~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, July 06, 2012

Jus delima menghindari kanser payu dara, kanser prostat dan baik untuk mata

Delima hindar kanser payu dara

JUS buah delima mungkin menjadi penting pada masa akan datang kerana ia sebenarnya boleh digunakan dalam rawatan barah payu dara responsif estrogen. Kajian makmal perubatan banyak menunjukkan hasil positif apabila menggunakan buah yang kaya dengan antioksida itu.

Lebih daripada 75 peratus kes barah payu dara dirawat dengan estrogen dan terdapat 400,000 wanita di seluruh dunia meninggal dunia akibat barah ini.
Kajian yang dibuat di Universiti Ohio State menumpukan manfaat jus delima untuk menentang kanser payu dara.

Mereka mendapati jus delima mengandungi kandungan kimia yang dinamakan asid ellagik, yang mampu melambat malah mengekang pertumbuhan sel barah dalam tisu payu dara.
Selain tinggi nilai antioksida, delima juga bagus untuk jantung. Satu lagi kajian di Pusat Penyelidikan Pencegahan Barah di Amerika Syarikat sedang meneliti kesan kandungan delima terhadap barah payu dara dan aromatase, iaitu enzim yang memainkan peranan penting dalam penghasilan estrogen dan juga menggalakkan pertumbuhan barah payu dara.


Buah delima dapat menguabati kanser prostat


Para peneliti di Amerika menyebutkan bahawa mengambil segelas sari buah delima pada setiap hari dapat mengurangi penyebab kanser prostate yang menimpa sebahagian orang,sehingga dia tidak perlu minum ubat yang lain.

Para peneliti di California,Los Angeles mengadakan penilitian besar-besaran selama tiga tahun terhadap 50 orang yang diwajibkan operasi atau yang ubati dengan sinar untuk mengubati kanser prostatnya.Dalam penelitian itu dinyatakan bahawa mereka semua terkena prostate,iaitu penyakit yang berbahaya.

Doktor Alan Phanthoc,seorang spesialis penyakit prostat dan saluran kencing menyatakan bahawa orang yang menderita kanser prostate dan dia selalu meminum sari buah delima setiap hari,maka kanser prostat mereka sembuh secara berangsur angsur


Pada asasnya mereka yang menderita kanser prostate purata usia mereka 66-75 tahun dan mereka selalu diberi minuman sari buah delima,kerana sari buah delima dapat mengakhirkan kematian mereka yang disebabkan oleh kanser prosat.


Delima ubati sakit mata


SELAIN pokok bunga atau sayuran, pokok buah-buahan turut dijadikan perhiasan di halaman rumah. Tidak kira pokok itu bersaiz besar ataupun kecil, ia tidak penting kerana selain dapat mengeluarkan buah ia juga sesuai dijadikati tempat berteduh.

Namun begltu, ada sesetengeh pokok buah-buahan turut mempunyai khasiat untuk kesihatan diri dan dapat digunakan merawat penyakit tertentu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, pokok DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut.Pokok itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Punica granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.
“Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional,” kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa hari.

“Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” kata Tajuddin.

Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.

amakan sebagai Punica granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.

“Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional,” kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa, hari.

“Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” kata Tajuddin.

Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.


0 komen:

Related Posts with Thumbnails