Dalam perkara ini saya lebih suka bersikap terbuka. Pada pendapat saya tindakan EPU adalah wajar. Iaitu untuk mendapatkan maklumat daripada kedua dua belah pihak yang terlibat dalam hal ini adalah IJN dan Sime Darby. Ini untuk memastikan EPU mendapat first hand maklumat yang betul dan bersikap adil. Dengan adanya maklumat tersebut maka pihak kerajaan boleh membuat keputusan yang betul sama ada menerima atau menolak cadangan tersebut.
Walau apa sekalipun alasannya, saya berpandangan bahawa pihak kerajaan harus menolak cadangan itu. Kerajaan harus tegas dalam mengambil keputusan dan tidak berusaha untuk bermain tarik tali. Masyarakat akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini “madah berhelah” kerajaan menentukan masa depan IJN. Pihak kerajaan harus akur dengan suara rakyat, kehendak masyarakat. Penentangan terhadap cadangan pengambilalihan, penswastaan atau apa juga nama lain yang diguna pakai, adalah sangat kuat dan mewakili pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Tak kira masyarakat kelas atasan bahu pun masyarakat kelas bawahan. Bahkan mantan perdana menteri sendiri mengetuai penentangan ini secara terbuka sepertimana beliau luahkan dalam blognya.
Sime Darby merupakan entity korporat yang bermotifkan keuntungan. Sekiranya Sime Darby mempunyai kata pemutus dalam membuat keputusan, maka sudah pasti perkhidmatan kesihatan kritikal seperti IJN ini akan menjadi sebuah institusi yang eksklusif yang hanya mementingkan golongan yang mampu menampung kadar yang telah ditetapkan sahaja…. Bagaimana pula dengan golongan sederhana dan kebawah???? Apa alternatif yang pihak kerajaan sediakan??? Saya sendiri tidak mempunyai keyakinan sekiranya Sime Darby mengambilalih pentadbiran IJN Sime Darby akan mengekalkan IJN dalam bentuk yang sedia ada sekarang.
Mari kita teliti perkara perkara di bawah ini….
1. The forced merger of Sime Darby (SD), Golden Hope and Guthrie had turned out to be a bad call