~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Monday, May 03, 2010

Melayu... Melayu... Melayu...


Dimana nak jumpa ramai Melayu??

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jaom Heboh Orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di sekolah duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja kinja best giler menari macam hantu


Apa Hobi Orang Melayu??

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu
Sambil makan junkfood, kuaci dan maruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor Satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ


Kenapa Melayu jadi begitu??

Nak salahkan siapa? Ibu bapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut adalah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan siapa dulu
Pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu-mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu menjadi bangsa yang maju
Boleh!!! Dengan beberapa syarat tertentu
Pertama : dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Al Qur’an dan sunnah ku
Al Qur’an yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, Cuma baca bila nak halau hantu…

====================================================


Maaf andainya anda rasa terganggu 
Tapi anda boleh untuk tidak bersetuju

Warna Warni Hari Pekerja

Beribu-ribu rakyat Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di sini semalam bagi menuntut sistem kebajikan lebih baik untuk para pekerja. Polis berkata sekitar 15,000 pegawainya telah dikerahkan bagi mengawal keadaan. Bantahan itu dianjurkan sempena Hari Buruh semalam.


'Sistem kebajikan sosial di Indonesia masih lemah. Sistem di sini hanya melindungi sekitar 25 peratus daripada pekerja. Sistem kebajikan sosial patut melindungi semua pekerja,' ketua Persatuan Pekerja Indonesia.

Para penunjuk perasaan telah berarak dan berhimpun di depan Istana Negara, sambil menyanyikan lagu kebangsaan. Seorang pekerja di kilang kereta, Encik Muhammad Shihabudin, 26 tahun, berkata penunjuk perasaan menuntut insurans kesihatan dan dana pencen yang melindungi mereka sepanjang hayat, dan bukan hanya jika mereka bekerja.

 
Di Kuala Lumpur, Pihak polis sejak awal pagi mengawal Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan Hari Buruh sedunia dan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Sementara itu, beberapa bas dari luar ibu negara yang mahu menyertai mereka juga telah diberhentikan polis di Jalan Duta dan tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur.

=============================================

***kenapa orang bawahan / rakyat jelata selalu menjadi mangsa, selalu diabaikan hingga memaksakan mereka turun ke jalan raya untuk menyatakan hak mereka? Menuntut Hak mereka?? Di Thailand usah cerita... semua sudah maklum... penunjuk perasaan berhimpun sudah dua bulan, tetapi mesej mereka seperti tidak dihiraukan, kini giliran Indonesia pula. Di Kuala Lumpur fenomena ini masih belum parah... tapi tidak mustahil akan lebih parah sekiranya hak hak pekerja sering dipijak pijak tanpa belas kasihan... hanya masa yang akan menentukan sekiranya tiada pembelaan terhadap nasib pekerja...***

Hingga Akhir Nanti...

LONDON : The Blues benam Liverpool; MU belum sedia serah mahkota
Buruan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) bertambah hangat dan rancak apabila pendahulu, Chelsea dan juara bertahan, Manchester United masing-masing merakamkan kemenangan penting untuk mengheret detik penentuan ke minggu terakhir pada 9 Mei ini. 

Dalam perlawanan awal, jaringan Didier Drogba pada minit ke-33 dan dan Frank Lampard, minit ke-54 membantu The Blues membenamkan Liverpool 2-0 di Anfield manakala jaringan tunggal Nani pada babak pertama memberi kemenangan 1-0 untuk United menewaskan Sunderland 1-0, juga di gelanggang lawan. 

Pada 9 Mei ini, kemenangan akan pasti mengesahkan gelaran untuk Chelsea yang akan menentang Wigan manakala United perlu banyak berdoa agar barisan didik Carlo Ancelotti tewas dan mereka pula menang mengatasi Stoke City.

Selepas tamat 37 perlawanan, Chelsea kini menghimpun 83 mata manakala United pimpinan Sir Alex Ferguson berada satu mata di belakang.

Friday, April 30, 2010

Jahiliah Moden


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Entah siapa yang memulakan, tapi kemudian ada doktrin atau tradisi yang mengatakan jika remaja wajib berpacaran atau berpasangan [couple]. Jika tidak mempunyai pacaran bererti belum lagi bergelar remaja.

Ya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi terjadi hampir di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dari filem-filem yang kita tonton dan dari kisah-kisah yang kita baca, berpasangan itu jadi kewajiban. Meskipun sering kali berlebihan, ada pesta dansa dengan tari-menari, hari valentine’s, dan sebagainya. Malah peluk dan cium itu sering di peragakan di tempat-tempat umum, di taman-taman, sekolah, universiti, malah sebut sahaja dimana, pasti aksi-aksi tersebut dapat dilihat. Tidak sedikit remaja yang melakukan seks bebas. Golongan dewasa malah lebih tua tidak kurang hebat melayan gelojak nafsu kehaiwanan. Naudzubillah


Tapi benarkah itu cuma berlaku di Amerika Syarikat yang mewakili bangsa barat? Sayangnya, bumi Malaysia juga dipenuhi gejala kehaiwanan ini. Di tanah air tercinta ini dari yang kita lihat ternyata bagaikan hasil klon Amerika Syarikat atau manisnya barat. Dimana-mana, di jalanan, tidak sedikit remaja wanita di peluk kekasihnya. Sungguh menyedihkan.




Terakhir hasil penelitian yang disiarkan didada akhbar pada 26 Feb 2007, Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks. Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”. Itupun masih ada suara sumbang yang berlagak pandai menolak kajian ilmiah ini._Astagfirullahal Aziim.


Hari ini, sekiranya saudara-saudara sekalian mempunyai saudara perempuan, hati menjadi cemas. Begitu juga orang tua yang mempunyai anak perempuan. Khuatir godaan pergaulan bebas semakin menjadi-jadi. Tidakkah ini ulangan zaman jahilliyyah?

Pada masa hayat Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, ada sebuah peristiwa menarik tentang pergaulan bebas. Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal di ceritakan bahawa ada seorang pemuda yang mendatangi Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, dan berkata,“Duhai Rasulullah, izinkanlah aku untuk berzina.” Orang-orang yang berada di sekitarnya marah, tetapi Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu mendekati Baginda Shollallau Alaihi Wassalam dan duduk. Kata baginda,“Apakah engkau suka (zina terjadi) pada ibumu?”“Tidak, demi Allah yang menjadikan diriku sebagai tebusan bagi dirimu,” jawab pemuda itu.“Maka orang-orang yang kamu berzina pun tidak suka bila itu terjadi pada ibu-ibu mereka,” kata Rasulullah SAW. Beliau Shollallahu Alaihi Wassalam, bertanya lagi kepada pemuda itu, “Apakah engkau suka (zina terjadi) pada anak perempuanmu? Tidak, demi Allah wahai Rasulullah. Dialah yang menjadikan diriku sebagai tebusan bagi dirimu,” jawab pemuda itu “Dan orang-orang pun tidak menyukainya terjadi pada anak-anak perempuan mereka,” sabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.





Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam bertanya lagi, “Apakah engkau suka (zina terjadi) pada saudara [adik atau kakak] perempuanmu?” “Tidak, demi Allah yang menjadikan diriku sebagai tebusan untukmu,” sekali lagi pemuda itu menjawab.“Dan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan wanita yang enkau berzina pun tidak suka itu terjadi pada saudara-saudara perempuan mereka,” kata Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam bertanya lagi, “Apakah engkau suka (zina terjadi) pada bibimu?” “Tidak, demi Allah yang menjadikan diriku sebagai tebusan untukmu,” lagi-lagi pemuda itu menjawab.“Demikian pula orang-orang tidak suka itu terjadi pada bibi-bibi mereka,” kata Rasulullah SAW. Kemudian Beliau SAW meletakkan tangannya pada pemuda itu dan berdo’a, “Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, sucikanlah hatinya, dan jagalah kemaluannya.” 

Menghayati peristiwa di atas, sebaiknya para insan yang berjantinakan lelaki wajib mengukur diri. Apabila kita tidak suka kepada lelaki yang mengganggu, mempermainkan apatah lagi menodai ibu kita, saudara perempuan kita, atau mungkin anak-anak perempuan kita, jangan sampai kita melakukan perkara yang serupa kepada semua wanita yang ada di bumi ini. Bukanlah orang lain mempunyai perasaan yang sama dengan kita, tidak ingin keluarganya diganggu?




Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah SWT setelah syirik dari perbuatan seorang lelaki yang menumpahkan air maninya pada rahim yang tidak halal baginya.”(HR.Imam Abi Dunya)




Kita bayangkan jika semua lelaki di dunia berfikiran yang sama dengan pemuda yang ada didalam kisah diatas, bersihlah masyarakat kita dari berbagai perbuatan yang keji itu. Buat kamu saudariku, sedarlah bahawa hubungan seks di luar pernikahan bukan cinta, bahkan tiada hubungannya sama sekali dengan cinta. Waktu teman lelaki kamu merayu, atau memaksa kamu memenuhi keinginan jahatnya, sebenarnya dia tidak mencintai kamu, malah cuma mahu “memanfaatkan” kamu. Seseorang yang mencintai orang lain pasti akan menjaga kehormatan dan kesucian orang yang dicintainya, bukan merosaknya.



Buat saudara dan saudariku, janganlah tergoda dengan propaganda atau cerita-cerita orang-orang yang pernah melakukan perbuatan keji itu. Apa yang mereka bingitkan bahawa berpacaran[couple] itu asyik dan menyenangkan, hakikatnya itulah adalah penderitaan di masa depan. Bayangkan, betapa bencinya Allah Subhanahu Wa Taala terhadap orang-orang yang melakukan perzinaan.



Wahai saudariku, jagalah harga dirimu, kehormatanmu, dan faraj-mu (kemaluan). Boleh sahaja teman lelakimu berkata ketika sudah terlanjur, “aku pasti bertanggungjawab,” tetapi itu adalah tanggungjawab di dunia, sementara di akhirat sana setiap orang bakal bertanggungjawab terhadap perbuatannya masing-masing.





“…dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah [ALLAH SWT] kamu kembali, dan akan diberikan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”(QS.AlAn’aam :164)
Belajarlah dari pengalaman orang lain, berapa ramai lagi wanita yang dimangsakan oleh kebuasan nafsu si lelaki mahu tampil memberi bukti atau kata-kata penyesalan. Sedangkan diri sudah tiada erti. Lelaki yang memiliki kelakuan bodoh seperti itu adalah “ buaya” yang tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya. Jika diketahui teman pemuas nafsunya hamil, dia akan mencari pasangan baru, atau menyuruh teman pemuas nafsunya yang sudah tidak datang haid [tanda menggandung] untuk menggugurkan kandungannya. ALLAHHHHH ALLAAHHH…!



Begitulah wahai para insan bergelar lelaki (termaksud diri si faqir ini), ingatlah bahawa teman wanitamu bukan isterimu. Juga buat para wanita, teman lelakimu bukan suamimu. Sama sekali tiada ikatan apa-apa di antara kalian berdua. Sayangilah masa depan anda berdua. Jangan hancurkan hanya dengan perasaan “cinta” yang tidak jelas halatujunya.




Mustahak, berpasangan tanpa ikatan pernikahan itu sendiri adalah budaya yang asing dalam Islam. Bahkan Islam tidak pernah merestuinya, ternyata berpacaran adalah amalan mendekati zina dari pada alasan untuk ta’aruf (saling kenal) atau bersilaturahim, atau walau apa sahaja alasannya.




Langkah yang benar ialah jauhi berpacaran, daripada agar tidak menyerah diri untuk jatuh ke dalam perangkap syaitan. Apalagi kalau pacaran itu sekadar cinta monyet.




“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk,”(QS.Al-Isra : 32)
Wallahu a’lam



Tuesday, April 27, 2010

Dakwah : Perjuangan Sepanjang Zaman


Dakwah satu perjuangan sepanjang zaman
Memenuhi tuntutan-tuntutan tuhan
Sebagai 'abdillah yang beriman
Sebagai khalifah yang berkebajikan..

Dakwah itu bermakna pengorbanan
Melalui harta takhta serta pengalaman
Melalui masa dan daya pemikiran
Kebijaksanaan dan garis pedoman..

Dakwah itu bererti qudwah hasanah
Membangun diri jangan punah
Memurnikan rohani secara istiqamah
Daya fikir penggerak wadah..
Dakwah itu tarbiyyah
Mendidik dan melatih
Sehingga menjadi insan terpilih
Dipuji malaikat doa terpilih..
Dakwah itu ibadah
Meliputi segala liku dan wilayah
Dari peribadi hingga ke pemerintah
Melalui uslubul-hasanah..

Dakwah itu istiqamah
Istiqamah atas jalan yang diamanah
Menepis segala hasutan iblis pemusnah
Agar perjuangan tidah punah-ranah..

Dakwah itu kesabaran
Sabar itu separuh daripada iman
Mencari ilham dalam ancaman
Begitulah pendakwah budiman..

Dakwah itu jihad
Menegak kebenaran penuh tekad
Aufu bil 'uqud!
Aufu bil 'uqud!

Dakwah itu 'amal-jamaii
Bermuafakat sesama sendiri
Bersyura menepati peraturan Ilahi
Agar segala diberkati..

Dakwah itu kepimpinan
Kepimpinan itu satu penderitaan
Bukan anugerah kenalan
Atau hadiah buat si polan..

Dakwah itu kaya akhlak
Jiwa diasuh diri tak rosak
Dipegang teguh sampai layak
Menjadi insan bukan perosak..

Dakwah itu penyebaran
Wlaaupun cuma satu ungkapan
Bermula dengan diri hingga ke teman
Tanpa mengenal benua dan sempadan..

Dakwah itu amar makruf nahi mungkar
Yang Makruf jangan diengkar
Yang mungkar jangan dibiar
Agar umat menjadi segar..

Dakwah itu keadilan-kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa ke'adilan
Keadilan teras keamanan..

Dakwah itu nasihah
Membimbing umat dengan susah payah
Bersaksikan qudwah hasanah
Dilaksanakan dengan penuh hikmah..

Dakwah itu amanah
Dipegang teguh dengan sungguh-sungguh
Agar terlaksana tanpa tangguh
Segala harapan membawa berkah..

Dakwah itu ujian
Hadapi rintangan dan halangan
Dari lawan dan juga rakan
Itulah fitrah mencari kebenaran..

Dakwah itu tak kenal penat-lelah
Bersedia atau dalam susah
Pantang undur seorang pendakwah
Bak panglima yang perkasa gagah..

Dakwah itu hijrah-perubahan
Bermula dengan niat yang diabadikan
Dengan tingkatkan rohani berteraskan iman
Menghadap wajah dengan Yaa Rahman..

Dakwah itu mulai dari diri
Membangun diri dengan pekerti
Memperbaiki sampai mati
Itulah pejuang sejati..

Dakwah itu muhasabah
Muhasabah diri dengan tabah
Mencari kelemahan elak fitnah
Agar perjuangan menjadi mudah..

Dakwah itu ikhtiar-tawakkal
Ikhtiar sepenuh akal
Mengolah kaedah, uslub yang afdhal
Lalu tawakkal kepada yang kekal... 

==============================

Hasil Nukilan oleh Hj Nik Mohd Yusoff Nik Ismail,
Yang Di Pertua Wadah Pencerdasan Ummah, (Wadah) Selangor

Related Posts with Thumbnails