~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Thursday, April 28, 2011

Barcelona vs Manchester United Lagi???


Bintang Barcelona Lionel Messi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama separuh akhir semalam (awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk meletakkan pasukan itu dalam kedudukan selesa melangkah ke pusingan akhir hujung bulan depan.

Perlawanan separuh akhir kedua itu menyaksikan Barcelona mengatasi Real Madrid 2-0.

Kedua-dua gol itu dijaringkan selepas Real Madrid kehilangan Pepe pada minit ke-61 manakala bos mereka Jose Mourinho pula “dihukum” berada di “stands” ekoran protesnya.


Semalam, Manchester United (MU) menamatkan pusingan pertama perlawanan separuh akhir juga dengan selesa untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara setelah mengatasi Schalke 04 dengan jaringan 2-0.

Keempat-empat pasukan itu akan menghadapi pusingan kedua separuh akhir minggu depan.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 28 Mei di stadium Wembley. Perlawanan akhir ini akan mengulangi perlawanan akhir tahun 2009 yang menemukan Barcelona vs Manchester United sekiranya kedua dua pasukan berjaya melepasi halangan separuh akhir masing masing.

Wednesday, April 20, 2011

Pesta Buku Datang Lagi...

Bahang Pesta Buku Antarabangsa KL atau yang lebih dikenali dengan sebutan KLIBF semakin dirasai. Diselenggarakan oleh Jabatan Pendidikan, Malaysia melalui Majlis Buku Nasional (MBKM), bersama-sama dengan Industri Buku Malaysia Dewan yang terdiri dari para pemain utama dari industri buku tempatan, KLIBF pasti dari peristiwa besar dalam kalendar penerbitan global.

Lebih dari 1 juta pengunjung menghadiri KLIBF setiap tahun. Ini adalah tempat yang tepat bagi pecinta buku untuk mendapatkan buku-buku terbaru dan promosi daripada penerbit di seluruh wilayah. Luncurkan Buku, seminar, konvensyen, dan banyak aktiviti lain di tempat untuk memenuhi semua lapisan masyarakat membaca. 

PWTC sangat identik dengan Kuala Lumpur International Book Fair, setelah menjadi tempat rasmi selama bertahun-tahun dan untuk tahun 2011, Tun Razak Hall 2 (seberang sungai) akan digunakan sebagai perluasan ruang pameran biasa kerana permintaan yang luar biasa untuk  KLIBF11 ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun atur untuk menjamu para pengunjung. Rujuk di sini untuk susun atur acara yang telah disediakan. Saya yakin sepertimana KLIBF sebelum ini pengunjung pasti akan puas dengan suasana, persekitaran dan kemudahan yang disediakan. 

Dengan Tema : "Buku : Dunia tanpa Sempadan" sememangnya sangat bersesuaian dengan matlamat KLIBF. KLIBF kali ini sudah pasti akan mendatangkan pelbagai bentuk penerbitan dalam pelbagai bidang dari dalam dan luar negara. Inilah masa dan ketikanya bagi para menggemar buku, pencinta buku mahupun masyarakat awam untuk mendapatkan koleksi terkini buku buku pilihan hati. Hanya sediakan diri, kaki serta money sahaja. InsyaAllah apa buku yang anda cari boleh dijumpai di sana...
 
Jangan lupa sama-sama kita memeriahkan Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2011 ini dan jumpa di sanaaaaaaaaaaaaa.

Monday, April 18, 2011

Guru dan BMI : Apa Kaitannya???

Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat, hati sedikit tercuit dengan telatah DJ radio IKIM FM.  Seperti biasa, sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang ke Seri Iskandar, IKIM FMlah yang jadi teman setia saya. Cuma yang sedikit memeranjatkan saya pagi ini adalah isu BMI pelajar. Nampaknya sedikit masa lagi tugas hakiki para guru akan bertambah lagi iaitu sebagai pencatat dan pemantau BMI pelajar. kenyataan menteri kesihatan ada di sini 
Saya memandang serius kepada tugas guru yang kini sangat memberi tekanan kepada mereka. Sangat membebankan katanya. Segala kerja terpaksa mereka lakukan seperti tugas pentadbiran, pengawasan disamping tugas hakikinya sebagai pengajar. 

Saya terfikir, adakah wajar tugas ini dilonggokkan di bahu guru ??  yang bagi saya ada tugas lain yang lebih utama dan pokok iaitu bukan hanya mengajar tapi lebih kepada memberikan didikan.. memupuk dan menyemai serta meningkatkan tahap pemikiran para pelajar serta prestasi pelajaran mereka. Adakah ini juga sebagai satu tugasan tambahan secara terancang agak para guru tidak disibukkan dengan kerja kerja lain?? agak mudah untuk mengawal gerak geri para guru disekolah.. wajar meningkatkan tahap mental para pelajar yang amat berhubung kait dengan prestasi mereka.

Secara jujur saya akui, usaha untuk mengawal budaya pemakanan mahupun pemantauan berat badan ini sangat baik tetapi pada pandangan saya guru tidak sepatutnya dibebankan lagi dengan kerja kerja teknikal ini. 

Thursday, April 14, 2011

Perlu Dicontohi Bukannya Dipertikaikan Keikhlasannya


Dengan alasan untuk membantu ekonomi Mesir, Syeikh Al Azhar, Dr. Ahmad At Thayyib mengembalikan seluruh gaji yang beliau terima sejak dilantik menjawat  jawatan sebagai Syeikh Al Azhar iaitu sejak bulan Mac 2010.

Dr. Samir Ridzwan, Menteri Kewangan telah menerima surat rasmi dari Syeikh Al Azhar, Dr. Ahmad Thayyib yang menegaskan bahwa Al Azhar dan ulamanya menyokong pembaharuan perekonomian Mesir.

Penasihat hukum Al Azhar, Sayyid Sulthan menyatakan kepada Menteri Perekonomian bahawa cek bernilai 37,647 pound Mesir yang diserahkan merupakan jumlah gaji yang telah diterima Syeikh Al Azhar sejak 12 bulan lalu, tepatnya sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut.

Syeikh Al Azhar juga meminta kepada Menteri Kewangan untuk tidak memberikan gaji lagi, dimana beliau ingin berkhidmat penuh kepada Al Azhar As Syarif dalam dakwah tanpa memperoleh gaji apapun.

Sayyid Sulthan juga menegaskan bahwa Dr. Ahmad At Thayyib, sentiasa menolak apa jua bentuk honorarium yang diberikan atas kerja kerja dakwahnya baik melalui televisyen mahupun tugasan lagi di universiti Al Azhar.. ( sumber dari sini )


Nota: Bila agaknya para cendekiawan, ulama dan ilmuwan apatah lagi para pemimpin politik tanah air akan mengikuti jejak langkah beliau ini...??

Monday, April 11, 2011

Perpisahan Jua Akhirnya

keranda diusung..
esak tangis sayu pilu jadi iringan..
tinggal kasih tinggal harta tinggal segala..
seorang diri dengan selimut menghadap tuhan..

suara talkin gemanya menyusup di nisan kaku..
tanya malaikat meresap di jasad beku..
siapa Tuhanmu siapa Nabimu siapa taulanmu..
jalan ke syurga jalan ke neraka akan ditentu..

hati suci denyutan takwa Allahhu Rabbi..
taman berbunga cumbuan kasih semerbak wangi..
hati berkarat denyutan iblis Tuhannya nafsu..
hendak mengadu salah siapa salah sendiri..

putus hubungan suara jeritan tiada di dengar..
hanya menunggu anak yang soleh mengirim pesan..
sedekah dan amal kebajikan..
bagai tembok mendiding bahang seksa menerjang..

detik jantung jangkauan tangan terpahat kuat..
perjalanan kafilah walau setapak ada tersurat..
dalam keranda bukan hanya mayat terbujur..
di sisinya aksara malaikat tak pernah kabur..

yang bongkak yang takbur akan tersungkur..
yang takwa senyumannya manis lega bersyukur..

Malam tadi (10/4/2011, pukul 9.45 PM ) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, kakak sulung ayah (Sufinah Bt Yusuf), moga segala amal ibadahnya dapat menjadi pendampingnya di akhirat sana dan dipermudahkan segala urusannya di akhirat sana.... dengan ini kesemua adik beradik ayah seramai 4 orang telah selamat menjalani kehidupan di dunia ini...  Al-fatihah...

Thursday, April 07, 2011

Teristimewa Hanya Untukmu...


Hari ini hari yang teristimewa untuk mu....
Hari ini hari yang sangat di tunggu tunggu...
Hari ini hari yang sangat bermakna dalam hidupmu..
Meningkat satu anak tangga umur mu...

Izinkan Abg menyanyikan sebuah lagu...
Khas untukmu Adindaku....

Allah Selamatkan Kamu…~♪
Allah Selamatkan Kamu…~♫
Allah Selamatkan Adinda tersayang…~♪
Allah Selamatkan Kamu…~♫

Selamat hari lahir ku ucap untukmu sayangku…
Semoga Allah meredhaimu… Semoga Allah merahmatimu… Semoga Allah menyayangimu… Berbahagialah selalu…

Ku hadiah sekalung doa… Buatmu insan yang ku cinta… Dipanjangkan umur, tetapkan iman.. Murah rezeki sejahtera hendaknya… dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat....
Amin… yaa rabbal alamiin…

Related Posts with Thumbnails