~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Wednesday, June 09, 2010

Mahu Hidup Lebih Lama.....?????

Penduduk desa/kampung, mampu dua tahun hidup lebih lama jika dibandingkan dengan  mereka yang  hidup di bandar, apatah lagi bandar-bandar besar metropolitan. Fakta ini merupakan hasil kajian dari Badan Statistik Nasional Inggris (Office for National Statistics).

Menurut kajian ini, biarpun anda hidup di kampung dengan suasana yang lebih miskin, jumlah pendapatan bulanan yang jauh lebih kecil berbanding dengan keadaan dan jumlah pendapatan masyarakat bandar, namun orang kampung boleh hidup lebih lama. Hasil kajian ini merupakan penemuan baru yang menyokong hasil kajian lama yang menyatakan bahawa harapan hidup lebih lama dipegang oleh orang orang kampung dan pedesaan yang dikatakan hidup dengan lebih makmur.

Secara umum, lelaki yang hidup di pedesaan cenderung mampu bertahan hidup antara 78 dan 79 tahun. Sedangkan purata harapan hidup bagi lelaki di kawasan bandar hanya mencapai 76 tahun. Bagi golongan wanita pula, Wanita yang hidup di kawasan bandar secara puratanya bertahan hingga umur 81 tahun, tapi golongan wanita di perkampungan boleh hidup sehingga antara 82 dan 83 tahun. Di sini dapat dilihat bahawa purata kehidupan wanita di kedua dua kawasan (bandar dan desa) melebihi purata kehidupan lelaki dalam lingkungan 2 tahun.


Apa sebenarnya faktor utama yang menyumbang kepada hasil kajian ini??? Sudah nyata sepertimana yang kita sedia maklum, faktor udara bersih merupakan penyumbang utama. Selain itu, kawasan kampong mempunyai ruang yang lebih terbuka dan lebih luas, yang  mampu menampung gaya kehidupan yang lebih sihat. Suasana persekitaran seperti ini susah dijumpai dikawasan bandar. Kawasan bandar lebih sinonim dengan rumah rumah bertingkat tingkat dan sinonim dengan kawasan yang padat.

"Bekalan udara yang lebih bersih, jauh dari pelbagai pencemaran, persekitaran yang menghijau, serta gaya hidup yang lebih relaks adalah antara faktor utama yang mempengaruhi tahap kesihatan" itulah komen salah seorang penyelidik yang terlibat.

==========================================================
Bagaimana dengan anda? Ingin hidup lebih lama??? Pernah merasa nikmatnya tinggal di kampung? Pilihan ada di tangan anda... pastikan pilihan anda adalah pilihan yang BIJAK....


1 komen:

Anonymous said...

mari kita nyanyi lagu nasyid ni : "walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang, apa gunanya...."

Related Posts with Thumbnails