~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Thursday, April 01, 2010

Taubat Siti Hanya Kosmetik??

Taubat Siti hanya separuh jalan. Siti kembali kepada keadaan mula-mula menyertai dunia hiburan. Sampai suatu ketika dia rasa ingin bertaubat dalam hal-hal menutup kepala.

Bermula lembaran baru, maka bertudunglah Siti. Siti bertudung pada mula-mulanya, elok sangat-sangat. Ditutup semuanya. Selang beberapa ketika Siti merasakan panas ketika bertudung kerana sebelumnya dia tidak memakai tudung. Dia membuka sedikit tudungnya dengan menampakkan leher yang cantik dipandang itu. Selang beberapa ketika Siti merasakan subang mahal yang dipakainya tidak dapat dipandang orang. Dibuka sedikit anak telinganya supaya subangnya jelas kelihatan.

Selepas itu (mungkin) dia menyukai gaya tudung Rosmah, bertudung berjambul yang dipakai ketika berkaitan perkara agama. Siti sangat suka, ditirunya gaya Rosmah bertudung dengan menampakkan sebahagian rambutnya. Selepas itu Siti rasa tudung berserabut di atas kepalanya. Dibuka terus tudungnya kini. Kembali kepada asal. Kalau bertudung pun macam tak bertudung. Taubatnya tak panjang.

Siti juga pernah berkata suaminya suka kalau dia tidak bertudung. Hanya lelaki jenis ini yang hanya mampu dilahirkan oleh pemerintah kita??? Minta dijauhkan pemikiran sebegini kepada anak-anak kita.

Taubat Siti tak panjang. Janganlah pula perempuan yang dah mula-mula berjinak-jinak dengan tudung ikut pula Siti selepas ini. Pupuklah dalam diri anda kesedaran dan pengetahuan tentang Aurat anda. Pelajarilah ilmu yang berkaitan diri anda. Biarlah anda bertudung kerana kesedaran, keinsafan dan kerana pengetahuan bukan sekadar terikut dan terpengaruh dengan rentak fesyen. Moga-moga anda semua bahagia dengan tudung anda.

Wednesday, March 31, 2010

Arak Percuma, Bra And Panties Optional



Apa "first Impression" anda apabila melihat banner ini? Apa perasaan anda apa bila membaca banner ini?? Apa reaksi anda selepas mengetahui perkara ini??

Itulah tiga persoalan yang ingin saya lontarkan kepada anda semua..Banner ini bukan gambar yang direka atau diimpose. Inilah keadaan yang sebenar berlaku di negeri yang diwar-warkan akan maju pada tahun 2010. Itulah Negeri Melaka.

Saya cuba memahami apa motif sebenar banner ini.. Pemberian arak secara percuma, keperluan memakai baju dan kasut, tetapi memberi pilihan untuk tidak memakai bra dan seluar dalam. Apakah hubung kait antara ketiganya??

Bagi saya ini amat mudah untuk ditafsirkan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Arak merupakan "Ibu Segala Maksiat", punca segala kerosakan. Minum arak akan mengakibatkan hilang akal (apatah lagi arak percuma hehehhee), hilang kemampuan untuk berfikir secara waras. Dalam perkumpulan muda mudi, apabila langkah pertama (mabuk) sudah tercapai, adegan seterusnya mudah sangat untuk dijangkakan. adegan seterusnya sudah pasti yang melibatkan bra dan panti. Jadi, sangat maklum sekiranya penganjur memberikan pilihan untuk tidak memakai bra dan panti kerana selain untuk memudahkan aturcara seterusnya matlamat utamanya adalah ke arah itu.

Marilah kita renungkan dengan apa yang berlaku di negeri milik 'Malaysia' yang dikatakan melawat Melaka seperti melawat Malaysia. Sama-sama kita hayati dan muhasabah diri kita sebagai insan atau sebagai haiwan. Hanya kita yang mampu berfikir.

Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia.

Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah
  1. Merempit
  2. Membuang anak
  3. Seks luar nikah
  4. Bergaduh di sekolah
  5. Berdisko
  6. Minum minuman keras
  7. Ponteng sekolah
Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini.

Untuk makluman semua, Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia. Rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan, apakah yang menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati, Tetapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali?

Sekadar makluman tambahan, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3 sahaja.

Fikir Fikirkan lah!!!!


Tuesday, March 30, 2010

Baru 7 Yang Runtuh

Sepintas lalu kejadian bumbung runtuh di Terengganu :

1. Keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak,

2. Keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh,

3. Keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai,

4. Keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang,

5. Kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok,

6. Keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru Kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC),

7. Kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu


Masihkah akan ada lagi selepas ini??

Bumbung bangunan mana pula yang akan mengikuti jejak langkah bangunan di atas??



Ulasan :

Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban

Runtuh Lagi !!!

Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, petang tadi pada kira-kira pukul 5 petang satu lagi keruntuhan berlaku. Kejadian kali ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat. Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.


Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).


Monday, March 29, 2010

Berpakaian Tapi Telanjang??

Islam ada menyebut bahawa rambut wanita itu adalah haram untuk dilihat lelaki, jadi kesalah tafsiran berlaku disini di mana kaum wanita lebih utamakan menutup rambutnya daripada anggota badan. Sebenarnya, maksud hukum Allah tu adalah “sedangkan rambut wanita yang takde nilai & sama dengan rambut lelaki tu pun haram, apa lagi bahagian2 wanita yang lain”. Tu sebenarnya maksud hukum ini.


Begitu jugalah maksud hadis nabi S.A.W yang mengatakan bahawa umatnya akhir zaman ”Berpakaian Tapi Telanjang”. Mungkin inilah yang dimaksudkan Baginda..





Aurat (bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

* suami mereka atau
* bapa mereka atau
* bapa mertua mereka atau
* anak-anak mereka, atau

* anak-anak tiri mereka atau
* saudara-saudara mereka atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau

* anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
* perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau

* orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
* kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan


"dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3]

Marilah sama sama kita pandang pandang dan nasihat anak, isteri serta saudara seagama kita, betulkan cara pemakaian meraka...

berbangga dengan identiti diri sebagai wanita Islam dan menterjemahkan rasa bangga dengan menurut tuntutan Allah..bagaimana dengan mereka yang belum teringin menutup aurat..tidakkah mereka bangga menjadi wanita Islam???

Related Posts with Thumbnails