Sebenarnya sudah lama saya tidak ambil peduli tentang dunia artis. Almaklum sajalah, tidak ada kepentingan langsung.Tapi semalam saya terbaca kisah dua beradik peserta Akademi Fantasia 8 yang "merelakan" tudung mereka diterbangkan angin semata mata untuk menyertai AF8, bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka sudah mula memberanikan diri berpakaian seksi. mereka yang dimaksudkan adalah Adira (Siti Adira Suhaimi, 19) dan kakanya Erma Suhaimi, 21.
Sebenarnya Adira dan Ema ni sudah mula pakai tudung sejak di waktu sekolah lagi. Malah, kedua pasangan beradik ini sama sekali tidak berani memakai pakaian yang terlalu moden seperti yang telah mereka pakai sepanjang menjadi pelajar AF8.Tapi, bila dah masuk AF8, lain pula jadinya.
Kononnya Adira dan Ema terpaksa berbuat sedimikian kerana telah dihasut kononnya imej bertudung agak sukar diterima masyarakatkalau hendak jadi penyanyi.
Lihatlah sendiri video nyanyian mereka berdua menyanyi dengan bertudung. KLIK DISINI
Dan juga DI SINI
Lain pula ceritanya berkenaan Fauziah Lataiff. Saya pun tidak pasti apakah status Fauziah Latiff, sama ada isteri orang ataupun janda muda.Tapi yang pasti Rosyam adalah suami kepada seorang isteri dan ayah kepada beberapa orang anak.
Persoalannya di sini, apa perlunya mereka berdua bergambar begini? Sekiranya kerana permintaan media, takkan sampai berpegangan dan dalam suasana yang cukup intim. Ini akan menimbulkan fitnah kepada mereka akhirnya. Bayangkan apakah perasaan isteri Rosyam jika dia menatap betapa mesranya suaminya bergandingan dengan wanita lain. Begitu juga, apakah perasaan Rosyam jika isterinya pula berkeadaan demikian dengan lelaki lain?
Saya fikir ini adalah antara punca kenapa rumah tangga para artis tidak mampu bertahan lama. Mahligai yang mereka bina hancur musnah di tengah jalan kerana sikap artis itu sendiri. Kepada para artis,pandai pandailah dalam menjaga pergaulannya dengan bukan mahram. Kerana buklan sahaja kamera yang memerhatikan anda, tetapi masyarakat sekeliling sentiasa menjadi pemerhati anda..
Ini satu lagi sikap artis kita yang menjadi idola kebanyakan muda mudi masa kini. Haliza Misbun, Perhatikanlah statemen yang diberikan. "TIADA niat menayang tubuh dalam filem ini, tetapi teknik sudut kamera yang menyebabkan kelihatan seksi" komennya berkenaan filem Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami,
“Saya tahu adegan mana yang dimaksudkan. Saya sendiri tak menyangka baju gaun putih yang saya pakai dalam filem itu begitu terdedah. Saya tak berniat nak tayang badan, tetapi ia berlaku dengan tidak disengajakan. Kalau saya tahu, sumpah saya tak akan pakai baju itu.
“Saya hanya menyedari baju itu terlalu seksi selepas melihat kembali ‘playback’. Memandangkan penggambaran sudah dilakukan, takkanlah saya nak menyuruh mereka membuat rakaman semula. Saya tetap tidak merasakan gaya saya dalam gaun putih itu seksi. Kalau betul saya seksi, LPF tentu sudah memotong babak itu,”
“Memang tak disangkal filem ini mempunyai persamaan dengan kisah hidup sendiri. Saya tak malu mengaku bahawa saya kini tergolong dalam golongan andartu dan saya ingin mewakili golongan andartu di luar sana menyampaikan mesej kepada masyarakat yang bukannya kami tidak mahu kahwin. Namun pertemuan untuk mencari suami bukanlah satu proses yang mudah kerana kebanyakan lelaki yang baik sudah dimiliki".
=========================================
Itulah sebahagian kisah nyata artis artis kita. persoalan yang bermain di minda saya, kenapa semuanya menjurus ke arah negatif??? bukan sengaja menonjolkan kisah negatif mereka, tetapi apa yang disajikan kepada kita hampir semuanya yang negatif tak kan la kita mau mereka cerita yang positif??? anda sendiri lebih bijak membuat tafsiran.. Tafsirkanlah apa yang anda lihat dengan apa yang anda baca....
0 komen:
Post a Comment