~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Tuesday, July 05, 2011

Akhlaqul Karimah Di Mana Jua

DALAM kehidupan sehari-hari, dapat dipastikan seorang manusia tidak dapat hidup seorang diri. Ia pasti perlu pertolongan dan bantuan orang lain. berpunca dari rasa saling memerlukan  inilah timbulnya jalinan persaudaraan atau ukhuwah, persahabatan, dan lain-lain.

Dalam konteks perhubungan ini, ada yang sifatnya kekal dan ada yang tidak. Sebuah persaudaraan bisa kekal jika didasari oleh keinginan untuk mencari redha Allah. Begitu juga sebaliknya, ia tidak akan kekal jika dasarnya bukan kerana mencari redha Allah.

Ramai orang yang berkawan akrab hanya sewaktu ada kepentingannya saja. Namun ketika sudah tidak ada keuntungan yang boleh diperoleh, kenal pun tidak mau.

Misalnya seseorang akan merasa suka ketika orang lain memberi sesuatu kepadanya, akan tetapi ketika sudah tidak diberi sesuatu, kemudian berubah menjadi benci. Ada juga seseorang yang hanya hormat kepada orang kaya saja, tetapi kepada orang miskin, menjeling sebelah mata.

Perkara perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi pada diri seorang Muslim. Sebab Islam telah memberi pedoman yang jelas tentang tata cara bergaul dan berinteraksi dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara paling penting yang diajarkan oleh Islam iaitu hendaknya setiap Muslim dalam melakukan pergaulan didasari oleh niat mencari redha Allah.

Ketika seorang muslim tersenyum kepada saudaranya, maka  senyuman itu semata-mata mencari keredhaan Allah, kerana senyum merupakan perbuatan baik. Senyum itu sedekah.  Demikian juga ketika seorang Muslim membantu,  maka hendaknya diniatkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan dalam  Majmu'Fatawa juzuk  10, beliau berkata: "Jiwa manusia itu telah diberi naluri untuk  mencintai orang yang berbuat baik kepadanya, namun pada hakikatnya sesungguhnya  hal itu sebagai kecintaan kepada kebaikan, bukan kepada orang yang telah  berbuat baik.Apabila orang yang berbuat baik itu memutuskan kebaikannya atau perbuatan baiknya, maka kecintaannya akan berkurang, malah boleh berubah menjadi kebencian.

Maka kecintaan yang seumpama itu  bukan kerana Allah. Barangsiapa yang mencintai orang lain disebabkan dia itu memberi sesuatu kepadanya, maka dia semata-mata cinta kepada pemberian. Dan barang  siapa yang mengatakan: "saya cinta kepadanya kerana Allah", maka dia  pendusta. Begitu juga, barang siapa yang menolongnya, maka dia semata-mata mencintai pertolongan, bukan cinta kepada yang menolong. Yang demikian itu, semuanya termasuk mengikuti hawa nafsu".

Ucapan Ibn Taimiyah ini sesuai dengan firman Allah dalam surat  Az-Zukhruf 67, yang artinya: "Kawan kawan karib pada hari itu sebagiannya akan menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang bertakwa."

Dari keterangan ini jelaslah bahawa hanya orang-orang yang bertakwa sahaja persahabatannya  akan langgeng sampai di alam  akhirat, kerana didasari lillah dan fillah. Yaitu cinta kerana Allah. Sebaliknya, orang-orang yang tidak bertakwa, di akhirat nanti akan menjadi musuh antara satu sama lain.

Persahabatan mereka hanya berdasarkan kepentingan dunia. Dasar persahabatan mereka bukan kerana agama tetapi kerana kepentingan  duniawi Iaitu berupa kehendak untuk mendapatkan kekuasaan, harta dan sebagainya dengan tidak memperdulikan apakah cara yang mereka lakukan diredhai Allah, sesuai dengan aturan-aturan Islam atau tidak.

Sedangkan orang yang bertakwa dalam pergaulannya tentu didasari peraturan-peraturan  yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah sebagai qudwah hasanah bagi kaum Muslimin telah memberikan panduan bagaimana adab-adab bergaul. Perkara tersebut merupakan sebahagian daripada akhlakul karimah (akhlak yang mulia). Akhlak yang mulia itu sendiri merupakan bagian dari diinul Islam.



0 komen:

Related Posts with Thumbnails