerita bohong?

Sebelum membuat laporan Polis pada 28 Jun 2008, Saiful telah ke Hospital Pusrawi untuk melakukan pemeriksaan. Dr Osman di dalam laporannya menulis bahawa tiada kesan tusukan "penetration" ke dalam dubur saiful untuk membuktikan dia pernah diliwat. Ramai yang mengatakan Laporan Pusrawi yang disiarkan oleh Raja Petra kamarudin di blognya adalah rekaan semata-mata dan sengaja diada-adakan untuk memancing sokongan rakyat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekiranya Laporan ini benar, jelas sekali inilah bukti yang kuat bahawa Saiful tidak pernah diliwat sekaligus bukti bahawa Anwar tidak bersalah. Namun begitu, adakah laporan ini benar ataupun sekadar fitnah?

Jawapannya, laporan ini terbukti benar dan bukanlah satu fitnah kerana Dr Osman sendiri di dalam satu sidang media telah mengakui bahawa salinan laporan yang disiarkan oleh Malaysia today itu adalah salinan Laporan yang benar ditulis oleh beliau (Dr Osman) sendiri.

Hmmmm.... ntah la... dunia dunia.... kita tunggu saja apa yang akan berlaku seterusnya...... apa kesudahan kisah ini...

0 komen:

Related Posts with Thumbnails