~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Tuesday, March 16, 2010

GST, Rakyat didahulukan??

Sidang parlimen telah dibuka semula secara rasminya semalam. Satu yang menarik diperingkat awal ini bagi saya adalah berkenaan GST (Goods and Service Tax). Menteri Kewangan Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan "kerajaan tidak akan membentangkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di Parlimen untuk bacaan kedua kerana ingin mendapatkan input rakyat. Katanya, kerajaan telah mendapat input dari sektor swasta dan rata-rata pandangannya adalah positif walaupun ada beberapa badan yang mengkritik".


Keputusan ini adalah baik, tetapi ada ralat yang sangat ketara sudah berlaku. Mengapakah kerajaan hendak mendapatkan input awam pada tahap ini. Sepatutnya input awam diperolehi sebelum GST dibawa ke Parlimen.


Isu GST bukanlah satu-satunya isu di mana kerajaan terpaksa “buat pusingan U” . Sebelum ini, kerajaan membatalkan mekanisme penjualan minyak petrol dua peringkat (two-tier pricing) dan program subsidi beras untuk rakyat (SUBUR). Program SUBUR terpaksa dihentikan ditengah jalan walaupun ia telah dilancarkan. Adakah trend ini akan berterusan ?? adakah ini signal tentang kewibawaan pentadbiran negara yang ada?? adakah input input yang diperoleh selama ini betul betul diperoleh dari sumber yang tepat atau hanya sekadar "on paper" sahaja?? Ini belum lagi jika persoalan bagaimana kerajaan mendapatkan maklum balas rakyat??


Cadangan perlaksanaan GST bukan perkara baru. Ia sudah lama diwar-warkan. Berapa peratuskah rakyat yang faham apa itu GST? Sudah tentu hanya segelintir kecil sahaja yang memahami apa itu GST dan pernah terdedah kepada GST. Menangguhkan pembentangan setelah terdapat penentangan terhadap GST adalah sesuatu tindakan yang kurang tepat dan bijak. Gah nak umum dan gah nak laksanakan, akhirnya dibatalkan.


Kenapa sampai jadi begitu? Apakah tiada kajian menyeluruh dilakukan sebelum bapak menteri umum kepada media untuk pengetahuan rakyat? Jangan salahkan rakyat jika rakyat merasakan pemimpin kerajaan tidak kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab atau kerja mereka. Jangan salahkan rakyat jika rakyat berpendapat semua itu adalah ‘ half bake ideas’ menteri-menteri kabinet. Menteri-menteri kita seolah-olah gemar untuk cakap dulu fikir kemudian.


Adalah suatu perkara biasa apabila keghairahan terhadap sesuatu perkara akan menyebabkan kita lupa kepada asas perkara tersebut. Sepatutnya isu perlaksanaan PPSMI sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kerajaan dalam memperkenalkan sesuatu dasar. Jangan layan rakyat seperti di era ‘ kapal layar ‘ dulu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails