Sebenarnya isu ini sudah lama dan boleh dikategorikan isu lapuk serta tidak ada kesudahannya. malah semakin hari semakin mengganas dan bermaharajalela..Tapi saya terpaksa sebut juga kerana saya tidak ada alasan untuk tidak menyebutnya.
Kita selalu mendengar akan kes gangguan seksual dan yang menjadi mangsanya adalah kaum wanita, sehinggakan menteri menteri wanita pun selalu menuding jari kepada kaum lelaki... kononnya jahat, gila seks, Kelabu mata, mata keranjang dan banyak lagi la gelaran yang diberikan secara percuma...
Tapi kalau diteliti lebih lanjut, adakah menteri menteri wanita dan kaum sejenisnya mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat andaian/tuduhan kepada kaum lelaki...??? Bukankah semuanya berpunca daripada tatacara pemakaian kaum wanita itu sendiri?. Mereka suka berpakaian menjolok mata, suka berpakaian seksi, suka mendedahkan ini dan itu yang lagak gayanya menyamai GRO pulang pagi.

Sebenarnya dalam alam realiti masyarakat kita, yang lebih terdedah kepada gangguan seksual adalah kaum lelaki. Mari kita perhatikan gaya pemakaian kaum wanita kita hari ini. dari yang tua, muda dan remajanya. Tak kira dimana jua tempatnya.. kita dapat menilai sendiri dengan akal yang sihat. Di bawah ini sekadar beberapa bukti untuk kita fikirkan bersama..
bertudung cantik tapi ...
ini fesyen apa saya pun tak tahu...
Yang macam ni berlambak dipasaran..
Inilah realiti masyarakat kita hari ini. Adakah mereka benar benar jahil tentang kewajipan menutup aurat? Atau kerana mereka buat demikian atas nama fesyen?
Walau apa pun juga alasannya kita kena renungkan beberapa perkara yang termasuk dalam kategori aurat wanita yang perlu dijaga rapi...