~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Wednesday, March 31, 2010

Arak Percuma, Bra And Panties Optional



Apa "first Impression" anda apabila melihat banner ini? Apa perasaan anda apa bila membaca banner ini?? Apa reaksi anda selepas mengetahui perkara ini??

Itulah tiga persoalan yang ingin saya lontarkan kepada anda semua..Banner ini bukan gambar yang direka atau diimpose. Inilah keadaan yang sebenar berlaku di negeri yang diwar-warkan akan maju pada tahun 2010. Itulah Negeri Melaka.

Saya cuba memahami apa motif sebenar banner ini.. Pemberian arak secara percuma, keperluan memakai baju dan kasut, tetapi memberi pilihan untuk tidak memakai bra dan seluar dalam. Apakah hubung kait antara ketiganya??

Bagi saya ini amat mudah untuk ditafsirkan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Arak merupakan "Ibu Segala Maksiat", punca segala kerosakan. Minum arak akan mengakibatkan hilang akal (apatah lagi arak percuma hehehhee), hilang kemampuan untuk berfikir secara waras. Dalam perkumpulan muda mudi, apabila langkah pertama (mabuk) sudah tercapai, adegan seterusnya mudah sangat untuk dijangkakan. adegan seterusnya sudah pasti yang melibatkan bra dan panti. Jadi, sangat maklum sekiranya penganjur memberikan pilihan untuk tidak memakai bra dan panti kerana selain untuk memudahkan aturcara seterusnya matlamat utamanya adalah ke arah itu.

Marilah kita renungkan dengan apa yang berlaku di negeri milik 'Malaysia' yang dikatakan melawat Melaka seperti melawat Malaysia. Sama-sama kita hayati dan muhasabah diri kita sebagai insan atau sebagai haiwan. Hanya kita yang mampu berfikir.

Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia.

Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah
  1. Merempit
  2. Membuang anak
  3. Seks luar nikah
  4. Bergaduh di sekolah
  5. Berdisko
  6. Minum minuman keras
  7. Ponteng sekolah
Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini.

Untuk makluman semua, Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia. Rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan, apakah yang menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati, Tetapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali?

Sekadar makluman tambahan, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3 sahaja.

Fikir Fikirkan lah!!!!


Tuesday, March 30, 2010

Baru 7 Yang Runtuh

Sepintas lalu kejadian bumbung runtuh di Terengganu :

1. Keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak,

2. Keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh,

3. Keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai,

4. Keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang,

5. Kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok,

6. Keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru Kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC),

7. Kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu


Masihkah akan ada lagi selepas ini??

Bumbung bangunan mana pula yang akan mengikuti jejak langkah bangunan di atas??



Ulasan :

Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban

Runtuh Lagi !!!

Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, petang tadi pada kira-kira pukul 5 petang satu lagi keruntuhan berlaku. Kejadian kali ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat. Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.


Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).


Monday, March 29, 2010

Berpakaian Tapi Telanjang??

Islam ada menyebut bahawa rambut wanita itu adalah haram untuk dilihat lelaki, jadi kesalah tafsiran berlaku disini di mana kaum wanita lebih utamakan menutup rambutnya daripada anggota badan. Sebenarnya, maksud hukum Allah tu adalah “sedangkan rambut wanita yang takde nilai & sama dengan rambut lelaki tu pun haram, apa lagi bahagian2 wanita yang lain”. Tu sebenarnya maksud hukum ini.


Begitu jugalah maksud hadis nabi S.A.W yang mengatakan bahawa umatnya akhir zaman ”Berpakaian Tapi Telanjang”. Mungkin inilah yang dimaksudkan Baginda..





Aurat (bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

* suami mereka atau
* bapa mereka atau
* bapa mertua mereka atau
* anak-anak mereka, atau

* anak-anak tiri mereka atau
* saudara-saudara mereka atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau

* anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
* perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau

* orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
* kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan


"dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3]

Marilah sama sama kita pandang pandang dan nasihat anak, isteri serta saudara seagama kita, betulkan cara pemakaian meraka...

berbangga dengan identiti diri sebagai wanita Islam dan menterjemahkan rasa bangga dengan menurut tuntutan Allah..bagaimana dengan mereka yang belum teringin menutup aurat..tidakkah mereka bangga menjadi wanita Islam???

Friday, March 26, 2010

Arak : Beza Brunei dan 1Malaysia



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya.

Thursday, March 25, 2010

Masakan Padang Baek Punyaaa

Hmmmm.. Setelah sekian lama ternanti-nanti, termimpi-mimpi menjamu selera dengan Masakan Padang, akhirnya hasrat itu tertunai juga. Berbalaoi juga penantian sekian lama. Penantian sekian lama dapat dihapuskan dengan sepinggan Masakan Padang yang sangat memuaskan.


Jika anda merupakan peminat setia Masakan Padang (yang betul betul masakan padang) anda boleh mencuba sendiri dan alamilah pengalamannya. Restoran Simpang Tiga (M) Sdn Bhd, bersedia memenuhi kehendak citarasa padang anda.


Terletak di Pusat Bandaraya Ipoh, tepatnya Greentown Square, Jalan Dato Seri ahmad Said, merupakan port Masakan Padang yang terkini di bandaraya Ipoh. Dengan sederetan 7 pintu lot kedai menjadikan Restoran ini cukup luas dan selesa. Bagi anda yang perlukan privacy, restoran ini juga menyediakan ruang berhawa dingan yang agak luas. Menampilkan hiasan dalaman berkonsepkan citarasa padang, menambahkan lagi feeling anda untuk menjamu selera.


Justeru tidak perlu saya bercerita panjang lebar, alamilah sendiri pengalamannya.... selamat mencuba.... selamat Menjamu selera....!!!

Tuesday, March 16, 2010

GST, Rakyat didahulukan??

Sidang parlimen telah dibuka semula secara rasminya semalam. Satu yang menarik diperingkat awal ini bagi saya adalah berkenaan GST (Goods and Service Tax). Menteri Kewangan Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan "kerajaan tidak akan membentangkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di Parlimen untuk bacaan kedua kerana ingin mendapatkan input rakyat. Katanya, kerajaan telah mendapat input dari sektor swasta dan rata-rata pandangannya adalah positif walaupun ada beberapa badan yang mengkritik".


Keputusan ini adalah baik, tetapi ada ralat yang sangat ketara sudah berlaku. Mengapakah kerajaan hendak mendapatkan input awam pada tahap ini. Sepatutnya input awam diperolehi sebelum GST dibawa ke Parlimen.


Isu GST bukanlah satu-satunya isu di mana kerajaan terpaksa “buat pusingan U” . Sebelum ini, kerajaan membatalkan mekanisme penjualan minyak petrol dua peringkat (two-tier pricing) dan program subsidi beras untuk rakyat (SUBUR). Program SUBUR terpaksa dihentikan ditengah jalan walaupun ia telah dilancarkan. Adakah trend ini akan berterusan ?? adakah ini signal tentang kewibawaan pentadbiran negara yang ada?? adakah input input yang diperoleh selama ini betul betul diperoleh dari sumber yang tepat atau hanya sekadar "on paper" sahaja?? Ini belum lagi jika persoalan bagaimana kerajaan mendapatkan maklum balas rakyat??


Cadangan perlaksanaan GST bukan perkara baru. Ia sudah lama diwar-warkan. Berapa peratuskah rakyat yang faham apa itu GST? Sudah tentu hanya segelintir kecil sahaja yang memahami apa itu GST dan pernah terdedah kepada GST. Menangguhkan pembentangan setelah terdapat penentangan terhadap GST adalah sesuatu tindakan yang kurang tepat dan bijak. Gah nak umum dan gah nak laksanakan, akhirnya dibatalkan.


Kenapa sampai jadi begitu? Apakah tiada kajian menyeluruh dilakukan sebelum bapak menteri umum kepada media untuk pengetahuan rakyat? Jangan salahkan rakyat jika rakyat merasakan pemimpin kerajaan tidak kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab atau kerja mereka. Jangan salahkan rakyat jika rakyat berpendapat semua itu adalah ‘ half bake ideas’ menteri-menteri kabinet. Menteri-menteri kita seolah-olah gemar untuk cakap dulu fikir kemudian.


Adalah suatu perkara biasa apabila keghairahan terhadap sesuatu perkara akan menyebabkan kita lupa kepada asas perkara tersebut. Sepatutnya isu perlaksanaan PPSMI sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kerajaan dalam memperkenalkan sesuatu dasar. Jangan layan rakyat seperti di era ‘ kapal layar ‘ dulu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.

Monday, March 15, 2010

Ihtifal Kebangsaan (Akademik) Kali ke - 10

Tema : "Ihtifal Menjana Kecemerlangan Pelajar"



Objektif :

1.Memupuk silaturahim
2. Mencungkil bakat dan kecemerlangan pelajar
3. Melahirkan pelajar yang berketerampilan4. Menerapkan nilai-nilai positif berteraskan nilai-nilai islam
5. Menjadikan ihtifal sebagai gedung mendidik minda dan sahsiah
6.Memupuk minat pelajar dalam bidang agama, seni, budaya yang berlandaskan nilai islam


Tempat : 15 & 17 Mac ~ Dewan Bandaran Ipoh, Perak
16 Mac ~ Maahad & Seri Al-Ummah Chepor.


Menghimpunkan 13 SRI, 3 SEMI dan 2 Maahad dari seluruh negara.




Memetik kata kata bermutu Pengerusi Majlis Tertinggi Pendidikan Al-Hikmah, Dato' Dr Siddiq Fadhil, dalam ucapan perasmiannya petang tadi :

"Ihtifal sebenarnya adalah kata yang sarat dengan makna. Di sebalik semarak perayaan yang berwarna warni tersirat makna mensyukuri kurnia, di samping motif meransang peningkatan kualiti dan prestasi."

"Sebagai sebuah model di luar sistem konvensional, sekolah kita tentunya mempunyai ukuran prestasi yang terssendiri, sesuai visi dan misinya. Yang kita sasarkan bukanlah kecemerlangan akademik semata, tetapi kecemelangan watak keseluruhanya".

"Model persekolahan kita lahir dari komitmen mengembalikan esensi pendidikan sebagai proses pembinaan, pengutuhan dan penyempurnaan insan. Gagasan persekolahan itu tidak hadir dari sebuah hayalan tetapi terjelma dari nyala semangat melestarikan misi pendidikan nabawi".

"Setelah sekian lama model pendidikan inni kita ketengahkan sebagai alternatif, seharusnya kita telah sampai ke satu tahap menjadikannya pilihan utama. Masa lalau dengan segala catatan kejayaan dan kekecewaanseharusnya menjadikan kita leih siap menghadapi cabaran masa depan. sesungguhnya kejayaan tidak akan pernah berakhir, dan kegagalan tidak akan pernah mengakhiri segala galanya"

"Marilah kita mensyukuri apa yang kita ada sambil berdoa dan berusaha bersungguh sungguh untuk memperolehi apa yang kita belum ada".

begitu lah cebisan kata kata bermutu Dato' Dr Siddiq Fadhil dalam ucapan perasmian pembukaan petang tadi...

sememangnya ucapan beliau sentiasa sarat dengan mesej dan penuh dengan hikmah. Tak pernah rasa jemu mendengarkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau walaupun kaki meronta ronta kepenatan dek berdiri sepanjang majlis tersebut.... semoga permulaan ihtifal ini akan berjalan lancar sehingga kepenghujungnya....


Note : rasa sangat seronok dapat berjumpa, beramah mesra, bertanya kabar teman-teman lama yang sudah agak lama tidak berjumpa..


Kini Bermula

Ihtifal Kebangsaan Kali Ke - 10 (Akademik) kini bermula


Maklumat lanjut akan menyusul.....

Thursday, March 11, 2010

Fatwa Dr Yusuf Qaradawi dan Kisah Liwat Siri 2

Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung kes liwat terhadap DS Anwar Ibrahim :

"Sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah MUNAFIK,sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai FASIK"

Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah aku... dan keluargaku dari fitnah munafik dan fasik!!!



Begitulah bunyi fatwa daripada Dr Yusuf Al-Qaradawi berkenaan kes liwat DS Anwar Ibrahim yang sedang dalam perbicaraan pada masa ini. Terus terang saya katakan, saya tidak berminat untuk mengikuti perjalanan kisah ini atas beberapa perkara. Antaranya saya berpandangan bahawa kesudahan cerita ini sangat mudah untuk dijangkakan.

Daripada masa habis terbuang untuk kisah sensasi ini, rasanya lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Namun begitu, saya jugak tidak meninggalkanya terus tanpa ambil tahu apa yang sedang berjalan.

Berdasarkan pemerhatian saya, yang menyebabkan saya tawar hati untuk mengikuti jalan cerita ini adalah antara lain seperti di bawah ini..,

  1. Berdasarkan pengakuan Najib sendiri, Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008, tapi dia diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008. Jelas sekali, dah mengadu diliwat tapi kena liwat lagi keesokkan harinya.
  2. Sebelum ini bapa saudara saiful pernah menceritakan kepada media betapa saiful tertekan sehingga hampir sahaja membunuh diri. Tapi walaupun sudah begitu tertekan, masih lagi datang untuk diliwat oleh Anwar. Bukankah sangat lucu?
  3. Menurut Najib, saiful datang ke rumahnya dan najib rasa tangan saiful seram sejuk. Saiful dikatakan dalam ketakutan ketika berjumpa Najib, tetapi anda sudah sedia maklum Saiful bertemu Najib pada 25 Jun 2008 dan diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008 lagi sekali lagi kenyataan lucu oleh saiful.
  4. Saiful berbohong di sidang media dengan mengatakan bahawa dia diliwat dengan paksa, tetapi kenyataan dia sendiri di mahkamah menjelaskan bahawa dia sendiri yang membuka seluar lalu bertuala. Langsung tiada sebarang unsur paksaan.
  5. Saiful berpura-pura mengaku idolanya adalah Anwar Ibrahim sedangkan kawan-kawannya di UNITEN sedia maklum dia anti- Anwar semasa di Universiti.

Salah satu persoalan yang sangat pelik ialah mengapa perbicaraan ini masih diteruskan sedangkan Laporan Perubatan dari Hospital Pusrawi jelas sekali mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak pernah diliwat?

Sekiranya benar ada laporan Pusrawi seperti yang disiarkan Malaysia Today, walaupun terdapat air mani Anwar sekalipun di dubur Saiful, kejadian kerana ada kebarangkalian terdapat liwat masih lagi diragui. unsur khianat menggunakan sample air mani anwar pada kes liwat 1998 yang lalu untuk dilumur ke dubur Saiful. Sekiranya kesan tusukan pun tiada apa lagi nak cari kesan air mani betul tak? Apa kejadah Anwar nak pancutkan mani beliau di dubur Saiful tanpa melakukan tusukan? Kalau itu yang berlaku, maka ini bukan isu liwat, tetapi isu onani.

Namun begitu satu persoalan yang lebih penting ialah benarkah wujud laporan PUSRAWI yang disiarkan oleh Malaysia today? Atau Raja Petra sekadar buat cerita bohong?

Sebelum membuat laporan Polis pada 28 Jun 2008, Saiful telah ke Hospital Pusrawi untuk melakukan pemeriksaan. Dr Osman di dalam laporannya menulis bahawa tiada kesan tusukan "penetration" ke dalam dubur saiful untuk membuktikan dia pernah diliwat. Ramai yang mengatakan Laporan Pusrawi yang disiarkan oleh Raja Petra kamarudin di blognya adalah rekaan semata-mata dan sengaja diada-adakan untuk memancing sokongan rakyat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekiranya Laporan ini benar, jelas sekali inilah bukti yang kuat bahawa Saiful tidak pernah diliwat sekaligus bukti bahawa Anwar tidak bersalah. Namun begitu, adakah laporan ini benar ataupun sekadar fitnah?

Jawapannya, laporan ini terbukti benar dan bukanlah satu fitnah kerana Dr Osman sendiri di dalam satu sidang media telah mengakui bahawa salinan laporan yang disiarkan oleh Malaysia today itu adalah salinan Laporan yang benar ditulis oleh beliau (Dr Osman) sendiri.

Hmmmm.... ntah la... dunia dunia.... kita tunggu saja apa yang akan berlaku seterusnya...... apa kesudahan kisah ini...

Wednesday, March 10, 2010

Takziah

DUBAI 10 Mac – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Syeikh Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung.

Berita kematian Tantawi itu dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini, dengan memetik wartawannya di Saudi.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Kewafatan beliau merupakan satu kehilangan besar kerana beliau merupakan permata agama pada masa ini.. Semoga ALlah memberkati segala amalannya dan semoga rohnya dicucuri Rahmat..

Tuesday, March 09, 2010

Kembara Makan...

Jangan terperanjat dengan tajuknya.. nama saja kembara, seolah olah jauh bebenor perjalanannya. tapi itulah hakikatnya, agak jauh juga lah aku bermusafir untuk memenuhi undangan makan petang bersama sama teman-teman Teman Bicara. Sempadan 3 negeri terpaksa aku lalui demi insan insan bergelar "teman-teman".


Seawal 8.00 AM waktu Negeri Darul Kartun, aku memulakan perjalanan. Tujuan pertama ku adalah felda Trolak Selatan.. tapi hampa kerana apa yang kucari ni sini tidak kujumpai... Perjalanan di teruskan ke Proton City, Tg Malim, berkesempatan untuk Nge-Teh bersama kawan lama. seorang Pegawai QC Proton. maka kami berceritalah 'ngalor-ngidul' mengenangkan kisah lama lama dahulu.... sayangnya tiada sebarang bahan bukti untuk dipaparkan disini..


Aku perlu menyelesaikan satu lagi urusan rasmi ku di UPSI. Bersama sama anak anak muda dalam program anak muda membuatkan aku sedikit alpa berkenaan masa….. Semangatku membara dan seolah olah kembali menjadi lebih muda… keseronokan berceloteh membawa aku kepada keterlajakan sedikit masa… Nasib ku baik kerana ada seorang PA bidan terjun yang understanding merespond panggilan dan SMS semasa aku bersemangat berceloteh di hadapan…hehehehe


Turun sahaja dari pentas aku terus menemui penganjur dan terus memohon untuk cabut, mohon kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk menjamah minum petang yang telah tersedia… ini juga kerana mengingatkan teman-teman Teman Bicara yang pastinya sudah lama berkumpul…


Tanpa sempat bertukar uniform, aku mulakan mengukur jalan dengan kelajuan yang sedikit extreem… tujuan ku adalah HR Steak House…. Jangkaan ku aku akan sampai dalam masa satu jam…. Tepat sekali walaupon tersesat dalam kesesakan kecil akhirnya aku sampai jugak…….


Sampai disini aku dah penat, lapar pun ada tapi yang pasti seronok jumpa teman-teman Teman Bicara.. setelah dua kali teman-teman Teman Bicara menjemput ku namun aku gagal menghadirkan diri, kali ini akhirnya aku berpeluang untuk bersama sama teman-teman Teman Bicara…


Sampai di sini aku sudah tak mampu bercerita…. Biar gambar yang bercerita…. Aku hanya mahu menjamu seleraa…. Hahahhahaha


seCawan Besar TO Ais Laici


Spare Lamb Blackpapper





Friday, March 05, 2010

Inikah Harga Minyak + Kereta selepas Mei 2010??

Selepas saya melihat sumber berita yang diberikan mengenainya ura-ura harga kereta dan minyak selepas Mei 2010, telah pun tersebar terutamanya di dalam Internet, terkejut pada mulanya. Tetapi selepas saya semak sekali sumber berita ini, saya hanya mampu tersenyum. Macam ini punya berita pun ada?

PUTRAJAYA, Jan 8 – The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.

“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97,while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family Sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.

The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect. Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.

The government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota. Source===> SkyNet News Asia

Mintak-mintak berita mengenai harga minyak seperti ini dijauhkan sekali. Masalahnya siapa Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali? Kalau individu yang bernama Tan Sri Dr. Anuwar Ali pun menjawat jawatan President/Vice Chancellor OUM. Masih teringat lagi artikel yang saya keluarkan sebelum ini berkenaan harga kereta selepas AFTA? Kemungkinan harga kereta import akan jatuh pada harga yang kita sendiri tidak sendiri tidak sangka lebih-lebih lagi orang Malaysia sudah lama immune dengan harga kereta import yang terlalu tinggi semata-mata untuk menjaga pasaran dan produk keluaran kereta Nasional.

Mana tidaknya, harga sehelai kertas biasa yang bernama AP mampu terjual sehingga RM10,000, RM20,000, RM30,000, RM40,000 malah lebih daripada ini semata-mata untuk mendapatkan harga murah bagi kereta import.

P/S : Yang pentingnya di sini, kerajaan jangan sesekali mengulangi kesilapan mereka dek kerana kegopohan untuk menaikkan harga minyak setinggi RM2.70 seliter sebelum ini. Diharap janganla ulangi eksperimen harga minyak itu sekali lagi. Sedangkan harga gula naik 10 sen pun sudah boleh lihat kesan yang ada sekarang?

Ramai yang cepat percaya apabila mendapat berita seperti di atas tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu.


Thursday, March 04, 2010

Think PositiP laaaa....

Kita sering membuat kesimpulan sejurus kita melihat sesuatu walaupun perkara itu belum lengkap...
Buruknya, kesimpulan yang kita buat tu KEBANYAKANNYA bernada NEGATIP....
Apa kata kita cuba ubah persepsi kita, first impression kita, pandangan awal kita terhadap sesuatu perkara.....

Di bawah ini sebagai ujian permulaan untuk anda..... Goodluck...


Where will we be at 2020??

Sudah terlalu lama tidak updated blog... marilah kita nikmati bersama artikel ini sebagai sarapan minda untuk renungan kita bersama....

-------------------------------------------------------------------------
For those who started work around 1973, a 1.3 Litre Japanese car was RM7,000. Today the equivalent is.... let's say RM60,000........8.5 times

In 1973 a double storey house was about RM45,000..or less. Today it is about RM300,000..... 6.6 times


In 1973 an Engineer's pay was RM1,000. Today it is about RM2, 000+/-............2 times....


From 1973 to 2009........36 years.......what is the Trend?..... Bearish!!!!


In a stock market when the trend is bearish, what do we do? ..Exit !!! When a country's trend is bearish what do we do? This Bearish trend is more difficult to turn around as compared to the stock market.


I have used these 3 items: House, Car & Salary as a measurement of the country's performance for the past 35 years.... Foreigners also ask about these 3 items to gauge our standard of living.


There is a book I saw entitled:
"Malaysia : The Failed Nation". Some of you may be interested to read it. I agreed with the writer..... (Al-Fatihah)

This morning I was having coffee at McDonald (now the coffee..100 % Arabica beans..is quite good @ RM 2.90....free refill !! I asked how much per hour is their pay? RM3.00 x 8 hours = RM24 per day x 25 days = RM600 per month.


My daughter works part-time during her University days..she worked at Gloria Jeans Coffee..... The pay?

Australian $14.00 @ 3.15 = RM44 per hour x 8 = RM352 per day x 25 days = RM8,800 ...13.3 times more !!!!!

Price of houses in Perth is about the same in KL.Price of cars are about 23% cheaper in Perth.I think more and more people are becoming aware of this Bearish trend.Developed country by 2020... means High income country!!


Let's look at some as of year 2005 (Financial Times)

USA GNP per capita US$35, 400
UK GNP per capita US$25,510
Australia GNP per capita US$19 ,530
Singapore GNP per capita US$20,690

These are developed countries by income measurement... Malaysia 's GNP per capita US$3,540


Year 2020..developed country? Really...a sad story. Worrying Trends, isn't it???Ringgit sliding further and further under this current government.Recently, I interviewed some fresh graduates applying for jobs with my engineering company. I accepted two applicants on a starting salary of RM1,600. It struck me as odd that 15 years ago, I myself started work as a fresh graduate engineer for the same pay.


Indeed, if you compare the salaries of graduates now and 15 or even 20 years ago, you'll find little difference but that their purchasing power is vastly different. It's the same story when you compare salaries of shop assistants, office staff, factory workers and others.To compound the effect of inflation, the ringgit has depreciated greatly against all major currencies. The real income of most Malaysians has moved backwards.


This is why many Malaysians suffer under the petrol hike. The root of the problem is that our real incomes have shrunk in the face of inflation and depreciated currency. Malaysians have not been spoiled by subsidy but are unable to move out of the time lock of stagnated and depreciated incomes.


If you compare the per capita incomes of Singapore, Hong Kong, Taiwan and South Korea, they are a few multiples of ours although at independence all these countries were on the same economic level as Malaysia. Once we grouped with them and were called Asia little Tigers. Today all of them have progressed and become 1st World (OECD) except us. We are now compared with second tiered Thailand, Indonesia and Vietnam who also seem to have overtaken us...!


What has gone wrong? We were the rising star of East Asia, a country rich in natural resources with the most promising potential.


The reason is massive corruption, plundering of resources, wastage of funds for huge non-economic projects, anti-public interest deals with politically-linked companies (cronies)and passing-of-the-buck to the man in the street
.

For example, Hong Kong and Singapore
eradicated massive corruption in the 80s-90s with their ICAC and promoted transparency and meritocracy with world standard education to uplift their economies. They now have universities ranked in the World's Top 50 (none in the 80-90s except University Malaya ).

Four decades of NEP where education, economic and employment policies are defined by race ensured that meritocracy took a back seat.Our university standard has declined and today the best and brightest of our youths emigrate to escape the racial inequility only to contribute to the economies of foreign lands.


The reputation of our judiciary which was held in high esteem worldwide has sunk so low that foreign investors now insist on arbitration in Singapore in case of any dispute.

We also have a slew of oppressive laws such as the ISA, OSA, Uuca and PPPA which stifle free speech and are designed to keep the ruling parties in power..

We have become less attractive to foreign investors and now lag behind our neighbours in Asean for foreign direct investment. Even some corporations who have established themselves here are moving out. All the economic and social malaise cannot help but affect the value of our currency.
The strength of a country's currency is after all, a reflection of its fundamentals.

Furthermore, Bank Negara has a policy of weak ringgit to help exporters, never mind the burden on the common folk.
The government is pro-corporation, not pro-rakyat.

While the poor and middle-class are squeezed, an elite group gets breathtakingly rich. We have the distinction of having the worse income disparity in Asean.
Are-distribution of wealth is under way from the poor and middle-class to a select group of politically-connected elite.

The end result of this re-distribution will be a small group of super-rich while the majority are pushed into poverty and the middle-class shrinks. This is what happens when the rich gets richer and the poor get poorer.


There is much that is wrong with Malaysia . The responsibility for pulling the country backwards can be laid squarely at the door of the ruling regime. It is BN's mis-governance, racial politics and culture of patronage which has seen the country regress economically and socially.


We seem to be sliding down a slippery slope, further down with each passing year of BN's rule. Another five years of BN rule and we'll be at Indonesia's standard under Suharto. Another 10 years and we'll be touching the African standard. What a way to greet 2020!!!!


Is there any hope for Malaysia?


OUR FUTURE IS IN OUR OWN HANDS!!!


TQ - God Bless Malaysia !

Related Posts with Thumbnails