~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, December 18, 2009

Salam Maal hijrah 1431H

oleh : ahmad baei jaafar



Menjelang bulan Muharam, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sibuk membuat persiapan untuk menyambut “Maal Hijrah”. Beberapa stesen radio dan televisyen turut menyiarkan iklan atau promo mengenainya selain daripada rencana dan drama bagi membangkitkan semangat hijrah dalam kalangan umat Islam.

Pada malam satu Muharam pula setiap masjid negeri mengadakan ceramah atau forum mengenai hijrah dan pada esok harinya kerajaan sama ada pusat atau negeri pula mengadakan sambutan rasmi. Pada hari itu juga beberapa orang diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah.

Tetapi sebagai umat Islam, apa yang anda fikirkan untuk menerima dan menyambut kedatangan tahun baru, awal Muharam 1431H ini. Sudah bersediakan anda untuk berhijrah daripada sikap berlebih kurang tentang agama kepada yang lebih serius untuk melaksanakan Islam dalam diri, masyarakat, kampung dan negeri serta negara.

Apakah kita masih ada rasa takut untuk melakukan hukum Allah kerana takut apa kata orang, takut nanti orang bukan Islam kata apa-apa, dan takut nanti orang menentang dan memusuhi kita. Kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah, inilah golongan syirik yang ramai tidak tahu.

Sebenarnya untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini adalah hak kita. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh menghalang kita melaksanakannya. Tidak undang-undang yang boleh menyekat pengamalan Islam kita. Tetapi yang menyebabkan pengamalan Islam kita tidak sempurna pada masa kini adalah kerana kita sendiri.

Sudah tentu tiada siapa yang boleh menghalangnya melakukan solat di rumahnya. Kalau pun isteri atau ayah menghalang, kita boleh melawannya. Di tempat kerja, tiada majikan yang mah menghalang kita untuk solat. Kadang-kadang ada majikan yang menghalang tetapi adalah kerana sikap pekerjanya yang menyalahgunakan peluang bersolat, mereka tidur atau berborak. Ertinya bukan majikan yang menghalang.

Mungkin ada orang berhujjah, kerajaan menghalang kita melaksanakan hukum hudud. Di sinilah kesilapan umat Islam dalam menilai haknya, dan mana pula hak kerajaan. Sebenarnya, hak melaksanakan hukum hudud dan qisas adalah kerajaan, tidak kena mengena dengan umat Islam. Kita tidak berdosa dengan kegagalan kerajaan melaksanakan hukum hudud.

Walau bagaimanapun dalam hal ini kita jangan lupa bahawa terdapat juga hak kita ialah hak tidak melakukan kesalahan hudud. Hak ini kekal walaupun kerajaan tidak melaksanakan hukum itu. Maknanya, semua manusia terutama umat Islam tidak boleh berzina, tidak boleh mencuri, tidak boleh murtad, tidak boleh minum arak dan tidak boleh membunuh orang.

Hukum ini tetap berjalan walaupun kerajaan belum melaksanakan hukum hudud dan qisas. Kalau semua umat Islam boleh menghindarkan diri walaupun belum ada hukum hudud dan qisas, kitalah sebenarnya umat Islam yang paling baik. Hal ini kerana kita dapat meninggalkan kesalahan tersebut bukan kerana takut hukuman yang disediakan tetapi kerana takut Allah.

Jelas di sini, tiada siapa yang boleh menghalang kita daripada tidak melakukan zina, rogol, mencuri, minum arak dan sebagainya. Namun kalau ada orang memaksa kita supaya berzina, mencuri dan minum arak dengan ancaman akan membunuh kita, maka ketika itu jika kita lakukan tidaklah dikira berdosa.

Jadi, sempena Maal Hijrah ini marilah kita bersihkan hati dan jiwa kita, dengan satu keazaman untuk melakukan segala perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya dan membuat baik kepada semua orang termasuk musuh. Ingatlah jika kita boleh berbuat baik dengan musuh, dia akan mengenali hati kita sebagai orang yang jujur. Orang yang jujur mampu menarik orang ramai bagaikan magnet.

Akhirnya : Selepas 20 Tahun....





BERAKHIRNYA PENANTIAN 20 TAHUN ... Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kemenangan selepas menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di sini. Malaysia memenangi pingat emas selepas mengalahkan Vietnam 1-0. --fotoBERNAMA

Friday, December 11, 2009

Jalan Jalan Cari Ilmu

Mari penuhi hujung minggu ini dengan masjlis ilmu....









jumpa di sanaaa.......

Thursday, December 10, 2009

Krisis Nilai...

Kita ditakdirkan hidup dalam era yang dikatakan bahawa serba serbinya berasaskan ilmu --- knowledge based society, knowledge workers, knowledge economy, knowledge is a power dan sebagainya --- walaupun dalam kenyataannya sering kali berlaku kepura puraan. Hingga ke saat ini masih berleluasa mengenepikan kriteria ilmu ketika meletakkan seseorang pada sesuatu posisi..

di tengah-tengah gembar-gembur "knowledge is a Power", sebenarnya kita sedang ditimpa krisis nilai yang ditandai dengan kegagalan meletakkan nilai ilmu di puncak urutan sistem nilai budaya kita. Ilmu sebagai ilmu tidak dihargai sepertimana semestinya. Ilmu hanya diperlukan sebagai alat untuk mencapai matlamat lain. Khususnya matlamat kebendaan. andainya matlamat itu dapat dicapai tanpa ilmu tidak akan ada lagi orang yang akan menuntut ilmu.

Krisis nilai ini tentunya akan membawa implikasi yang serius terhadap nasib bangsa. Kiranya dapat dibayangkan dalam era knowledge based sekarang ini, apa yang akan terjadi kepada bangsa yang tidak memiliki budaya ilmu, tidak memiliki budaya membaca, dan tidak menghargai ilmuwan. Masyarakat kita rata rata masih meletakkan nilai kuasa, ekonomi dan kadang kadang seni jauh mengatasi nilai keilmuwan.

Wafatnya seorang ilmuwan laksana Padamnya Sebuah Pelita, Justeru ilmuan adalah lentera zaman. fungsi para ilmuan adalah untuk memberikan khidmat penyuluhan dan pencerahan.

Related Posts with Thumbnails