~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Monday, April 18, 2011

Guru dan BMI : Apa Kaitannya???

Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat, hati sedikit tercuit dengan telatah DJ radio IKIM FM.  Seperti biasa, sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang ke Seri Iskandar, IKIM FMlah yang jadi teman setia saya. Cuma yang sedikit memeranjatkan saya pagi ini adalah isu BMI pelajar. Nampaknya sedikit masa lagi tugas hakiki para guru akan bertambah lagi iaitu sebagai pencatat dan pemantau BMI pelajar. kenyataan menteri kesihatan ada di sini 
Saya memandang serius kepada tugas guru yang kini sangat memberi tekanan kepada mereka. Sangat membebankan katanya. Segala kerja terpaksa mereka lakukan seperti tugas pentadbiran, pengawasan disamping tugas hakikinya sebagai pengajar. 

Saya terfikir, adakah wajar tugas ini dilonggokkan di bahu guru ??  yang bagi saya ada tugas lain yang lebih utama dan pokok iaitu bukan hanya mengajar tapi lebih kepada memberikan didikan.. memupuk dan menyemai serta meningkatkan tahap pemikiran para pelajar serta prestasi pelajaran mereka. Adakah ini juga sebagai satu tugasan tambahan secara terancang agak para guru tidak disibukkan dengan kerja kerja lain?? agak mudah untuk mengawal gerak geri para guru disekolah.. wajar meningkatkan tahap mental para pelajar yang amat berhubung kait dengan prestasi mereka.

Secara jujur saya akui, usaha untuk mengawal budaya pemakanan mahupun pemantauan berat badan ini sangat baik tetapi pada pandangan saya guru tidak sepatutnya dibebankan lagi dengan kerja kerja teknikal ini. 
Apakah BMI itu??
Indeks Jisim Badan merupakan formula untuk menilai berat badan serta perkaitannya dengan ketinggian seseorang itu. Ia merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat di dalam badan kebanyakan individu.

Ia merupakan pengukuran mudah yang berhubung rapat dengan jenis-jenis anggaran kegemukan yang lain.

Gunakan Indeks Jisim Badan untuk menganggarkan jumlah lemak badan anda. Skor Indeks Jisim Badan membawa maksud seperti di bawah:

Kurang dari 18.5 : Kekurangan berat badan

18.5-24.9 : Normal

25.0-29.9 : Berlebihan berat badan

30.0 ke atas : Gemuk atau Obes
 BMI diperoleh dengan formula berikut 



BMI = Berat (kg) /  [tinggi (m) x tinggi (m)]

3 komen:

Anonymous said...

memang takde kaitan antara guru dengan mencatat BMI. menambahkan kerja2 pengurusan guru yang sudah sedia banyak. eloklah pegawai2 kesihatan daerah yang turun ke sekolah2 untuk mengukur BMI dan mencatatkannya dalam buku rekod.

Tetapi, perkaitan antara guru dengan BMI ialah pemupukan kesedaran dan pengetahuan bahawa pentingnya menjaga kesihatan.

smtabi'in said...

@Hisyam... saya setuju sekiranya tugas ini diserahkan kepada jabatan kesihatan yang berada di daerah daerah.. untuk turun ke sekolah membantu para guru memberikan "kelas tambahan" untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan berkenaan kesihatan di peringkat awal lagi. mengukur BMI mencatatnya dan memantau perkembangan kesihatan pelajar.kalau tak mampu buat secara kerap, sekurang kurangnya tiga bulan sekali rasanya sudah memadai.

Anonymous said...

Nо matter if some one seaгсhes for hіs
necеѕѕary thing, so hе/ѕhe desires to be avаilablе that in detail, thus that thing is maіntаіned oνeг hеге.
Feel free to surf my website : Build Your Own PC

Related Posts with Thumbnails