Antara semua makhluk cikpataan Allah SWT, manusia adalah ciptaannya yang paling sempurna. Selain lengkap dengan tujuh pancaindera, allah juga mengurniakan akal dan fikiran bagi memudahkan manusia membuat pertimbangan.
Walaubagaimanapun, akal dan fikiran dikendalikan oleh seketul daging di dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai hati. Hati diibaratkan sebagai raja dalam sebuah negeri. Hati jugalah yang memerintah seluruh anggota badan supaya bertindak sesudah mendapat arahan serta bertindak mengikut arahan.
tindakan yang dilakukan itu sama ada berupa kebaikan atau kejahatan, ia banyak bergantung kepada hati itu sendiri. Hati adalah anggota tubuh manusia yang paling mulia. Hati terletak di dalam dada. Ia dilindungi dan dikelilingi oleh seluruh anggota tubuh sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang raja.
Hari tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi tindakan yang diambil oleh hati dapat dilihat pada perilaku seseorang seperti kesabaran, keilmuan, kemuliaan, cinta, kehendak, kerelaan dan pelbagai lagi yang terpancar pada diri manusia itu. bukan hanya kebaikan sahaja, tetapi boleh berupa tindakan yang berunsur kejahatan termasuklah perbuatan yang mengingkari perintah allah. Marah, benci, dengki, sombong dendam adalah antara perbuatan tersebut. Semua anggota tubuh kita sama ada yang dapat dilihat atau tidak , termasuklah segala kekuatannya adalah benteng kepada hati.
Mata dan hati mempunyai hubungan erat yang tidak boleh dipisahkan. Segala yang dilihat oleh mata terus dihantar ke hati. apabila mata melihat sesuatu, mata dengan cepat menghantar isyarat ke hati. kemudian hati segera membuat tindakan susulan.
apa pun tindakan yang dibuat oleh anggota tubuhselepas menerima arahan daripada hati tidak akan terlepas begitu sahaja pada hari akhirat. Semua anggota tubuh dipertanggungjawapkan dan menjadi saksi setiap perkara yang dilakukan semsa hidup di dunia.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, maksudnya :
"sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapannya" (Surah Al-Israk, ayat 136)
Ayat ini menjelaskan, telinga, mata, hati dan seluruh anggota badan dipertanggungjawapkan atas apa juga perkara yang dilakukan semasa di dunia. mata yang melihat, telinga yang mendengar, dan hati yang mengeluarkan arahan akan diminta menjadi saksi.
Sekiranya hati seseorang itu sering membuat keputusan yang berpandukan dengan ajaran Al-Qur'an , maka berbahagialah mereka yang mempunyai hati seperti ini. Tetapi sekiranya memiliki hati yang sering membuat keputusan yang berpandukan kepada hasutan syaitan, hanya kebinasaan sahaja yang akan menimpa mereka.
Abu Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis
"Hati adalah umpama raja dan anggota badan adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga"
Hadis ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan rasulullah :
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh badan ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, maka buruklah keseluruhannya. ketahuilah ia adalah hati"
Hati juga ssering dikaitkan dengan kehidupan dan kematian.....
0 komen:
Post a Comment