"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".
Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.
Kita mesti banyak bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kita peluang untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Ramadhan merupakan nikmat besar dari Tuhan untuk umat muslim. Ramai kawan-kawan kita telah pergi dahulu, lalu tidak dapat menikmati Ramadhan yang akan datang ini.
Sebelum tiba Ramadhan, elok sangat kita ingati segala dosa yang telah kita lakukan. Pohon sungguh-sungguh agar Tuhan ampuni segala dosa-dosa kita masa bulan Ramadhan ini. Cara terbaik untuk Tuhan ampuni kita ialah dengan lakukan puasa di bulan Ramadhan dengan cara terbaik. Tunaikan segala tuntutan Ramadhan itu dengan jitu. Jika Tuhan suka dengan amalan kita di bulan Ramadhan, dengan izinNya, segala dosa kita diampuni. Amat payah kalau hanya mengharap semata-mata kepada amalan kita untuk menghapus dosa kita.
Marilah kita semua belajar bersangka baik. Sebagai contoh, diri kita mungkin bersangka seseorang itu mahu menunjuk kebolehan beliau membaca AlQuran dengan baik. Jika kita sedar kita bersangka demikian, cepat-cepat kita tukar sangkaan itu kepada sangkaan baik seperti bilakah aku boleh membaca AlQuran seperti orang itu. Jika ini boleh dijadikan amalan, hati kita akan bersih. Hati yang bersih menjamin keselamatan diri.
.
Inilah masa dan ketikanya untuk kita tingkatkan kualiti amalan kita dan bukan setakat mengejar kuantiti amalan. Sebagai contoh, dalam pembacaan AlQuran, kita bukan hanya mengejar untuk khatam membaca AlQuran (kuantiti) tetapi tekankan kefahaman dan amalan tentang apa yang dibaca. (kualiti)
.
Inilah masa dan ketikanya untuk kita tingkatkan kualiti amalan kita dan bukan setakat mengejar kuantiti amalan. Sebagai contoh, dalam pembacaan AlQuran, kita bukan hanya mengejar untuk khatam membaca AlQuran (kuantiti) tetapi tekankan kefahaman dan amalan tentang apa yang dibaca. (kualiti)
0 komen:
Post a Comment