~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, May 21, 2010

Harga Yang Perlu Kita Bayar....


Sekali menarik nafas, manusia memerlukan 0,5 liter udara. Pernahkah kita terfikir perkara ini?? atau sekurang kurangnya timbul rasa bersyukur ???

Bernafas, merupakan perkara biasa dan rasanya bukan perkara yang menarik untuk dibahaskan. Ini kerana sudah menjadi rutin setiap masa, sejak bangun dari tidur sampailah kita bangun tidur pada kesokan hari, manusia tidak dapat terlepas walau sesaat daripada aktiviti pengambilan udara dari alam bebas ini. Namun, pernahkah anda terfikir, sedar, bahawa nikmat Allah SWT yang satu ini harganya SANGAT mahal??? kita tidak perlu menghitung proses pernafasan secara menyeluruh yang melibatkan beberapa organ yang berkaitan. Cukuplah kiranya kita kita mengira berapa banyak udara yang kita perlukan untuk kehidupan kita dalam tempoh sehari..... MasyaAllah....

Satu tarikan nafas, umumnya manusia memerlukan 0,5 liter udara. Sekiranya seseorang bernafas 20 kali setiap minit, bermakna udara yang diperlukan sebanyak 10 liter. Dalam sehari, setiap orang memerlukan 14.400 liter udara.


Jadi, berapa nilainya sekiranya kita tukarkan dalam bentuk ringgit?? Sebagaimana kita ketahui, udara yang dihirup manusia terdiri daripada beberapa jenis gas seperti oksigen dan nitrogen. Kedua-duanya, memonopoli sebanyak 20% dan 79% dalam keseluruhan kandungan dalam udara. Secara mudahnya, setiap kali bernafas manusia memerlukan oksigen sebanyak 100 ml dan 395 ml nitrogen. Ertinya, dalam sehari manusia menghirup 2880 liter oksigen dan 11.376 liter nitrogen.

Jika harga oksigen yang dijual pada ketika ini adalah (anggaran) RM 11.00 per liter dan harga nitrogen RM 3.30 per liter ( harga nitrogen $ 2.75 per 2.83 liter, tukaran USD 1 = RM 3.40) maka setiap harinya manusia menghirup udara dengan harga sekurang kurangnya RM 69,220.80 setiap hari. Dengan kata lain, apabila manusia diminta membayar bil udara yang dihirup bermakna setiap bulannya kita harus menyediakan wang sebanyak RM 2,076,624.00. Dalam setahun, cuba bayangkan sendiri......

Itu hanya jumlah wang yang diperlukan dalam sebulan. Apabila dihitung bajet untuk keperluan udara sepanjang hidup ini, pastinya nilainya memeranjatkan kita.... Namun semua ini kita nikmati dengan PERCUMA. Sesungguhnya, Allah maha pemurah atas segala kurniaanNya. Layakkah kita untuk tidak bersyukur??

Udara yang melimpah ruah di alam nyata ini adalah bukti kasih sayang Allah yang luar biasa. Udara yang menjadi keperluan asas kehidupan ini diberikan secara percuma. Justeru, sudah selayaknya manusia bersyukur kepada Sang Pencipta. Dia-lah Rabb yang mengurus atur kehidupan siang dan malam sebagaimana firman Allah,katakanlah: ‘Siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari selain (Allah) Yang Maha Pemurah?’…”(QS Al Anbiyaa’ 21: 42).

0 komen:

Related Posts with Thumbnails