~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Monday, April 12, 2010

Mayat Bayi Dalam Tong Sampah

Masih tidak berkesudahan apabila manusia berhati syaitan sanggup membunuh zuriat sendiri dengan memilih tong sampah sebagai ‘kubur’ insan cilik ini.

Sungguh menyayat hati apabila bayi lelaki dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu ditemui mati dengan berbalut empat beg plastik sebelum dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, dekat Sungai Choh, di sini, semalam.

Bayi sempurna sihat dengan kesan berdarah ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, yang juga pekerja syarikat kutipan sampah swasta Hulu Selangor, jam 8 pagi.

Menurutnya, ketika mengambil sampah yang terdapat dalam dua tong, dia terkejut menemui satu bungkusan berat dibalut beg plastik cerah yang terdapat dalam tong sampah itu.

Katanya, ketika itu dia cemas, namun memberanikan diri membuka bungkusan itu.

“Mulanya saya nampak kaki bayi. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu sangkaan awal bayi dibuang memang benar sekali.

“Saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya yang masih baru dilahirkan kerana terdapat beberapa tompokan darah padanya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia mendapatkan bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian bagi menghubungi polis memaklumkan perkara itu.

Katanya, pengalaman itu cukup menyentuh hatinya selepas tujuh tahun bekerja mengutip sampah di beberapa kampung di Sungai Choh itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, jam 9.15 pagi untuk bedah siasat.

“Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu,” katanya. -hmetro

8 komen:

anisyazila said...

manusia semakin kejam...berani buat..tak berani tanggung akibatnya... :-(

smtabi'in said...

hmm.... dia buat ikut cara tak betol.. macam ni la jadinya... cuma ikut peraturan yang dah digariskan.. tak kan ada kes kes macam nih...

anisyazila said...

betul tu..akal manusia pendek..makin tak pandai beza antara yg betul atau salah..dosa atau pahala..

smtabi'in said...

tak pandai beza tuh sebab tak tahu??, tak tahu dan tak dibagi tahu?? tak tahu dan tak mahu tahhu?? tak tahu dan tak mahu ambik tahu?? ooo memang satu cabaran besar yang namanya kerja "mendidik" itu....

anisyazila said...

mendidik dah..bagitau dah..tapi ada yg buat2 tak tau..tak pandai... tanah yang subur tapi tak diusahakan ..begitula..masuk telinga kanan kuar telinga kiri...

smtabi'in said...

mendidik ka mengajar???? ngeh ngeh ngeh.....

eLyA said...

astaghfirullah~~ ape nk jdi ler skang neh! haih, ramai pasangan suami isteri yg Allah uji ngan xde anak. Ada yg usaha nk amek anak angkat. Tapi ibu yg di amanahkan anak ni sanggup buang anak. x cukop ngan dosa pertama, di lakukan pila dosa kedua...haish!!

2 la jijiknya dosa zina neh, ia mendorong seseorang untuk melakukan dosa seterusnya, buang baby or membunuhnya. Auzubillah~

smtabi'in said...

Thats why la Doktor Elya..... sesuatu yang bermula dengan salah pasti akan berakhir dengan tak betol.. awal lagi agama dah pesan.. "wala taqrabu zina" jangan la kamu MENDEKATII zina.. mendakati pun dah di larang.... apatah lagi buat...

Related Posts with Thumbnails