~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Saturday, May 23, 2009

Penuhi Masa Muda Untuk Kebahagiaan Masa Tua

"Jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan menimbulkan kenangan pahit di masa Tua,"

ALLAH SWT menganugerahkan peluang secara percuma untuk hamba-Nya. Kita diminta untuk merebut peluang-peluang tersebut secara memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai dari merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian kerana disebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Pesan Rasulullah SAW

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum datangnya hari tua, masa sihatmu sebelum engkau dilanda sakit, masa kayamu sebelum engkau jatuh miskin, masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidupmu sebelum datangnya saat kematian."

Peringatan ini diberikan oleh Rasulullah SAW dengan suatu tawaran berfaedah, agar tidak mensia siakan peluang yang diperolehi secara percuma. Ibarat mendapat harta Ghonimah, keuntungan tanpa perlu modal, sednagkan orang berniaga pun memerlukan modal.

Justeru, kesempatan yang datang secara pecuma ini, dianjurkan oleh RAsulullah agar tidak dibiarkan berlalu sia-sia begitu sahaja. ini kerana sekiranya seseorang itu diberi kesempatan oleh Allah SWT hidup dengan umur yang panjang, pasti ia akan menempuh masa muda. Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta.

Masa muda jangan dibiar berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fisikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal, dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang cukup untuk mencapai berbagai bagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan, kerana usia akan sentiasa meningkat, menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, dan waktu remaja hanya tinggal kenangan. jika masa muda tidak digunakan selayaknya pastilah akan meninggalkan kenangan pahit pada masa tua kelak.

Masa tua segala galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan sudah menurun,meskipun disajikan makanan yang sangat lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit sudah lemah dan keterbatasan sudah melingkungi dirinya.

Dalam situasi demikian mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga. Oleh itu mensia-siakan masa muda yang sangat bererti bagaikan menempah derita untuk menanggung penyesalan. menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Masa muda yang diberi percuma oleh Allah SWTitu akan ditanya semula pada hari perhimpunan kelak kerana usia muda itu bukan sahaja suatu anugerah tetapi juga merupakan suatu amanah. Pasti akan ditanya oleh Penganugerah-Nya. gerangan apakah usia muda itu dipergunakan?? Sama ada untuk melakukan ketaatan atau sebaliknya.

segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagi seorang mukmin, sama ada di bidang ilmu atau amal, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh dengan kesyukuran. Jika tidak Allah SWT telah mengingatkan hambaNya dengan firmanNya :

"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah rendahnya. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus putusnya." Surah At Tiin (95:4,5,6)

0 komen:

Related Posts with Thumbnails