Budaya membaca ; keperluan hidup masa kini
Setelah lebih satu abad lamanya bangsa melayu mengenali budaya membaca, ternyata masih terlalu lambat kemajuannya. Tradisi dan amalan membaca masih belum tertanam merata dalam kalangan masyarakat. Hanya individu tertentu yang boleh dibilang dengan jari jumlahnya yang mahu melaburkan sebahagian wangnya untuk mendapatkan sumber ilmu. Malah, terdapat beberapa individu kita yang merasa hairan apabila menyaksikan kawan-kawannya yang memiliki rak buku yang memenuhi rumahnya. “apakah kesemua buku-buku itu dibacanya?”. Satu persoalan yang datangnya daripada masyarakat yang kurang memahami budaya membaca.
Membaca belum menjadi satu keperluan hidup. Pada hakikatnya, untuk membina dan memupuk budaya membaca kita tidak memerlukan modal yang tinggi, cuma kita dituntut untuk mendisiplinkan diri memperuntukkan masa untuk tujuan itu.
Kita boleh miskin harta, tapi jangan sampai miskin ilmu pengetahuan. Bermodalkan ilmu pengetahuan kita mampu mengatasi kemiskinan harta tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Sejarah orang ortodidak adalah sejarah kejayaan orang yang membaca, dalam erti kata orang yang mahu belajar sendiri tanpa guru. Tanpa melalui institusi formal. Bagi mereka, Guru mereka adalah buku. Guru mereka adalah para pengarang, penulis yang telah tersohor di merata dunia. Ada pepatah mengatakan “Universiti yang sebenarnya adalah perpustakaan” ini bermakna kalau anda memiliki perpustakaan maka +anda memiliki pendidikan universiti walaupun tanpa sijil formal. Realitinya setiap universiti mempunyai perpustakaan tersendiri yang boleh dibanggakan dengan koleksi rujukannya yang tersendiri.
“ manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, miskin atau kaya, tetapi dilahirkan sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan menjadi papa dan hina”. Begitulah antara kandungan sebuah buku yang telah ditulis oleh seorang tokoh jepun bernama : Yukichi Fukuzawa yang bertajuk Galakan Pelajaran yang telahpun terjual sebanyak 600,000 naskah pada tahun 1882.
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menerangkan bahawa ilmu fardhu A’in adalah ilmu yang wajib diketahui dan diamalkan atau dilaksanakan oleh semua hamba Allah yang berakal lagi baligh.

0 komen:
Post a Comment