~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Sunday, June 20, 2010

Seks Bebas : Tidak Takut Tuhan

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.  

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.
 

Wednesday, June 09, 2010

Mahu Hidup Lebih Lama.....?????

Penduduk desa/kampung, mampu dua tahun hidup lebih lama jika dibandingkan dengan  mereka yang  hidup di bandar, apatah lagi bandar-bandar besar metropolitan. Fakta ini merupakan hasil kajian dari Badan Statistik Nasional Inggris (Office for National Statistics).

Menurut kajian ini, biarpun anda hidup di kampung dengan suasana yang lebih miskin, jumlah pendapatan bulanan yang jauh lebih kecil berbanding dengan keadaan dan jumlah pendapatan masyarakat bandar, namun orang kampung boleh hidup lebih lama. Hasil kajian ini merupakan penemuan baru yang menyokong hasil kajian lama yang menyatakan bahawa harapan hidup lebih lama dipegang oleh orang orang kampung dan pedesaan yang dikatakan hidup dengan lebih makmur.

Secara umum, lelaki yang hidup di pedesaan cenderung mampu bertahan hidup antara 78 dan 79 tahun. Sedangkan purata harapan hidup bagi lelaki di kawasan bandar hanya mencapai 76 tahun. Bagi golongan wanita pula, Wanita yang hidup di kawasan bandar secara puratanya bertahan hingga umur 81 tahun, tapi golongan wanita di perkampungan boleh hidup sehingga antara 82 dan 83 tahun. Di sini dapat dilihat bahawa purata kehidupan wanita di kedua dua kawasan (bandar dan desa) melebihi purata kehidupan lelaki dalam lingkungan 2 tahun.


Tuesday, June 08, 2010

Bersamamu Palestine...


JEMPUTAN TERBUKA 

Masanya telah tiba
Semua yang prihatin
Semua yang sedar
Menentang kezaliman
Menegakkan kebenaran dan keadilan...
Tak kira siapa
Cina Melayu India Bajau Kadazan
Tak kira Agama
Islam Kristian Budha Hindu
Atas sifat dan sikap kemanusiaan sejagat
Mari beramai ramai


Dewan Sivik Petaling Jaya 
Rabu, 9 June 2010
Jam 8.00 Malam

Sunday, June 06, 2010

Perutusan Tahniah Raja Sehari

Cuti sekolah datang kembali. Cuti selama dua minggu ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh Ya Qadhial Hajat... terutamanya dalam urusan pembinaan rumah tangga yang baru... Pada kesempatan ini, saya secara jujur dan ikhlasnya tidak lupa mengucapkan Selamat Pengantin baru, Selamat menempuh kehidupan yang lebih bermakna, lebih lengkap, dengan harapan lebih diredhoi oleh Allah SWT...

Salim Japaran, Seorang aktivis ABIM Sabah yang sangat komited dalam urusan pembangunan, pembinaan dan pemerkasaan golongan belia islam khususnya di sabah. Perwatakannya yang mudah mesra dan bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan, sememangnya aset yang sangat penting dalam perjalanan karier beliau dalam dunia kebeliaan. Berasal dari Semporna dan sekarang bertugas di Universiti Malaysia Sabah... walaupun belum lama mengenali beliau, tetapi ukhuwah yang terjalin begitu akrab sekali. Inilah antara nikmat nikmat yang dapat dikecapi dalam hidup berjemaah, yang tidak dapat dijumpai dalam persatuan persatuan biasa yang lain. Moga dengan selamatnya diijab qabulkan anda akan lebih istiqamah dan lebih gigih dalam meneruskan perjuangan ini.. selamat pengantin baru... moga selamat semuanya....



Saturday, June 05, 2010

Andainya Wanita Mengetahui....

Lelaki bukanlah sempurna 100% , walaubagaimanapun rupa parasnya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!! mereka juga normal dan mempunyai kelemahan. Alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya wanita juga mengetahui..... apa yang perlu wanita ketahui.... ini diaaa.......

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang sangat sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukuplah dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan dan dikongsi bersama. 

3. Dalam kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh wanita. 

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5.Lelaki berusaha menonjolkan sifat kelelakiannya untuk menambat hati wanita.



Thursday, June 03, 2010

Falsafah Rezeki Kucing

Makanan kesukaan kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. Justeru…untuk dapat makan ikan, apa kucing buat??

Kucing akan menggesel-geselkan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam.

Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanja-manja’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.

Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya.

Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya???

Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini.. hehehhehehhe


Tuesday, June 01, 2010

Zionis Laknatullah

Salam semua...

Saya mengutuk sekeras - kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang telah menceroboh dan menyerang kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Flotilla Gaza iaitu Mavi Marmara semalam di perairan antarabangsa diluar Palestin. Setakat ini, 19 diberitakan terbunuh.

Perbuatan ini adalah jenayah kemanusiaan yang jelas dan mesti dikutuk oleh semua bangsa dan negara. Saya berpendapat sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras dan tegas terhadap rejim zionis ini. Mereka bertindak sesuka hati dan langsung tidak menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa

Saya bersetuju dengan kata-kata Sheikh Mahmud Ahmadinejad (Presiden Iran) bahawa rejim Israel ini sepatutnya dihapuskan daripada mukabumi ini! Saya menyeru agar negara-negara dibawah Pertubuhan Negara Islam (OIC) terutamanya Malaysia segera mengambil tindakan sewajarnya atas insiden yang baru berlaku ini. 




Related Posts with Thumbnails