~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Wednesday, August 10, 2011

Tahniah Rektor Baru UIAM





Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baru berkuatkuasa hari ini.


UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 1 Jun lalu.

Zaleha yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM, menurut kenyataan itu.
“Zaleha juga pernah berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuat kuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos lalu menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.
“Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988,” katanya.

Menurut kenyataan itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.

Zaleha, anak kelahiran Raub, Pahang, banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 
Pada Mac 2009, beliau telah menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor daripada kerajaan negeri. 

Monday, August 08, 2011

Perisai Komuniti 2011 milik MU


Manchester United (MU) yang bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama menewaskan Manchester City 3-2 bagi menjulang Perisai Komuniti di Stadium Wembley di sini malam tadi.

Juara Liga Inggeris itu menjaringkan tiga gol berturut-turut pada separuh masa kedua.

Chris Smalling dan Nani menyamakan kedudukan MU pada awal separuh masa kedua dan Nani sekali lagi menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Gol Manchester City dijaringkan oleh Joleon Lescott dan Edin Dzeko.
Tahniah Manchester United, permulaan yang baik untuk kempen liga perdana 2011/2012.

Wednesday, August 03, 2011

Ramadhan : Penuh Makna

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.

Kita mesti banyak bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kita peluang untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Ramadhan merupakan nikmat besar dari Tuhan untuk umat muslim. Ramai kawan-kawan kita telah pergi dahulu, lalu tidak dapat menikmati Ramadhan yang akan datang ini.

Sebelum tiba Ramadhan, elok sangat kita ingati segala dosa yang telah kita lakukan. Pohon sungguh-sungguh agar Tuhan ampuni segala dosa-dosa kita masa bulan Ramadhan ini. Cara terbaik untuk Tuhan ampuni kita ialah dengan lakukan puasa di bulan Ramadhan dengan cara terbaik. Tunaikan segala tuntutan Ramadhan itu dengan jitu. Jika Tuhan suka dengan amalan kita di bulan Ramadhan, dengan izinNya, segala dosa kita diampuni. Amat payah kalau hanya mengharap semata-mata kepada amalan kita untuk menghapus dosa kita.

Marilah kita semua belajar bersangka baik. Sebagai contoh, diri kita mungkin bersangka seseorang itu mahu menunjuk kebolehan beliau membaca AlQuran dengan baik. Jika kita sedar kita bersangka demikian, cepat-cepat kita tukar sangkaan itu kepada sangkaan baik seperti bilakah aku boleh membaca AlQuran seperti orang itu. Jika ini boleh dijadikan amalan, hati kita akan bersih. Hati yang bersih menjamin keselamatan diri.
.
Inilah masa dan ketikanya untuk kita tingkatkan kualiti amalan kita dan bukan setakat mengejar kuantiti amalan. Sebagai contoh, dalam pembacaan AlQuran, kita bukan hanya mengejar untuk khatam membaca AlQuran (kuantiti) tetapi tekankan kefahaman dan amalan tentang apa yang dibaca. (kualiti)

Related Posts with Thumbnails