BETAPA hebat menjadi wanita. Lemah Lembut, penuh kasih sayang, dilindungi, dihormati dan dihargai. Kehadirannya diperlukan oleh setiap manusia di semua peringkat usia. Sebagai anak dia menyenangkan. Sebagai saudara, dia menenteramkan. Sebagai isteri, dia menginspirasi. Sebagai ibu, dia pendidik ulung dan sebagai teman, dia dikenal sebagai penasihat yang ikhlas.
Di sebalik kekurangannya dari segi akal dan agama, dalam banyak situasi, wanita adalah watak utama di belakang tabir. Jika Baik pendidikan yang diterimanya, maka baiklah pula pengaruh yang dibawanya.
Boleh dikatakan, wanita adalah penentu jatuh atau bangun serta tegaknya seorang lelaki. Malah dalam banyak kisah dari seluruh dunia kehidupan, wanitalah yang berperanan penting dalam mendokong perjuangan lelaki, memberikan motivasi dan buah fikiran yang tak dapat diketepikan.
Hal yang sama berlaku kepada keluarga Muslim-mukmin yang cinta li ilah li kalimatillah, jihad fi sabilillah.

Dalam sebuah keluarga, posisi sebagai isteri adalah sangat penting, kerana dialah orang yang paling dekat dan paling memahami suaminya. Di sinilah letaknya makna syarikatul hayah (pasangan kehidupan), yang setia menjadi sayap suami dalam keadaan suaminya hadir dan sewaktu ketiadaannya. Bersungguh-sungguh berusaha membantu secara hakiki dan maknawi dalam mencapai cita-cita hidup mulia atau mati syahid.
Firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah, ayat 71;
“Dan orang-orang yang mukmin lelaki dan wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka mendirikan shalat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.”
Apakah syarikatul hayah (partner kehidupan?), apakah kriteria yang diperlukan? Secara ideal, seorang wanita Muslim haruslah memiliki modal:
1. Memiliki tingkat iman dan taqwa yang memadai
Paling tidak, mampu membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Cukup pula untuk dia memilih dan membeza yang halal, haram dan yang syubhat. Dengan demikian, dia menggenggam izzah-nya dengan kuat.