~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Tuesday, April 14, 2009

ISTIQOMAH

Godaan dunia menyebabkan kebanyakan manusia menjadi lemah imannya dan terkadang tergadai kerananya. namun begitu selamatlah orang yang sentiasa istiqamah dijalan Islam.

Istiqamah makna nya hati yang tetap teguh berpegang kepada Islam dan ianya mestilah merangkumi hati , lisan dan perbuatan, itulah istiqamah yang menyeluruh.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(Hud:113)

Seorang insan mestilah istiqamah bermula pada hati nya, kerana hati adalah pusat dan tempat yang mempengaruhi perbuatan seseorang. Hati yang teguh adalah hati yang terbina oleh dasar ketakwaan yang teguh kepada Allah.

Tiada perasaan ragu atau sangsi dan mereka yang teguh keimanan yang bertapak dihati ini akan sentiasa mempertahankannya diwaktu senang atau susah.

Dari hati sikap istiqamah ini digambarkan oleh perbuatan. Kerja-kerja amal soleh yang berterusan adalah gambaran istiqamah yang sejati. Kerana itulah Rasulullah menganjurkan kita melakukan ibadah yang sedikit tetapi ianya istiqamah atau berterusan.

Lisan orang yang istiqamah menerbitkan bibit persaudaraan bukan perselisihan. Ucapannya menyatukan bukan memecah belahkan. Indahnya kehidupan masyarakatnya sekiranya individunya adalah yang sentiasa istiqamah.

Monday, April 13, 2009

Antara Harta Dan Ilmu

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa derajat” (QS. Al-Mujadilah: 11).

Menurut Syaidina Ali bila ditanya perbezaan Ilmu dengan harta, antaranya katanya ilmu berperanan sekali dalam menjaga kita, sedangkan harta dan kedudukan kita yang harus menjaganya.

Tepat sekali kata-kata bijak ini, lebih-lebih lagi ketika merenung perbezaan usaha mencari harta atau kedudukan dan mencari ilmu. Seseorang akan terasa sekali kegagalannya bila bila gagal meraih kedudukan dan harta, namun tidak demikian dalam hal mencari ilmu. Sehingga seseorang sanggup menumpukan waktu bepuluh tahun untuk mendapatkan ilmu, namu kalau dalam hal mencari harta dan kedudukan dalam tempoh tertentu mungkin telah timbul rasa jemu. Akhirnya dia merasakan lebih baik jagi penganggur sahaja.

Mencari ilmu yang baik dan bermanfaat tidak mengenal arti kegagalan. Sebab, ilmu yang dicari dengan sungguh-sungguh pasti akan didapat, meskipun tarafnya berbeza-beza, tergantung kemampuan individu menguasainya. Kalaupun gagal mendapatkan dalam jumlah banyak , pasti akan mendapatkannya dalam jumlah yang sedikit, baik ilmunya mahupun proses mencarinya.

Bahkan ilmu biasanya diperolihi setelah beberapa kali menemui kegagalan.Lain halnya kalau gagal dalam memperoleh kedudukan dan harta. Ada perasaan kecewa yang menusuk hati dan mewnekan perasaan dan fikiran. Apalagi kalau mengingat besarnya jumlah modal yang telah dihabiskan dalam mencapai matlamat peribadi itu.

Rasulullah SAW sendiri mengutamakan manusia untuk sentiasa mencari ilmu, meskipun mencari harta itu penting bagi kehidupan.

Sabdanya, "tuntutlah ilmu dari ayunan sampai ke liang lahat". Lagipula, kalau diberikan kepada orang lain , ilmu akan bertambah banyak dan kuat, serta memperoleh pahala yang terus-menerus dan darjat yang tinggi.

Juga, ilmu akan membuat kehidupan masyarakat lebih baik.Sebaliknya harta kalau diberikan kepada orang lain ianya akan semakin berkurang dan sampai masa akan habis jua.

Dalam hal mencari ilmu, Rasulullah juga pernah berpesan, “Jika kalian melalui taman-taman surga, nikmatilah". Para sahabat bertanya, “Apa itu taman surga?” Rasul menjawab, “Majlis-majlis ilmu.”

Sunday, April 12, 2009

THAILAND, DEMONSTRASI, BAJU MERAH, BAJU KUNING

Sidang Kemuncak Asean yang ke 14 dan beberapa persidangan berkaitan dibatalkan. Pemimpin dari 16 buah negara Asia mula meninggalkan Pattaya selepas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva membuat pengumuman tersebut. Awalnya, pemimpin negara-negara Asia dibawa keluar dari tapak sidang kemuncak tersebut dengan helikopter.





Punca kepada pembatalan ini ialah protes kumpulan "baju merah" yang menyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Kumpulan "baju merah" ini yang mulanya mengadakan demonstrasi di Bangkok, kemudiannya datang ke Pattaya.







Media antarabangsa melaporkan mereka menceroboh masuk Pattaya Exhibition and Convention Hall. Menurut salah seorang pemimpin kumpulan itu, Jakrapob Penkair, mereka akan meneruskan protes sehingga Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan.



Sekiranya anda mengikuti perkembangan politik Thailand, anda tentu tahu bahawa ini bukanlah protes pertama yang menumbangkan sebuah kerajaan. Sebelum ini protes kumpulan "baju kuning" telah menyingkirkan Thaksin Shinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand.Kalau protes "baju merah" telah membatalkan sidang kemuncak Asean, protes kumpulan "baju kuning" juga tak kurang hebat pencapaian.





Kemuncak kepada protes berbulan-bulan itu menyaksikan dua buah lapangan terbang Thailand, termasuklah Suvarnabhumi ditutup (gambar atas).

Adakah ini yang dimaksudkan sebagai hak rakyat untuk berdemonstrasi?

Adakah ini cara untuk rakyat menukar kerajaan?

Thursday, April 02, 2009

Tatapilah Wajah Orang Tersayang Ketika Tidur

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....


Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.


Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.


Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.


Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraankita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telahdilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.


Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.


Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan merekanamun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".


Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja kerasmengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.


Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.


Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali.

Wednesday, April 01, 2009

April Fool???

Sejarah April Fool BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Related Posts with Thumbnails