~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Sunday, June 06, 2010

Perutusan Tahniah Raja Sehari

Cuti sekolah datang kembali. Cuti selama dua minggu ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh Ya Qadhial Hajat... terutamanya dalam urusan pembinaan rumah tangga yang baru... Pada kesempatan ini, saya secara jujur dan ikhlasnya tidak lupa mengucapkan Selamat Pengantin baru, Selamat menempuh kehidupan yang lebih bermakna, lebih lengkap, dengan harapan lebih diredhoi oleh Allah SWT...

Salim Japaran, Seorang aktivis ABIM Sabah yang sangat komited dalam urusan pembangunan, pembinaan dan pemerkasaan golongan belia islam khususnya di sabah. Perwatakannya yang mudah mesra dan bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan, sememangnya aset yang sangat penting dalam perjalanan karier beliau dalam dunia kebeliaan. Berasal dari Semporna dan sekarang bertugas di Universiti Malaysia Sabah... walaupun belum lama mengenali beliau, tetapi ukhuwah yang terjalin begitu akrab sekali. Inilah antara nikmat nikmat yang dapat dikecapi dalam hidup berjemaah, yang tidak dapat dijumpai dalam persatuan persatuan biasa yang lain. Moga dengan selamatnya diijab qabulkan anda akan lebih istiqamah dan lebih gigih dalam meneruskan perjuangan ini.. selamat pengantin baru... moga selamat semuanya....




Asbullah Bin Sudin, teman sepersekolahan di tingkatan 4&5 (Sains A) SMK Tawau 1996-1997. Seorang yang sangat baik pekertinya, rajin berusaha serta gigih bekerja. Sekarang bertugas sebagai Doktor perubatan di hospital Daerah Kunak, Sabah. Merangkap pemangku pengarah Hospital Daerah Kunak. Pasangan beliau, Haslina Hapi, adalah seorang nurse yang bertugas di tempat yang sama... semoga perkahwinan ini menjadi pintu gerbang kearah hidup yang lebih sempurna. Semoga mahligai yang dibina ini akan bercahaya dan bersinar hingga ke akhir hayat.... Tahniah... dan mohon kemaafan kerana tidak dapat hadir meraikan majlis tersebut... insya Allah akan ziarah di lain waktu....

Nah untuk hang pa berempat..... nikmatilah pantun ini.... kalau rajin jawap la yerrr....

Bahulu kuih traditional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati

0 komen:

Related Posts with Thumbnails