~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Wednesday, October 21, 2009

Merungkai Rahsia Disebaliknya


Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".

Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai peringatan sekelian mukmin.


Pengertian Bulan-Bulan Masehi

    • 1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
    • 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
    • 3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
    • 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang' . Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
    • 5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.
    • 6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
    • 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
    • 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
    • 9. September - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
    • 10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
    • 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
    • 12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' yang bererti 'sepuluh' tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

    • 1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day' ertinya matahari.
    • 2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
    • 3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day of Tyr' sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama 'Tyr'.
    • 4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
    • 5. Thursday berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
    • 6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama 'Freya'.


Mengapa Bahasa Orang romawi Dijadikan Rujukan Utama??

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.

Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universi ti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.

Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk "Opinions of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

    • - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk "The Moods of Psyche" dan "Hints and Notices".
    • - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.


* Artikel ini telah dikemaskini daripada artikel asal.....

Tuesday, October 20, 2009

10 SIFAT PERIBADI YANG MESTI DIPUPUK

Bismillahirahmannirahim..


Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati


Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak.. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Thursday, October 15, 2009

10 Pasangan Yang Baik.....


Khalifah Umar bin Khattab r.a.berkata."Ada sepuluh perkara yang tidak dianggap baik tanpa sepuluh pasangannya iaitu:

1. Akal fikiran yang tidak dianggap berharga tanpa disertai ilmunya.
2. Keluhuran budi yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa rendah diri dan hati.
3. Kekayaan atau kemewahan yang tidak dianggap berharga tanpa memiliki sikap sosial.
4. Kekuasaan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa keadilan.
5. Kebahagiaan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa ketakutan.
6. Kegembiraan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai penderitaan.
7. Kejayaan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai kejujuran.
8. Pujian yang tidak dianggap berharga tanpa disertai rasa menerima apa adanya.
9. Kemajuan yang tidak dianggap berharga tanpa disertai beberapa kegagalan.
10. Kecintaan pada dunia yang tidak dianggap berharga tanpa disertai dengan kecintaan pada akhirat pula.

Wallahuallam....

Monday, October 12, 2009

Lama Sudah Kutinggalkan....

hhmmmm.... lama sudah aku tidak menjenguk ke sini... ntah mengapa.. kalau dikatakan sibuk sanagt tu rasanya aku ini insan biasa sahaja... tak ada jawatan tinggi tinggi yang menuntut kesibukan ku.. tapi itu lah yang berlaku.. banyak perkara aku sudah tertinggal....

tapi tak apa la... hari ini aku berpeluang untuk menjenguk ke sini.. semoga hari hari mendatang pun terluang masa untuk aku ke sini..

hari ini just nak ucapkan tahniah atas kemenangan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan mewakili BN Tan Sri Mohd Isa Samad dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Semalam. Tan Sri mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

ini adalah pilihan rakyat bagan pinang, semoga wakil rakyat yang baru mampu berkhidmat dengan cemerlang sepertimana kehendak rakyat di situ.....

Related Posts with Thumbnails