~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Thursday, April 01, 2010

Taubat Siti Hanya Kosmetik??

Taubat Siti hanya separuh jalan. Siti kembali kepada keadaan mula-mula menyertai dunia hiburan. Sampai suatu ketika dia rasa ingin bertaubat dalam hal-hal menutup kepala.

Bermula lembaran baru, maka bertudunglah Siti. Siti bertudung pada mula-mulanya, elok sangat-sangat. Ditutup semuanya. Selang beberapa ketika Siti merasakan panas ketika bertudung kerana sebelumnya dia tidak memakai tudung. Dia membuka sedikit tudungnya dengan menampakkan leher yang cantik dipandang itu. Selang beberapa ketika Siti merasakan subang mahal yang dipakainya tidak dapat dipandang orang. Dibuka sedikit anak telinganya supaya subangnya jelas kelihatan.

Selepas itu (mungkin) dia menyukai gaya tudung Rosmah, bertudung berjambul yang dipakai ketika berkaitan perkara agama. Siti sangat suka, ditirunya gaya Rosmah bertudung dengan menampakkan sebahagian rambutnya. Selepas itu Siti rasa tudung berserabut di atas kepalanya. Dibuka terus tudungnya kini. Kembali kepada asal. Kalau bertudung pun macam tak bertudung. Taubatnya tak panjang.

Siti juga pernah berkata suaminya suka kalau dia tidak bertudung. Hanya lelaki jenis ini yang hanya mampu dilahirkan oleh pemerintah kita??? Minta dijauhkan pemikiran sebegini kepada anak-anak kita.

Taubat Siti tak panjang. Janganlah pula perempuan yang dah mula-mula berjinak-jinak dengan tudung ikut pula Siti selepas ini. Pupuklah dalam diri anda kesedaran dan pengetahuan tentang Aurat anda. Pelajarilah ilmu yang berkaitan diri anda. Biarlah anda bertudung kerana kesedaran, keinsafan dan kerana pengetahuan bukan sekadar terikut dan terpengaruh dengan rentak fesyen. Moga-moga anda semua bahagia dengan tudung anda.

3 komen:

anisyazila said...

hehehe..menang lagi artis paling popular tu abg biin... rasanya dia lagi manis bertudung..biasala manusia ni abg biin... hati lain2..kdg2 nawaitu lain...

smtabi'in said...

hmmm.... ntah la anis.... manis pada pandangan kita mungkin... tapi pada pandangan dia lebih manis kalau free hair.... tak apa laa... tu tanggungjawap dia dengan tuhannya..

anisyazila said...

betul2...semoga dia mendapat hidayah yg sebenar..

Related Posts with Thumbnails