Selsema Babi merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang sering ditemui dalam kawanan babi. Ia disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berjangkit di kalangan spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan pada manusia sejak 1988. pada ketika ini, penyakit ini telah merebak kepadalebih 12 000 kes dan melibatkan lebih 90 kematian.
Dulu kita agak terkejut dengan penyakit JE (Japanese Encephalitis) yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh babi yang dipindahkan kepada manusia melalui vektor nyamuk. Kemudian berlaku pula selsema burung yang sebenarnya tidak berjangkit kepada manusia, namun virus ini telah mengganda diri dan telah menjangkiti babi, dan kemudian manusia. Kini, tiba giliran H1N1 pula.
Sekiranya kita mengkaji realiti ini secara teliti dan mendalam kita tidak dapat menafikan bahawa penglibatan haiwan yang kita kenali sebagai babi in memainkan peranan yang cukup besar dalam menyebarkan penyakit-penyakit tersebut.
Sejak dahulu lagi pengharaman babi di dalam Islam dilihat dengan begitu serius. Contoh terbaik adalah apa yang dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab. Abu Umamah meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar Al-Khattab ra pernah berkata, “Berlatihlah ketangkasan berkuda, berhati-hatilah dan jangan kamu berakhlak seperti orang-orang ‘ajam (orang bukan Isam), jangan mendekati khinzir atau menegakkan salib di antara orang-orang Muslim”.
Laits bin Abi Sulaim meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar ra pernah menulis surat kepada penguasa daerah dan memerintahkan mereka supaya membunuh khinzir dan membayar ganti rugi dengan mengurangkan pembayaran jizyah (bayaran yang wajib dibayar oleh kafir zimmi kepada Daulah Islam).
Semuanya itu menunjukkan bahawa kaum Muslimin mahupun kafir zimmi dilarang memelihara atau pun melakukan perdagangan babi baik di dalam negeri mahupun dengan pihak luar negara. Diriwayatkan juga bahawa Khalifah Umar Al-Khattab mengecam Samurah bin Jundub yang mahu menerima pembayaran kharaj dan jizyah dari kafir zimmi yang berupa hasil penjualan arak dan khinzir. Ketika itu Khalifah Umar berkata dengan tegas, “Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutuk Samurah iaitu pegawai kami di Iraq kerana dia mencampurkan harga arak dan khinzir ke dalam belanjawan hak kaum Muslimin itu.Arak dan khinzir adalah haram dan hasilnya juga adalah haram!”. Lebih jauh dari itu Khalifah Umar berkata, “Tidak halal berjual beli sesuatu yang tidak dihalalkan memakan dan meminumnya” .
Oleh kerana itulah, kita dapati bahawa Khalifah Umar ra menetapkan syarat bagi kafir zimmi agar tidak membiarkan khinzir milik mereka berkeliaran di jalan-jalan tempat lalu lintas kaum Muslimin. Kemudian beliau mengambil tindakan yang lebih keras lagi iaitu memerintahkan pembunuhan khinzir yang ada pada kafir zimmi dan membayar penggantian harganya dengan dipotong dari jizyah yang wajib mereka bayar kepada Daulah.
Semua yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khatab ra memperkuatkan lagi mafhum ayat tentang keharaman segala jenis aktiviti yang terkait dengan khinzir, termasuk penternakan.
Dalam suratnya yang dikirimkan kepada pemerintah-pemerintah daerah, beliau mengatakan antara lainnya “Jangan ada seekor khinzir yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang Nasrani di antara kamu yang menegakkan salib-salibnya dan jangan menghadiri jamuan makan yang di dalamnya ada orang yang minum arak. Berlatihlah menunggang kuda dan belajarlah memanah”.
pa yang diperintah oleh Khalifah Umar itu tidak dibantah oleh seorang sahabat pun. Mereka sepakat bersetuju dengan tindakan Umar yang melarang penternakan khinzir dan tidak membolehkan seorang Muslim ataupun kafir zimmi memelihara khinzir di dalam Daulah Islam.
Hari ini, peranan babi dalam menyebarkan pelbagai penyakit sudah tidak dapat dinafikan lagi. Bagi para pemimpin, tugas mereka adalah untuk menjaga maslahat rakyat. Alangkah baiknya ladang-ladang babi yang ada ditutup, orang kafir yang makan babi dinasihatkan agar menukar diet mereka dan keperluan daging babi hanya diimpot dari luar. Inilah tindakan yang amat wajar. Ingatlah babi baru kena selsema, manusia sudah mati bergelimpangan.Belum lagi kalau babi kena penyakit yang lebih kronik. mungkin manusia akan pupus suatu hari nanti kerana kisah babi ini.

0 komen:
Post a Comment