~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Tuesday, June 01, 2010

Zionis Laknatullah

Salam semua...

Saya mengutuk sekeras - kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang telah menceroboh dan menyerang kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Flotilla Gaza iaitu Mavi Marmara semalam di perairan antarabangsa diluar Palestin. Setakat ini, 19 diberitakan terbunuh.

Perbuatan ini adalah jenayah kemanusiaan yang jelas dan mesti dikutuk oleh semua bangsa dan negara. Saya berpendapat sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras dan tegas terhadap rejim zionis ini. Mereka bertindak sesuka hati dan langsung tidak menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa

Saya bersetuju dengan kata-kata Sheikh Mahmud Ahmadinejad (Presiden Iran) bahawa rejim Israel ini sepatutnya dihapuskan daripada mukabumi ini! Saya menyeru agar negara-negara dibawah Pertubuhan Negara Islam (OIC) terutamanya Malaysia segera mengambil tindakan sewajarnya atas insiden yang baru berlaku ini. 






Saya juga mendesak Parlimen Malaysia mengadakan sidang khas segera untuk membuat usul tergempar mengutuk pencabulan terbaru rejim Israel ini. Saya juga mendesak Parlimen supaya menuntut Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih konkrit dan jelas untuk menterjemahkan kemarahan rakyat Malaysia tentang pembunuhan terbaru ini. Saya fikir perbincangan bukanlah jalan yang terbaik pada peringkat ini. Hubungan kerajaan dengan apa jua firma yang ada hubung kait dengan zionis Israel harus dihentikan segera. Kontrak dan perjanjian dengan UPCO Worldwide harus ditamatkan dan dibatalkan segera. Ini harus disusuli dengan tindakan memutuskan hubungan diplomatik serta mengambil tindakan tegas dan keras terhadap rejim zionis Israel.

Akhirnya, saya menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, marilah kita menghidupkan semula semangat jihad fisabilillah dikalangan umat Islam. Kehidupan duniawi sudah menenggelamkan umat Islam kedalam krisis keimanan yang serius. Kita perlu melahirkan lebih ramai mujahidin dan syuhada, yang menyintai mati syahid dan syurga. Kita perlu melahirkan Umar bin Kahttab alaf baru, Kita perlu melahirkan Khalid bin Walid zaman moden, kita juga perlukan seseorang untuk menggantikan Sallahuddin Al Ayyubi pada masa kini.

Marilah kita bersama sama berganding bahu dalam apa juga tindakan untuk membantu saudara seislam seiman kita di bumi Palestin, marilah kita tunjukkan solidariti kita dengan apa juga cara sesuai dengan kemampuan dan kebolehan kita. Akhir sekali marilah kita sama sama memohon semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada kita semua untuk menentang kezaliman ini, merahmati roh muqminin yang terkorban, dan menjumlahkan mereka termasuk dalam golongan para syuhada dan memberi keampunan kepada mereka, dan meletakkan mereka kedalam syurga yang tertinggi bersama para anbiya. Amiin..

2 komen:

Anonymous said...

Pernyataan pendirian yang jelas. Tahniah! Ini lah yg dinamakan NGI - non governmental individual. Laknat Zionis!!

smtabi'in said...

hehehhee Terima kasih sheikh...
tak ada kekuatan untuk berbuat lebih dari ini... hanya ini saja yang termampu...

Related Posts with Thumbnails