Topik perbincangan Radio IKIM pagi ini agak menarik juga. Bagaimana nak promosikan pakaian Islam atau menutup aurat. Ramai juga pemanggil yang memberikan pandangan.
Kebanyakkannya mengatakan bahawa pemimpin kena tunjukkan contoh bagi mengalakkan rakyat memakai tudung. Pandangan itu terus dihalakan kepada pemimpin negara termasuklah isteri-isteri mereka yang berjambul ala ‘woodywood pecker’ tu
Seingat saya, dari Perdana Menteri yang pertama hingga ke hari ini tiada satu pun isteri mereka yang pakai tudung dengan betul. Berselendang sahaja.
Kebanyakkannya mengatakan bahawa pemimpin kena tunjukkan contoh bagi mengalakkan rakyat memakai tudung. Pandangan itu terus dihalakan kepada pemimpin negara termasuklah isteri-isteri mereka yang berjambul ala ‘woodywood pecker’ tu
Seingat saya, dari Perdana Menteri yang pertama hingga ke hari ini tiada satu pun isteri mereka yang pakai tudung dengan betul. Berselendang sahaja.
sekadar gambar hiasan...
Kelibat DYMM SPB Raja Permaisuri Agong kita sekarang, Tuanku Raja Permaisuri Nur Zahirah pastinya menimbulkan rasa malu kepada isteri-isteri pembesar negara lainnya. Disaat mereka sibuk berdandan disaloon untuk memerahkan rambut mereka, Tuanku pula tampil dengan imej bertudungnya yang akhirnya menyejukan sedikit pandangan mata rakyat.
Dalam hal bertudung ini juga, ia sudah dianggap sebagai fesyen bukan lagi sebagai satu perkara yang ada hubung kait dengan agama. Hanya sekadar fesyen. Tudung wardina, tudung turki, tudung waheeda, tudung permaisuri, tudung mawi pun ada….macam-macam hal.
Penyampai radio IKIM, Ust Zamri pula ada menyebut bahawa kini kita perlu juga klasifikasikan jenis-jenis pemakaian tudung ini kerana sudah ada yang halal dan ada yang haram.
Yang halal adalah tudung yang dilabuhkan hingga menutup dada dan pakaian pula mestilah tidak menampaknya bentuk badan. Yang haram pula adalah tudung yang hanya menutup kepala tetapi menunjukan leher atau bentuknya disamping turut menunjukan bentuk payudara pemakainya.
Ada juga yang pakai tudung tapi bajunya tidak dibutang hingga ke leher hingga menunjukan lurah payudara. Ada juga yang bajunya menunjukkan pusat atau kainnya terbelah menunjukan betis dan peha dibelakang atau ditepi walaupun mereka itu kelihatan bertudung.
Paling ramai adalah mereka yang bertudung dan berpakaian ala ‘nangka bungkus’. Tudung dan pakaiannya begitu sendat hingga menunjukan bentuk badan yang berlekuk kalau ramping dan berbonjol kalau yang kembung perut.
Dalam era fesyen terkini ada juga yang tudungnya berlilit kat atas kepala sampai nampak macam pakai serban atau pakai kon tepi jalan tu. Wanita ini adalah anugerah Allah yang mana jika kita amati ayat dibawah ini pasti ada sesuatu jawapan kenapa Allah wajibkan wanita bertudung.
Ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.
Jelas disitu Allah terlebih dahulu melarang kaum lelaki supaya mengharamkan diri mereka dari memandang yang haram sedaya mungkin dan menjaga kemaluan mereka. Bila sebut kemaluan bermakna ia turut dikaitkan dengan hawa nafsu seks yang boleh diransang melalui pandangan kepada objek yang menghairahkan terutamanya tubuh wanita
Allah meminta kaum lelaki menjaga pandangan itu dan disitu jelas bahawa pastinya ada godaan terhadap peringatan Allah itu. Dalam ayat yang kedua pun sama kaum wanita pula diminta untuk melakukan perkara yang sama cuma ia diperdalamkan dengan meminta para wanita tidak menunjukan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir.
Disitu maksud perhiasan tubuh itu terus kepada tubuh badan dimana setiap inci tubuh wanita itu merupakan perhiasan yang harus dijaga, bukan sekadar payudara mahupun kemaluannya. Lehernya, pusatnya, pehanya, punggung, betisnya, rambutnya dan segala-galanya adalah perhiasan yang paling mahal di dunia ini hingga menyebabkan ramai lelaki boleh terpersona akannya.
Itulah keindahan perhiasan yang terbaik didunia yang diminta untuk dilindungi. Sebab itu Allah terus sebut secara jelas tentang adab pemakaiaan tudung yang bukan sekadar sangkut dikepala tapi hendaklah menutup leher baju dan dada mereka kecuali ketika bersama suami.
Tubuh wanita itu sangat mahal nilainya sebab itulah ianya perlu dijaga. Seperti juga emas yang kita simpan dalam bank, pastinya simpanan itu dijaga dengan kawalan yang ketat. Nak pergi ambil pun kena lalui pemeriksaan sekuriti, kemudian kena tunjuk dokumen, kemudian kita lalui pintu bilik kebal yang berteknologi tinggi. Bila dapat kotak simpanan tu kita akan lihat emas itu dibalut sepenuhnya dengan bekas khas agar tidak kotor atau calar. Begitulah tingginya tahap penjagaan emas itu.
Jika kita layan emas sedemikian rupa, wanita lagilah perlu dijaga lebih baik dari itu agar mereka bersih dari noda dan tidak tercalar maruahnya. Nafsu ada dimana-mana, jadi kita perlu menahan apa sahaja yang boleh memberikannya ruang untuk bermaharajalela. Kita usaha sama-sama untuk baiki diri. Lelaki kawal nafsunya, wanita kawal pemakaiannya maka kes jenayah rogol dapat dikurangkan.
Cadangan Promosi Pemakaian Islamm, betulkan otak pereka fesyen dulu
Bagi saya, bila perlu ada cadangan pemakaian Islam ini, jelas bahawa kita kini sudah jauh dari Allah kerana perlu lagi dipromosikan cara pemakaian Islam itu, walhal cara pemakaian dan juga adabnya sudah dijelaskan terlebih dahulu dalam Al-Quran.
Saya juga tertarik dengan pandangan seorang pemanggil yang menegur penganjur acara fesyen Islam dan juga pereka fesyen itu sendiri kerana mereka dilihat lebih mengutamakan soal gaya dan keindahan pakaian itu tanpa memahami konsep sebenar pemakaian Islam. Ada yang buat fesyen tudung lilit kepala. Ada pula yang buat fesyen tudung beropol, berjambul dengan pakaiannya yang sendat, ketat dan terbelah sana-sini kemudian dipanggil sebagai fesyen pakaian Islam.
Kebanyakkan pereka fesyen itu bukan Islam, kalau ada yang islam pun mereka bukanlah mengkaji ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan adab menutup aurat ini. Dalam kepala mereka, bila pakai tudung itu dah kira pakaian Islam. Cukup pakai tudung, kalau baju lengan pendek tak apa, kalau blausnya nipis pun ok, kalau bajunya ketat pun tak apa….itulah pemikiran mereka.
Pemikiran sedemikian perlu diperbetulkan dan setiap pereka fesyen itu perlu merujukan Al-Quran dan Hadis sebelum membuat rekaan.
Pemimpin kena tunjuk contoh
Selain itu, para pemimpin di negara Islam Hadhari ini kena tunjuk contoh cara pemakaian Islam yang betul. Semua isteri Menteri termasuk Rosmah perlu pakai tudung dengan betul. Begitu juga Shahrizat and the gang. Tutup jambul tu elok-elok.
Memandangkan pemakaian tudung dan tutup aurat ini adalah perintah Allah yang muktamad. Allah jualah pemimpin dan pemilik Kerajaan yang paling agung maka Kerajaan kecil di Malaysia yang bangga menyebut negara ini sebagai Negara Islam Hadhari perlulah mengikuti apa yang diperintahkan oleh Ketua Kerajaan yang Agung itu
Maka Kerajaan Malaysia perlulah mengeluarkan satu arahan dan peraturan wajib kepada semua kakitangan Kerajaan dan rakyat yang beragama Islam untuk memakai pakaian menutup aurat.
Bila perkara ini menjadi pakaian wajib maka tidak perlu lagi promosi, yang ada adalah perlaksanaan. Kalau ada promosi pun, mungkin dari aspek fesyen tapi biarlah fesyen itu ikut acuan Islam bukannya ikut kepala otak pereka fesyen itu semata.
Bila Kerajaan kuatkuasakan arahan tersebut saya yakin, kadar jenayah rogol dan cabul akan berkurangan. Tak percaya? pi buat dulu. Jangan komen atau bantah sebelum buat.
InsyaAllah, kita usaha yang terbaik, ikut perintah Allah.
Walaubagaimana pun, Tudung dan tutup aurat hanyalah sebahagian faktor penyelamat yang dianjurkan oleh Islam untuk elakkan kes rogol dan cabul. Faktor lain adalah perangai dan cara pergaulan atau bagaimana anda menjaga diri anda begitu juga kaum lelaki. Bagaimana anda jaga diri dan nafsu, itu juga faktor yang perlu diambil kira.
Pemerintah dan rakyat perlu kerjasama untuk tegakkan hukum Allah. Jika ada sebahagian yang engkar maka, masalah tidak akan selesai sampai bila-bila
1 komen:
mcm kenal jer model kat atas tu..hehehe
Post a Comment