~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Monday, May 31, 2010

Jangan Halang Perjalanan Ini

 
 
Jangan halang perjalanan ini
kerana aku melangkah dengan hati
sehingga musuh kalah
atau aku rebah
tidak akan mengalah!

Perjalanan ini satu perjuangan
nadinya nadiku
darahnya darah ku
uratnya uratku
jiwanya jiwaku
tubuh badannya tubuh badan ku
semuanya bergerak
itulah aku!

Jangan halang perjalanan ini
kerana langkah ku
tidak pernah terhenti
di titian rebah
atau di batasan gundah!

Perjalanan ini satu perjuangan
tangkalnya
membujur lalu melintang patah!
Bajanya
Sahid fisabilillah
Hiasannya
Penat letih sengsara dan juga darah

Perjalanan ini perjuangan kehidupan
Meniti liku perjalanan
Menegakkan kebenaran
Menyanggah kebthilan
Menuju pengakhiran zaman
dengan laungan tiada henti-henti
sehingga tiba masanya harus kembali
Kehadapan sang Ilahi...

Thursday, May 27, 2010

Isteri Hamil, Kekasih Gelap Hamil

PUTRAJAYA: Seorang lelaki ‘mata keranjang’ yang isterinya bakal melahirkan anak pada bila-bila masa ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana bersekedudukan dengan teman wanitanya yang hamil di Precint 9, di sini, kelmarin.

Teman wanita terbabit baru menamatkan pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat ini. Tembelang kakitangan awam lingkungan 30-an terbabit dipercayai bersekedudukan dengan ‘isteri luar nikah’ berusia awal 20-an itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jawi, menyerbu kediaman lelaki terbabit, selepas menerima aduan daripada penduduk yang curiga dengan kehadiran wanita mengandung di rumah terbabit.

Siasatan mendapati, lelaki sudah berumah tangga itu menghantar isterinya yang juga kakitangan kerajaan ke kampung kerana wanita berkenaan akan melahirkan anak pada bila-bila masa.


Tuesday, May 25, 2010

1Malaysia Diserang Demam

Tuuuuu Diaaaa....Demam sudah bermula... Demam sudah berjangkit.... Seorang yang demam hari ni dah berjangkit... Esok lusa kompem akan merebak.... Tapi sayangnya demam ini tidak merebak ke serata alam sarwa jagat... cuma merebak di dalam negara 1Malaysia dan yang sewaktu dengannya saja....

Demam ini sudah bermula.... jadi pastikan dan awasilah jangkitannya... pastikan anda tidak ketinggalan... Pastikan anda menjadi sebahagian dari orang yang dijangkiti demam ini... Pastikan anda menjadi agen penyebar demam ini...

Demam ini pertama kali dalam sejarah melanda negara kita.... bukanya setiap tahun... tapi boleh jadi akan berjangkit setiap 4 tahun juga... ini semua bergantung pada kita bagaimana reaksi kita terhadap demam ini..... Jika anda pergi ke kedai mamak, lepak warong pekena teh tarik, berchatting dengan kawan dan lawan jantina, lepak di kaki lima pekena cerut cigar... gosip tepi tingkap, anda dinasihatkan untuk menyebarluaskan virus virus demam ini...

Semakin cepat merebak virus demam ini, maka semakin baik untuk kesihatan kita masa kini dan akan datang.. percayalahh.... Biarkanlah 1Malaysia mengalami demam ini... biarlah rakyat jelata semua merasakan demam yang satu ini... Biarkan sejarah tercipta lagi... 1Malaysia Demam... hahhahahha

Monday, May 24, 2010

Syarat - Syarat Buat Maksiat

Sebuah kisah sufi untuk renungan bersama...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

" Syarat Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

Friday, May 21, 2010

Harga Yang Perlu Kita Bayar....


Sekali menarik nafas, manusia memerlukan 0,5 liter udara. Pernahkah kita terfikir perkara ini?? atau sekurang kurangnya timbul rasa bersyukur ???

Bernafas, merupakan perkara biasa dan rasanya bukan perkara yang menarik untuk dibahaskan. Ini kerana sudah menjadi rutin setiap masa, sejak bangun dari tidur sampailah kita bangun tidur pada kesokan hari, manusia tidak dapat terlepas walau sesaat daripada aktiviti pengambilan udara dari alam bebas ini. Namun, pernahkah anda terfikir, sedar, bahawa nikmat Allah SWT yang satu ini harganya SANGAT mahal??? kita tidak perlu menghitung proses pernafasan secara menyeluruh yang melibatkan beberapa organ yang berkaitan. Cukuplah kiranya kita kita mengira berapa banyak udara yang kita perlukan untuk kehidupan kita dalam tempoh sehari..... MasyaAllah....

Satu tarikan nafas, umumnya manusia memerlukan 0,5 liter udara. Sekiranya seseorang bernafas 20 kali setiap minit, bermakna udara yang diperlukan sebanyak 10 liter. Dalam sehari, setiap orang memerlukan 14.400 liter udara.


Thursday, May 20, 2010

Belia Jangan Rebah Sebelum Berbuah


Manusia di dunia ini secara fizikalnya tunduk kepada fenomena penciptaan-Nya. Ia akan meniti fasa bayi (shobi), remaja (thifli), belia, dewasa, dan syaikh (tua). Makhluk-makhluk-Nya itu selalu bertasbih kepada Allah Swt dengan bahasanya sendiri. Tetapi, usia paling menentukan arah kehidupan seseorang adalah fasa belia dan kuhulah (produktif) antara usia  15-35 tahun.


Kata kata hikmah ada menyebut  “Siapa yang tumbuh, berkembang pada masa mudanya dihiasi dengan akhlak, orientasi (ittijah), kepribadian (syakhshiyyah), karakter, bakat (syakilah) khusus, maka rambutnya akan memutih (al masyiibu) dalam keadaan ia memiliki tradisi (daabu) akhlak seperti itu.

Ahli sastera Arab dahulu pernah menjelaskan impian orang tua yang ingin kembali kepada masa muda. Tetapi, itu suatu yang mustahil.
 
“Alangkah indahnya jika masa muda kembali lagi hari ini. Aku akan memberitahu kepada orang ramai tentang apa yang dilakukan oleh orang yang sudah tua  dan beruban”.


Wednesday, May 19, 2010

Wanita Islam Pertama Ratu Cantik USA


LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi 

==============================================
Sama ada kejadian ini dirancang atau berlaku secara kebetulan, mempunyai motif buruk atau sebaliknya, dengan kerelaan atau paksa rela, tidak dapat dipastikan, tetapi perkara ini sudah menjadi berita sensasi di seluruh dunia. Apa pandangan anda mengenai perkara ini??

Tuesday, May 18, 2010

Kem Eksplorasi Insan



KEM EKSPLORASI INSANI
(Untuk Pelajar Menengah) 




2830 Mei 2010
Pusat Islam USM
(Kampus Kejuruteraan)
 Nibong Tebal SPS



Di Anjurkan Oleh  : ABIM Pulau Pinang
Di Kelolakan Oleh : Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan

Maklumat Lanjut sila hubungi :
Ust Zayd Bin Zhari  : 013 408 7001 (Sebelum 25 Mei 2010)

TERHAD untuk 120 peserta pertama sahaja....



Monday, May 17, 2010

MAZA : Menghalalkan Yang Haram - Trend Kerajaan

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bimbang corak kerajaan pemerintah menangani masalah judi dengan menghalalkannya melalui pemberian lesen judi, suatu hari bakal mendorong pelacuran menjadi industri yang dilesenkan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mendapati trend kerajaan pemerintah kebelakangan ini dilihat lebih gemar bersikap menghalal perkara haram apabila gagal mengekang sesuatu masalah jenayah.

Katanya, amalan kerajaan Umno Barisan Nasional ini bakal membawa keruntuhan institusi keluarga dan merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan-lahan tetapi secara keseluruhan.

Lantaran itu, Dr Asri bimbang wabak judi ini, suatu hari kelak akan mendorong kerajaan pemerintah menghalalkan industri seks atau pelacuran.

"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, maka kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen.

"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah," katanya.

Dr Asri tetap menganggap judi adalah jenayah sama ada ia berlesen mahupun tidak dan menyifatkan motif kerajaan di sebalik apa jua alasan mereka meluluskan lesen judi bola, semata-mata berpaksikan wang ringgit.

"Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," katanya.

Karangan Cemerlang Daripada Pelajar Istimewa


Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bahasa Malaysia (Karangan)
Masa : 2 jam
Soalan :


Sila ceritakan biodata diri anda dan keluarga. Karangan mestilah tidak kurang 1000 patah perkataan. Selitkan dengan gambar bagi menguatkan hujah dan isi karangan. Ingat, jangan meniru. Allah tak suka. Selamat menjawab. (100 markah)

Tajuk Karangan Saya : ISTIMEWANYA SAYA DI MATA MEREKA

Saya Saiful Bukhari. Ditakdirkan oleh Allah SWT saya dilahirkan dalam keadaan yang istimewa. Apa yang insan lain tidak ada, tetapi saya ada. Saya boleh menahan berak selama 2 hari, saya juga boleh solat jumaat tanpa mandi junub dengan betul.

Selain daripada itu, saya juga menjadi perbualan sekian warga negara Malaysia (mungkin juga negara luar), samada di kedai makan, di hadapan televisyen, di dalam Dewan Rakyat, dalam ceramah-ceramah parti pembangkang, di dalam kempen2 pilihanraya kecil sehinggalah di dalam laman web sosial facebook.

Lihatlah betapa istimewanya saya di mata mereka. Saya juga merupakan bekas pimpinan pelajar di Uniten, mendapat cgpa yang cukup-cukup 'memberangsangkan', maka tidak hairan jika saya layak memohon pinjaman Mara dengan kelulusannya diperolehi dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri (kini dah jadi PM).

Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang Pilot. Saya yakin keputusan cemerlang yang saya perolehi semasa di Uniten melayakkan saya menjadi seorang Pilot. Kamu semua cemburu bukan? Jangan begitu teman-teman.

Rezeki itu datangnya dari Allah. Pohonlah dengan seikhlas hati padanya. Jika keikhlasan itu anda panjatkan kepada Allah Azzawajalla, sudah pasti tanda keimanan itu akan terpapar di raut wajahmu.

Lihat wajah saya. Bukankah anda semua dapat melihatnya? Dahi saya hitam bukan. Itu hasil dari keikhlasan saya kepada Allah SWT. Ameen ya Rob.

Baiklah, ayuh saya perkenalkan kepada anda semua mereka-mereka yang menjadikan saya berjaya sehingga ke tahap ini.
Ini ayah angkat saya (gambar). Ketika saya ditimpa musibah, saat maruah saya di cabul, punggung saya dirobek, kepada beliaulah tempat saya mengadu.

Butir-butir nasihat yang keluar dari bibir merahnya cukup-cukup menenangkan hati saya. Terima kasih Datuk Seri Najib. Rahmat Allah untuk kamu.
Hari Ibu baru sahaja berlalu. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau merupakan ibu angkat saya. Seorang yang komited dengan kerja.
Juga merupakan zaujah/ isteri kepada DS Najib. Mereka pasangan bahagia walaupun pelbagai kata nista dilemparkan. DS Najib digelar Mat Monggol, terlibat dengan skandal pembelian kapal selam tak boleh menyelam, skandal pembunuhan Aminah Abdullah aka Altantuya, dan skandal-skandal yang lain. Saya yakin ia fitnah dari pihak yang suka memfitnah.

DS Rosmah pula digelar Bik Mama. Yang lebih teruk lagi diberi gelaran Perempuan Puaka. Ish ish ish. Saya sedih apabila ibu dan ayah angkat saya diperlakukan sedemikian rupa.

DS Rosmah juga difitnah melihat sendiri saat Altantuya diletupkan dengan C4, dituduh queen control, dituduh menghabiskan berjuta wang rakyat ketika membeli belah di luar negara serta lain-lain tuduhan yang tidak berasas.

Alhamdulillah, DS Rosmah tidak melayan gosip-gosip yang dilemparkan ke atas batang tubuh comelnya. Beliau steady, dan layan karaoke.


Ini pula Ayah Angkat saya yang kedua. Sepertimana yang anda sedia maklum, Tan Sri Musa Hasan merupakan ketua polis yang cukup baik. Saat beliau memegang kepimpinan tertinggi PDRM, prestasinya cukup memberangsangkan.

Pandangan masyarakat cukup-cukup tinggi kepada PDRM. Musa Hasan dianggap idola anak muda. Semua bercita-cita ingin menjadi polis. Alhamdulillah. Saya juga menyimpan hasrat menjadi Polis. Ingin berbakti kepada masyarakat.

Namun perjuangan saya belum selesai. Saya akan lawan sehingga ke lubang dubur yang terakhir. Namun dalam kecemerlangan yang dibawa, ada juga bunyi-bunyi yang tidak baik dihamburkan kepada Tan Sri Musa Hasan.

Apalah sangat. Biasa la kes jenayah meningkat, rogol menjadi-jadi, sumbang mahram bermaharajelela, Mat Rempit bertambah setiap hari, buang bayi di merata-rata tempat serta gejala ragut meningkat dengan drastik.

Namun ujian yang cukup dahsyat bagi Tan Sri Musa Hasan ialah dituduh Pro Kerajaan Barisan Nasional, dituduh memalsukan bukti kes DS Anwar Ibrahim yang pertama, dituduh menerima sogokan RM 5 juta bagi melepaskan cukong, dituduh penyebab kematian Aminulrasyid, dituduh anti Pembangkang, dituduh memberi arahan supaya FRU membelasah pembangkang ketika mengadakan demontrasi aman dan pelbagai lagi tuduhan.

Semua ini tidak berasas sama sekali. Ayah angkat saya yang ini cukup warak. Anak Ulamak. Adiknya pun dikenali ramai di dalam bidang lakonan. Kenapa mahu menjatuhkan insan yang cukup-cukup mulia ini? Anda kejam.

Apa-apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada TS Musa Hasan kerana sudi melayan panggilan telefon daripada saya ketika saya berada di dalam kesusahan, ketika buntut saya terasa pedih, ketika saya memerlukan keasih sayang seorang bapa.

Dan terima kasih juga kepada DS Najib kerana memperdengarkan kepada saya no telefon Tan Sri Musa Hasan. Saya akan simpan nombor ini sehingga mati. Biar ia menjadi saksi perjuangan ikhlas seorang anak muda dan juga seorang ketua polis negara. Allahuakhbar!

Ini Senator Ezam. Dahulu beliau Ketua AMK. Lantang orangnya apabila berbicara. Hujahnya bernas. Pejuang keadilan. Pejuang kotak. Juga pejuang yang merentas arus menentang gejala rasuah dengan GERAK.

Beliau Abang Angkat saya. Ketika saya masih menahan pedih di bahagian dubur akibat ditusuk senjata 'tajam', beliaulah yang telah memberi nasihat, memberi tips yang berguna, serta memberi kata semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah yang beriman.

Butir-butir bicara beliau cukup-cukup menusuk kalbu. Lagak gaya beliau laksana pejuang Melayu. Inilah wira yang kita nanti-nantikan. Wajah beliau saya sematkan sebaik mungkin di dalam jiwa ini supaya suatu hari nanti saya akan menjadi sepertinya.

Gambar yang terakhir ini tiada kaitan dengan kisah saya. Saya jumpa di Google Cikgu. Nampak comel. Macam saya masa kecil. Saya muat turun la. Karangan bergambar kan. ngeh3

Justeru itu, jika Cikgu tidak memberi markah penuh untuk karangan saya ini, saya akan membuat laporan polis. Cikgu bersubahat dengan individu tertentu membuat ugutan bunuh kepada saya.

Sekiranya Cikgu masih berdegil untuk memberi markah penuh kepada saya, saya akan melaporkan perkara ini kepada DS Najib, DS Rosmah, TS Musa dan juga kepada Senator Ezam. Akhir kata, Selamat hari guru Cikgu. Juga selamat menyambut 16 Mei.



Karangan ini disalin dari blog Penembak Tepat
======================================

Apa pandangan tuan tuan selepas membaca karangan tersebut??? 
Sekali lagi ditegaskan karangan ini adalah bukan untuk tujuan menyambut hari guru...

Sunday, May 16, 2010

Guru Oh Guru

Guru Oh Guru
SN Dato' Usman Awang 


Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. 


==========================================

Selamat Hari Guru 2010..... khas untuk para guru-guru ku, pendidik ku, pensyarah ku, dan semua yang terlibat mengajarku walaupun satu patah perkataan.......

SK Andrasy Ranggu, SMK Kinabutan Tawau (92-95), SMK Tawau (96-97) Kolej Matrikulasi Chermai Jaya (98), Universiti Sains Malaysia (99-2003)

Warkah Belia 2010

Imej belia dan generasi muda selalunya sinonim dengan persepsi yang negatif  di mata masyarakat. Ini terbukti dengan penglibatan mereka dalam gejala dadah, gejala sosial dan jenayah. Tidak sedikit yang menzahirkan kegusaran terhadap masa depan agama, bangsa dan negara di tangan generasi muda hari ini. Lumrah kehidupan belia yang dibesarkan dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka juga menjanjikan seribu satu cabaran dan ujian yang getir terhadap jatidiri generasi muda.
Para belia juga perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat dan membawa kesan yang negatif. Amalan gaya hidup yang berpaksikan kepada unsur ketuhanan dan sifat kesukarelaan dalam masyarakat sangat membantu membina dan mengukuhkan jatidiri belia itu sendiri. Sikap ingin mencuba dan semangat ingin tahu yang tinggi janganlah disalurkan untuk mencuba dan mempelajari aktiviti yang boleh membawa kepada penyesalan seperti dadah, pergaulan seks bebas, perjudian dan perlakuan jenayah.

Keupayaan dan potensi diri belia perlu digilap dan dipertingkatkan agar mampu menjadi agen penyumbang,  agen perubah, serta pemangkin kemajuan dan bukannya beban kepada negara. Golongan belia mempunyai semangat, tenaga, masa dan kemampuan yang tinggi untuk merencana agenda pembangunan masyarakat dan negara. Aset belia ini perlu disalurkan melalui sarana yang tepat untuk memperrleh natijah yang maksimum. Salurkanlah tenaga muda anda untuk masyarakat dengan melibatkan diri di dalam persatuan-persatuan belia, aktiviti kesukarelaan, serta agenda pembangunan belia negara.

Sempena sambutan hari Belia Negara 2010 di PICC semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebesar 10 juta ringgit untuk pembangunan dan aktiviti belia. Satu peruntukan yang agak besar untuk memastikan agenda pembangunan belia negara terus berjalan seiring dengan kehendak semasa.. Moga dengan peruntukan baru serta sambutan hari belia ini mampu membuka mata golongan belia negara seterusnya meningkatkan azam dan iltizam untuk meningkatkan keupayaan dan potensi diri demi menjadi belia yang benar benar bersedia menerima gelaran "Harapan Bangsa dan Negara" 

Wednesday, May 12, 2010

Judi - Apa Nasihat Raja Dangdut

Apa kata Raja Dangdut Indonesia Hj Rhoma Irama pasal Judi nih...
Liriknya sangat tepat, mesejnya jelas, lagunya sedap didengar..
Apa lagi... Layaaaannn jer la lagu nih....
Jangan lupa hayati mesej yang cuba disampaikan....

Layaaaaaaaannnnnnn.......



Anda Boleh Berjudi

Bola Sepak Piala Dunia punya pasal anda boleh berjudi dengan halal - begitulah seolah olang kata kata Timbalan Menteri Kewangan mewakili kerajaan 1Malaysia...

Kenyataan ini tidak dikeluarkan dalam akhbar akhbar berbahasa melayu, tetapi disiarkan dalam akhbar berbahasa cina, Sin Chew Daily... 

Hmmmmm aku malas nak ulas, Anda layan sendiri la DI SINI

Sensasi Artis Kita

Sebenarnya sudah lama saya tidak ambil peduli  tentang dunia artis. Almaklum sajalah, tidak ada kepentingan langsung.Tapi semalam saya terbaca kisah dua beradik peserta Akademi Fantasia 8 yang "merelakan" tudung mereka diterbangkan angin semata mata untuk menyertai AF8, bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka sudah mula memberanikan diri berpakaian seksi. mereka yang dimaksudkan adalah Adira (Siti Adira Suhaimi, 19) dan kakanya Erma Suhaimi, 21.

Sebenarnya Adira dan Ema ni sudah mula pakai tudung sejak di waktu sekolah lagi. Malah, kedua pasangan beradik ini sama sekali tidak berani memakai pakaian yang terlalu moden seperti yang telah mereka pakai sepanjang menjadi pelajar AF8.Tapi, bila dah masuk AF8, lain pula jadinya.

Kononnya Adira dan Ema terpaksa berbuat sedimikian kerana telah dihasut kononnya imej bertudung agak sukar diterima masyarakatkalau hendak jadi penyanyi.
Lihatlah sendiri video nyanyian mereka berdua menyanyi dengan bertudung. KLIK DISINI
Dan juga DI SINI

Lain pula ceritanya berkenaan Fauziah Lataiff. Saya pun tidak pasti apakah status Fauziah Latiff, sama ada isteri orang ataupun janda muda.Tapi yang pasti Rosyam adalah suami kepada seorang isteri dan  ayah  kepada beberapa orang anak. 


Persoalannya di sini, apa perlunya mereka berdua bergambar begini? Sekiranya kerana permintaan media, takkan sampai berpegangan dan dalam suasana yang cukup intim. Ini akan menimbulkan fitnah kepada mereka akhirnya. Bayangkan apakah perasaan isteri Rosyam jika dia menatap betapa mesranya suaminya bergandingan dengan wanita lain. Begitu juga, apakah perasaan Rosyam jika isterinya pula berkeadaan demikian dengan lelaki lain?

Saya fikir ini adalah antara punca kenapa rumah tangga para artis tidak mampu bertahan lama. Mahligai yang mereka bina hancur musnah di tengah jalan kerana sikap artis itu sendiri. Kepada para artis,pandai pandailah  dalam menjaga pergaulannya dengan bukan mahram. Kerana buklan sahaja kamera yang memerhatikan anda, tetapi masyarakat sekeliling sentiasa menjadi pemerhati anda..


 Ini satu lagi sikap artis kita yang menjadi idola kebanyakan muda mudi masa kini. Haliza Misbun, Perhatikanlah statemen yang diberikan. "TIADA niat menayang tubuh dalam filem ini, tetapi teknik sudut kamera yang menyebabkan kelihatan seksi" komennya berkenaan  filem Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami,

 “Saya tahu adegan mana yang dimaksudkan. Saya sendiri tak menyangka baju gaun putih yang saya pakai dalam filem itu begitu terdedah. Saya tak berniat nak tayang badan, tetapi ia berlaku dengan tidak disengajakan. Kalau saya tahu, sumpah saya tak akan pakai baju itu.


“Saya hanya menyedari baju itu terlalu seksi selepas melihat kembali ‘playback’. Memandangkan penggambaran sudah dilakukan, takkanlah saya nak menyuruh mereka membuat rakaman semula. Saya tetap tidak merasakan gaya saya dalam gaun putih itu seksi. Kalau betul saya seksi, LPF tentu sudah memotong babak itu,” 


“Memang tak disangkal filem ini mempunyai persamaan dengan kisah hidup sendiri. Saya tak malu mengaku bahawa saya kini tergolong dalam golongan andartu dan saya ingin mewakili golongan andartu di luar sana menyampaikan mesej kepada masyarakat yang bukannya kami tidak mahu kahwin. Namun pertemuan untuk mencari suami bukanlah satu proses yang mudah kerana kebanyakan lelaki yang baik sudah dimiliki".
 
=========================================

Itulah sebahagian kisah nyata artis artis kita. persoalan yang bermain di minda saya, kenapa semuanya menjurus ke arah negatif??? bukan sengaja menonjolkan kisah negatif mereka, tetapi apa yang disajikan kepada kita hampir semuanya yang negatif tak kan la kita mau mereka cerita yang positif??? anda sendiri lebih bijak membuat tafsiran.. Tafsirkanlah apa yang anda lihat dengan apa yang anda baca....

Tuesday, May 11, 2010

Salam Takziah

Salam Takziah,

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun..

Dimaklumkan bahawa isteri kepada Prof Madya Hj Talhah Idrus (Pensyarah HBP USM, Aktivis Islamic Outreach ABIM - Penang) telah meninggal dunia pada pagi tadi. Sehingga kini (berita ini ditulis) belum ada maklumat berkenaan aturcara pengkebumian. Jenazah berada di rumah beliau No 25, Lebuh bukit Kecil, Sg Nibong, Pulau Pinang.

Moga Allah menerima segala amal ibadah almarhumah dan rohnya sentiasa dicucuri rahmatNya.

Alfatihah...

Monday, May 10, 2010

Tahniah Chelsea

LONDON: Chelsea meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melengkapkan perlawanan terakhir musim ini dengan kemenangan bergaya mengalahkan Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge, malam tadi.

Didier Drogba menjaringkan hatrik, sekail gus menjadi penjaring terbanyak liga dengan 29 gol. 

Nyata skuad bimbingan Carlo Ancelotti menepati ramalan awal mampu merebut tahta liga daripada juara bertahan Manchester United, yang menewaskan Stoke City 4-0 juga pada perlawaan terakhir mereka, malam tadi.

Kemenangan United itu tidak bermakna kerana mereka mengkehendaki Chelsea tewas atau sekurang-kurangnya seri dengan Wigan.

Nicolas Anelka pula memperoleh dua gol manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing menyumbat satu gol perlawanan berat sebelah apabila Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Chelsea berjaya menyekat United untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19.

Chelsea juga berpeluang  mengondol satu lagi trofi apabila beraksi pada perlawanan final Piala FA bertemu Portsmouth, minggu depan.

Sunday, May 09, 2010

Menarik Minggu Ini

Awal pagi ini, rasa nak tergelak (memang dah gelak secukup rasa pon), rasa nak marah, hairan dan menyampah pun ada. Semuanya kerana sekeping gambar di sebelah ini..


Aku tak mau ulas panjang lebar, cuma satu persoalan yang bermain di kepala ini... Apa motif sebenar sehingga terhasilnya apa yang ada dalam gambar tuh????

Ramai yang memberi ulasan dengan macam macam andaian. anda boleh tengok DARI SINI dan juga DI SINI

Saturday, May 08, 2010

Lagi.... Remaja Ditembak Polis...

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Maklumat Penuh ada DI SINI

=========================================

Belum pun selesai satu kes, sudah timbul kes yang lain. Nampaknya kejadian kejadian sebegini tidak akan berhenti di sini. Saya merasakan masih akan ada lagi mangsa mangsa yang sedang menunggu giliran. Entah Bila dan siapa mangsanya. 

Kejadian-kejadian seumpama di atas akan terus berlaku jika polis terutama KPN masih terus mempertahankan egoismanya di dalam kejadian salah-laku penggunaan senjata api oleh para anggotanya.

Kita tak tahu berapa ramai lagi yang perlu dikorbankan untuk mencelikkan mata PM dan menteri-menteri UMNO BN yang masih bersikap apethetik dengan tidak mengambil tindakan tegas terhadap KPN.

Judi Oh Judi..... Opssss... Pertaruhan da......

Kisah tentang judi begitu meletop sehari dua kebelakangan ini. Yang faham hukum hakan insyaAllah akan tetap istiqomah dengan kefahamannya. Yang sedikit faham jangan pula goyah kefahaman itu, tapi tambahkan dengan cara menuntut ilmu. Tapi yang lebih parahnya apabila ramai rakyat jelata yang semakin keliru dengan tindak tanduk segolongan insan yang berjawatan cuba memainkan sentimen ini. 

Ini adalah reaksi sebuah akhbar utama arus perdana sebelum PRK Hulu Selangor tidak lama dulu. Separuh muka depan untuk siaran pengakuan tokoh politik pembangkang yang kebetulan menjadi calon dalam PRK berkenaan. ya... Pengakuan yang beliau ada "KUDA LUMBA". bukannya beliau pergi berlumba..


Kelmarin, Kerajaan melalui timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adeq Hussain mengumumkan menimbang untuk meluluskan lesen "pertaruhan" (baca perjudian) sempena Piala Dunia 2010. (INI CERITA PENUHNYA) Pelbagai reaksi spontan terhadap cadangan itu telah di lontarkan. kebanyakannya MEMBANTAH. Dan kebanyakan bantahan itu datangnya dari rakyat, NGO, Parti Politik yang tidak mahu melihat bentuk judi baru yang DIHALALKAN oleh pihak kerajaan. walaupun ramai dari mereka adalah golongan yang tidak sehalauan dengan kerajaan. Saya fikir ini perkembangan yang baik. Perkembangan yang lahir dari kesedaran..


Ini adalah kenyataan penuh bantahan dari PKR..

KENYATAAN PARTI KEADILAN RAKYAT

PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK CADANGAN MENGHALALKAN JUDI

DASAR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG MEMBAWA KEHANCURAN

7 MEI 2010

Parti Keadilan Rakyat membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan. Perkara ini telah dibangkitkan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau mencadangkan bahawa rancangan ini boleh dilaksanakan sebelum tibanya musim mengaut keuntungan dalam Piala Dunia yang akan bermula bulan hadapan.

PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat. Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.

Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini. Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya. Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golonganyang kaya.

Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.

Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit Rakyat.

Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi.

Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.

Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan PKR


Hairan Sunguh hairan... dalam gegap gempita bantahan bantahan... tapi tak ada pun suara suara dari JAKIM, MUFTI, UMNO, PERKASA, mana mereka???? Mereka kata ya atau tidak pun kita tak tahu. AGAKnya mereka sokong kot..... hehehehhee

Apabila Zaid Ibrahim "ada kuda lumba" berita muka depan.
Apabila lesen judi kalau boleh tak mahu keluar berita....
Kalau lesen judi sorok di muka paling dalam... biar susah orang cari....
Apabila Lesen Judi semuanya SENYAP....
Apa bila lesen judi.... tak mahu sebut judi... sebut "pertaruhan"


Hmmmm.... ntah la.... Lu Pikir la sendiri.... kata Nabil

Friday, May 07, 2010

Misi Khas Bekas Panglima ATM ??

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal  menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia Ke Perancis daripada Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Ramai yang terkejut dengan perlantikan ini, kerana beliau pernah ditamatkan jawatannya dengan penuh kehinaan oleh pentadbiran kerajaan 1Malaysia Najib Razak suatu ketika dulu.

Lebih menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang ketika itu. Malah cara beliau ditamatkan perkhidmatan juga telah memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya.

Ini menimbulkan kemusyikalan dikalangan rakyat. Malah penamatan kontraknya secara tergesa-gesa dek kerana beliau dipercayai merupakan proksi rapat kepada PM terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Oleh yang demikian, melihat kepada insiden yang berlaku terhadap dirinya yang membuatkan seluruh anggota tentera di Malaysia terhina ketika itu, maka atas dasar apa pula tiba-tiba PM Najib melantik beliau sebagai Duta Malaysia Ke Perancis. Mungkinkah ada agenda tersirat yang diarahkan oleh PM kepada beliau memandangkan ada ura-ura kes pembeliau kapal selama Scorpene mahu disiasat oleh pengamal undang-undang di negara itu agaknya.

Inilah yang menyebabkan Najib bagai "cacing kepanasan" dan akhirnya menghantar orang yang arif dalam tentera untuk melaksanakan misinya di sana. Apakah ini ada kena mengena dengan usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene Altantunya dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tambahan pula Duta yang baru dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara dan sangat sesuai memainkan peranan itu.

[Apa yang pasti perlantikan bekas Panglima Angkatan Tentera ini sudah pasti mempunyai misi yang telah dirancang dengan baik sebenarnya. Tambahan pula kini terdapat berita gempar tentang Misi seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Bukankah misi ini perlu dihentikan jika mahu nama Malaysia terutamanya Najib Razak tidak tercalar dipersada antarabangsa.

Lantaran itulah, langkah terbaik Najib perlu menghantar orang yang ada kaitan dengan angkatan tentera untuk melaksanakan tugasan tersebut. Apapun, kita amat yakin bahawa misi ini pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".
 
Apapun, tahniah kita ucapkan kepada Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal atas perlantikan beliau yang cukup bermakna dan misteri itu]. Sumber daripada Pahang Daily

Thursday, May 06, 2010

MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA

PENGUMUMAN PENGUMUMAN.....

DENGARLAH WAHAI SEKELIAN RAKYAT JELATA....

Dengan ini, "betah" mewar-warkan pendirian "betah" dan MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA sebarang usaha kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia. APAPUN juga Jenis alasan yang cuba digunakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein pastinya tidak akan mampu menafikan bahawa JUDI ITU HARAM dan TIDAK SEKALI KALI AKAN MENJADI HALAL....

HARAP MAKLUM.....


Seterusnya anda boleh LAYAN DARI SINI

Mangsa Seterusnya....

Dua wanita mendakwa menerima ganggungan seksual melampau daripada seorang anggota polis di satu sekatan jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita mendakwa diminta beraksi lucah selain dipaksa memberi sogokan RM15 supaya dia tidak ditahan atas kesalahan memandu melebihi had laju.

"Selepas meminta kad pengenalan dan lesen memandu, polis itu meminta saya menanggalkan baju tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Dia kemudian menyuruh saya melakukan aksi ghairah di hadapannya serta menunjukkan wajah seksi, malah lebih menjijikkan dia bertanya sama ada saya memakai baju dan seluar dalam atau tidak,” kata mangsa, semalam.

Insiden itu berlaku jam 1.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke KL Sentral untuk mengambil teman lelakinya yang baru pulang dari Sabah.

Selepas mengambil teman lelakinya, wanita terbabit terus membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 2.39 pagi.

Sementara itu, selang beberapa minit, di lokasi yang sama, seorang lagi wanita berusia 23 tahun, mendakwa menerima nasib serupa apabila diganggu secara seksual dengan kata-kata tidak senonoh sebelum diminta memberi sogokan wang oleh anggota polis sama.

“Jam 1.50 pagi, saya dari Kuchai Lama menghala ke Shamelin apabila ditahan polis trafik.

“Apabila saya menurunkan cermin kereta, polis itu berkata kaki saya cantik dan dia mengarahkan saya keluar dari kereta kerana dia mahu melihat kaki saya," katanya.

Mangsa berkata, apabila dia enggan berbuat demikian, polis itu mengugut untuk menyamannya kerana memandu melebihi had laju, walaupun itu tidak benar.

“Kemudian dia minta saya memberikan RM50 jika tidak mahu kena saman.

"Saya membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 4.30 petang, 4 Mei," katanya, dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, semalam.

Kedua-dua wanita dipercayai ditahan polis trafik sama berdasarkan maklumat lokasi, masa dan gambaran fizikal.


====================================================
Hmmm kes kes sebegini sebenarnya banyak berlaku. tapi tidak tahu harus buat apa. Aku sendiri pun pernah mengalami perkara yang hampir serupa tapi skrip dan lokasi yang berlainan. Pesanan penaja : berhati hatilah dimana jua anda berada dan dalam keadaan apa pun jua.

Tuesday, May 04, 2010

Pakaian Ketat : Polis Tahan Gadis

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.

===================================== 

Menyokong 100% sekiranya usaha ini dilakukan dan dipraktikkan di sini... bukan sahaja mendakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi amalan ke arah itu terlalu minimum.. Dari mana dan bila patut bermula???

Related Posts with Thumbnails