Dengan alasan untuk membantu ekonomi Mesir, Syeikh Al Azhar, Dr. Ahmad At Thayyib mengembalikan seluruh gaji yang beliau terima sejak dilantik menjawat jawatan sebagai Syeikh Al Azhar iaitu sejak bulan Mac 2010.
Dr. Samir Ridzwan, Menteri Kewangan telah menerima surat rasmi dari Syeikh Al Azhar, Dr. Ahmad Thayyib yang menegaskan bahwa Al Azhar dan ulamanya menyokong pembaharuan perekonomian Mesir.
Penasihat hukum Al Azhar, Sayyid Sulthan menyatakan kepada Menteri Perekonomian bahawa cek bernilai 37,647 pound Mesir yang diserahkan merupakan jumlah gaji yang telah diterima Syeikh Al Azhar sejak 12 bulan lalu, tepatnya sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut.
Syeikh Al Azhar juga meminta kepada Menteri Kewangan untuk tidak memberikan gaji lagi, dimana beliau ingin berkhidmat penuh kepada Al Azhar As Syarif dalam dakwah tanpa memperoleh gaji apapun.
Sayyid Sulthan juga menegaskan bahwa Dr. Ahmad At Thayyib, sentiasa menolak apa jua bentuk honorarium yang diberikan atas kerja kerja dakwahnya baik melalui televisyen mahupun tugasan lagi di universiti Al Azhar.. ( sumber dari sini )
Nota: Bila agaknya para cendekiawan, ulama dan ilmuwan apatah lagi para pemimpin politik tanah air akan mengikuti jejak langkah beliau ini...??
2 komen:
insyaAlah tanamkan niat untuk buat begini juga satu hari nanti
InsyaAllah, moga allah kurniakan kekuatan...
Post a Comment