Pada hari akhirat kelak, mereka yang mempunyai hati yang suci bersih adalah orang yang paling bahagia apabila bertemu dengan Allah. Sebaliknya mereka yang mempunyai hati yang kotor tidak ada seiapapun yang akan menolong meskipun anak anak mereka sendiri.
Allah menyatakan dalam Al-Qur'an :
"Pada hari akhirat kelak, anak anak tidak dapat memberikan apa apa pertilongan kecuali mereka yang datang dengan hati yang bersih " (Surah As-Syuara' ayat 88-89)
Ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan hati yang sihat. Ada yang berpendapat, ia membawa maksud hati yang bersih ataupun hati yang selamat. Perkataan ini sebenarnya mengandungi maksud yang sama, iaitu hati yang bersih daripada keinginan bagi melakukan perkara yang melanggar perintah Allah dan larangannya termasuklah perkara perkara yang meragukan.
Ini bermakna hati yang bersih bebas daripada menjadi hamba kepada syaitan. Ketaatan, rasa takut, harapan, keredaan, taubat dan berserah diri hanya kepada Allah semata-mata. mereka tidak menjadi hamba kepada yang lain, selain Allah.
Hati yang bersih juga tidak menyekutukan Allahdengahn apa cara sekali pun. HAti mereka sentiasa mengabdikan diri kepada Allah sama ada dalam bentuk harapan, cinta, berserah kepada Allah, taubat dan sebagainya. Mereka mencintai kerana Allah dan membenci juga kerana Allah. begitu juga apabila memberi dan mencegah semuanya kerana Allah.
Namun begitu, diri kita masih belum sempurna selagi belum bebas daripada sikap yang tidak berlandaskan hukum dan perintah Allah. Hati perlu sentiasa rapat dan mengingati Allah. Bertekad untuk sentiasa taat kepada Allahbukan kepada yang lain sama ada dalam bentuk perkataan mahupun perbuatan.
Setiap perkataan yang lahir daripada hati adalah perintah. Ia juga adalah kehendak hati untuk dilakukan oelh anggota badan yang mempunyai hubungan dengan perintah itu. anggota badan tidak akan melakukan sesuatu tanpa mendapat arahan daripada hati.
Bagi mereka yang tidak beriman, adakalanya tindakan yang dilakukan itu tidak mengambil pertimbangan yang wajar. Ini samalah halnya dengan melakukan sesuatu sebelum mendapat arahan.
Sebahagian ulama berpendapat setiap perbuatan kebiasaannya melahirkan dua pertanyaan walaupun perbuatan itu kecil, iaitu :
Mengapa dan bagaimana perbuatan itu di lakukan.
Atau mengapa perbuatan itu dilakukan dan bagaimana perbuatan itu dilakukan??
Persoalan pertama : Mencari sebab atau punca. Mungkin ia dilakukan kerana dorongan atau keinginan bertujuan untuk mendapat pujian dari manusia. Meungkin mereka melakukan kerana mereka menganggap ia satu kewajipan dan mengharapkan keredaannya. Mungkin juga mereka melakukan semata mata kerana untuk memenuhi keinginan hati mereka.
Pertanyaan kedua pula mengenai sikap ingin mencontohi sunnah rasulullah dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba. Adakah tindakan mereka sesuai dengan apa yang Allah turunkan melalui rasulnya???. Atau mereka melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan dan diredhai Allah.
Walau apapun yang kita lakukan yang penting adalah keikhlasan dan perintah siapa yang diikuti Sesungguhny Allah hanya menerima perbuatan yang diperintahkannya sahaja. PErbuatan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas dan mengikut arahannya sahaja akan diterima Allah..
Sebagai hambanya kita diharapkan dapat mengikuti sunnah rasulullah. Hati dan kehendak patut dipelihara supaya tidak merosakkan keikhlasan dan nafsu yang menentang kebaikan. Hanya hati yang sihat sahaja dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan sesebuah kehidupan.
0 komen:
Post a Comment