~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, July 29, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.

Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
 
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
[Surah al-Baqarah 2: Ayat 185]

Monday, July 18, 2011

Perginya Seorang Tokoh Wanita : Dr Lo' Lo' Ghazali

Allahummaghfir laha warhamha wa'afiha wa'fu anha.. Innalilahi wa inna ilayhi raji'un. Mendoakan keampunan dan rahmat buat Al-marhumah Dr Lo' Lo Bt Hj Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah...... pemergiannya sukar dicari ganti...


“Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya. Beliau adalah seorang tokoh dan  pejuang Islam yang tabah.

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang akibat penyakit barah.

  
BIODATA YB. DR. LO’ LO’ DATO HJ. MOHD GHAZALI.
  • Tarikh Lahir: 2 Ogos 1957
  • Tempat Lahir/ Asal: Kuala Kangsar, Perak
  • Pekerjaan: Ahli Parlimen Malaysia ( P119: TITIWANGSA )
LATAR BELAKANG AKADEMIK :
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
  • Sekolah Raja Perempuan Taayah , Ipoh
  • Kolej Islam Klang
  • Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama ( Kedoktoran)
  • Adelaide Alternative medicine & Surgery – Acupunturist
KEGIATAN DALAM PAS :
  • AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
  • Ketua Pengarah Al-Nisa’
  • Ajk Kerja Pas Pusat
  • Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.
PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA :
  • Bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang dalam Pilihanraya ke 11 ( kalah )
  • Bertanding di Parlimen P119 Titiwangsa dalam Pilihanraya ke 12 ( menang )
* Al-Fatihah, semoga arwah berada dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya'ban : Sebuah Pencerahan

Bulan sya’ban dah nak sampai pertengahannya.


Apa ada dengan pertengahan sya’ban? Apa ada dengan nisfu sya’ban?

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.

Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).


Ibadah yang tak pernah di ajar Nabi SAW dikatakan di ajar oleh Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)


Friday, July 08, 2011

Mencontohi Para Sahabat Yang DiJamin Syurga

SUATU hari setelah Rasulullah SAW selesai solat subuh, beliau menghadap ke arah para sahabat dan bertanya, “Siapa di antara kalian yang berpuasa pada hari ini?”


Umar menjawab, “Wahai Rasulullah, saya tidak berniat puasa malam tadi, maka pagi ini saya berbuka.”


Abu Bakar berkata, “Saya sempat berniat puasa malam tadi, sehingga pagi ini saya masih berpuasa.”


Rasulullah bertanya lagi, “Apakah ada di antara kalian yang hari ini telah menziarah orang sakit?”



Sekadar gambar hiasan.

Umar menjawab, “Wahai Rasulullah, kami belum keluar, bagaimana kami menziarah orang sakit?”

Abu Bakar berkata, “Saya mendapat kabar bahwa saudaraku Abdurrahman bin Auf sakit, maka saya berpeluang singgah ke rumahnya untuk mengetahui keadaannya pagi ini.”


Rasulullah kembali bertanya, “Siapa di antara kalian yang telah memberi makan fakir miskin?”


Umar menjawab, “Kami baru saja solat wahai Rasulullah dan belum pergi ke mana-mana.”


Abu Bakar berkata, “Ketika saya hendak masuk masjid, ada pengemis yang sedang meminta-minta. Kebetulan ada sepotong roti di tangan Abdurrahman (Putra Abu Bakar), maka saya ambil dan saya serahkan pada pengemis tadi.”


Rasulullah lantas berkata, “Bergembiralah engkau (Abu Bakar) dengn jaminan surga."


Dialog ringkas Rasulullah dengan para sahabat seperti di atas menggambarkan bahawa para sahabat biasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan. Ingin selalu menjadi yang terbaik dan pertama kali. Mereka tidak ingin hari-hari mereka diisi tanpa prestasi amal soleh. Lihat saja Abu Bakar dan Umar. Mereka saling berebut dalam berbuat kebajikan. Selalu ada idea dan selalu inginmenjadi yang paling awal. Itulah potret kehidupan para sahabat Nabi.  


Wajarlah sekiranya Rasulullah memberi kabar gembira kepada Abu Bakar dengan jaminan syurga. Kabar yang tiada tolok bandingnya, tidak terkira kebahagiaannya. Dijamin masuk syurga. Tempat yang diidam-idamkan seluruh manusia. Sayangnya, tak ramai yang mendapat jaminan itu. Setidaknya, selain Abu Bakar, ada sembilan lagi sahabat yang dijamin masuk syurga. 

Mereka adalah Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Abu Ubaidah bin Jarrah,  Abdurrahman bin Auf, Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Sa’id bin Zaid, dan Sa’ad bin Abi Waqqash. 


Kesepuluh sahabat tersebut tentunya bukan sembarang orang. Mereka memiliki kemuliaan yang lebih dari yang lain. Perjuangan dan pembelaan mereka terhadap Islam tidak diragukan lagi. Harta bahkan jiwa dan raga mereka disumbangkan seluruhnya demi tertegaknya Islam di bumi ini. 


Abu Bakar, Umar bin Al Khattab dan sahabat-sahabat yang lain adalah contoh generasi terbaik pada peringkat awal Islam. Mereka mengikut Nabi berhijrah dari Mekkah ke Madinah (Yastrib), mereka adalah dari kalangan muhajirin yang terbaik. Ketika perang Badar, mereka juga tentara terbik. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka demi syiar Islam.


Tidak hanya itu, empat daripada mereka Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib adalah khalifah pasca-wafatnya Rasulullah. Sedangkan yang lainnya adalah tokoh terkemuka, menteri kepercayaan khalifah, panglima perang,  pelopor kemuliaan, dan pemimpim pembebasan wilayah. 

Wednesday, July 06, 2011

Ulang Tahun : Makna & Pengertian Menurut Islam

ULANG TAHUN, Hukum meraikan ulang tahun kelahiran memang tidak didapati nash yang secara langsung melarangnya dan juga menyuruhnya. Perkara itu dikembalikan kepada tradisi masyarakat setempat. Dengan catatan, tidak ada atur acara dan perilaku yang bertentangan dengan peraturan dan hukum  Islam.

Kita tidak menemukan riwayat yang menceritakan bahawa setiap tarikh kelahiran Rasulullah SAW, beliau merayakannya atau sekadar memperingatinya. Begitu juga para sahabat, tabi,in dan para ulama salafussalih. Kita tidak pernah mendengar misalnya Imam Abu Hanifah merayakan ulang tahun kelahiran kemudian memotong kek dan meniup lilin.

Namun apabila ulang tahun itu lebih banyak mendatangkan kemudharatan daripada manfaatnya, misalnya dengan membelanjakan dana yang cukup besar, bermewah-mewahan dan berlaku pembaziran, maka lebih bijaksana sekiranya dapat dielakkan.

Selain itu, perkara yang tidak kalah pentingnya untuk diketahui bahawa dalam hukum islam terdapat istilah yang disebut “Sadd Az-Zariah”. Artinya mencegah sesuatu yang dirasakan akan mendatangkan kesan buruk. 

Justeru, dalam sebuah rumah tangga islami yang ingin menerapkan pola kehidupan yang Islami, merayakan ulang tahun ahli keluarga bukan satu alternatif yang paling baik. Ini bukan berarti melarang terus tradisi saling memberi hadiah antara satu sama lain. Bukan juga melarang untuk merenungi dan mensyukuri kurniaan Allah. Cuma persoalan utamanya adalah berusaha dan cuba mengelakkan suasana rasmi dalam format ulang tahun sebagai media untuk aktiviti bermuamalat tersebut.

Note : sedikit ingatan bersama bersempena hari keputeraan saya pada hari ini....

Related Posts with Thumbnails