~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, December 30, 2011

Wanita Solehah - Sebaik-baik Perhiasan Dunia

BETAPA  hebat menjadi wanita. Lemah Lembut, penuh kasih sayang, dilindungi, dihormati dan dihargai. Kehadirannya diperlukan oleh setiap manusia di semua peringkat usia. Sebagai anak dia menyenangkan. Sebagai saudara, dia menenteramkan. Sebagai isteri, dia menginspirasi. Sebagai ibu, dia pendidik ulung dan sebagai  teman, dia dikenal sebagai penasihat yang ikhlas.

Di sebalik kekurangannya dari segi akal dan agama, dalam banyak situasi, wanita adalah watak utama di belakang tabir. Jika Baik pendidikan yang diterimanya, maka baiklah pula pengaruh yang dibawanya.

Boleh dikatakan, wanita adalah penentu jatuh atau bangun serta tegaknya seorang lelaki. Malah dalam banyak kisah dari seluruh dunia kehidupan, wanitalah yang berperanan penting dalam mendokong perjuangan lelaki, memberikan motivasi dan buah fikiran yang tak dapat diketepikan.

Hal yang sama berlaku kepada keluarga Muslim-mukmin yang cinta li ilah li kalimatillah, jihad fi sabilillah. 


Dalam sebuah keluarga, posisi sebagai isteri adalah sangat penting, kerana dialah orang yang paling dekat dan paling memahami suaminya. Di sinilah letaknya makna syarikatul hayah (pasangan kehidupan), yang setia menjadi sayap suami dalam keadaan suaminya hadir dan sewaktu ketiadaannya. Bersungguh-sungguh berusaha membantu secara hakiki dan maknawi dalam mencapai cita-cita hidup mulia atau mati syahid.

Firman Allah SWT  di dalam surah At-Taubah, ayat 71;


“Dan orang-orang yang mukmin lelaki dan wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka mendirikan shalat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.”

   
Apakah syarikatul hayah (partner kehidupan?), apakah kriteria yang diperlukan? Secara ideal, seorang wanita Muslim haruslah memiliki modal:

1.  Memiliki tingkat iman dan taqwa yang memadai


Paling tidak, mampu membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Cukup pula untuk dia memilih dan membeza yang halal, haram dan yang syubhat. Dengan demikian, dia menggenggam izzah-nya dengan kuat.

Wednesday, December 28, 2011

The All New RX Water - Terapi Penyembuhan Melalui Air

Kebanyakan masalah kesihatan mampu diatasi dengan cara mengamalkan kehidupan yang sihat. 
Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar mengambil berat tentang gaya hidup kita? Dan berapa ramai yang jatuh sakit kerana kemewahan?


Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?

Sekiranya kita melihat kepada sifat kondisi tubuh manusia, kita akan mendapati air mempunyai peranan besar kerana sebahagian besar tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air. 

Dukacitanya, perawatan air mempunyai kesan sampingan akibat penggunaan klorin sedangkan keburukan klorin telah diketahui umum, malah tiada yang dapat memastikan separahmana kesan klorin terhadap manusia.

Selain dari penggunaan klorin yang tinggi, kandungan logam berat dalam air masih kekal. Logam berat ini akan menyebabkan masalah seperti;
 

Kesan fizikal (keruh, tekanan darah, saraf gastro intestinal, nafas, mata dan jantung)
Sub klinik (immune, kromosom, impulse saraf, keganjilan kromosom)
Biokimia (fungsi enzim, membrane sel, metabolisme, lipid, karbohidrat, hormone, DNA)
Tetragenesis (kelahiran yang cacat)
Mutagenesis (kecacatan gen)
Karsinogenesis (kanser)


Walau bagaimanapun, kesan buruk perawatan air ini dapat dielakkan, dan air yang digunakan boleh ditukar menjadi air penawar melalui sistem penapisan air oleh RX water.

  




Untuk maklumat lebih detail boleh Berkenalan di Sini dan Di sini

Tuesday, November 01, 2011

Indahnya Sabar...



Katakan olehmu siapa yang bersungguh sungguh dan sabar dalam mencuba sesuatu perkara ia akan berjaya. Kadang kadang Hampir tumbang tetapi bangun semula, kadang kadang tersilap langkah dan ditimpa bencana. Kadang kadang luka hampir menimbulkan bengkak, kadang kadang GAGAL..Kadang kadang tidak bertemu sebarang senjata tetapi tidak pula putus asa, tidak hilang cahaya cita cita...

Lambang mereka adalah ahli syair yang bijaksana..

Janganlah berputusasa walaupun lama permohonan. Apabila memohon pertolongan dengan sabar anda akan melihat kelapangan.

Berakhlak dengan sabar akan mencapai keperluan..


Terbaru daripada Dato' Ustaz Ismail Kamus..
Dapatkannya sekarang!!!!
RM 45.00  BONUS : VCD Tazkirah INDAHNYA SABAR 





Friday, October 28, 2011

Merebut Peluang 10 Pertama Zulhijjah

Kita kini memasuki bulan Zulhijjah 1432H. Bulan yang mulia lagi berkat ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dalam agama Islam terutamanya pada sepuluh hari pertama dalam bulan ini.

Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, manakala yang ganjil ialah hari Arafah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SWT akan hamba-Nya daripada neraka lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi ketika mentafsirkan ayat ketiga dari surah al-Buruj yang bermaksud: “Yang menyaksikan ialah hari Arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Banyak hadis yang menceritakan mengenai kelebihan bulan Zulhijjah dalam amalan islam ini antaranya, daripada Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahawa Baginda SAW bersabda: “Tiada satu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban menyatakan di dalam kitab Sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.

Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini, umat Islam dianjur melakukan pelbagai amalan antaranya:

Pertama: Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.

Kedua: berpuasa pada hari berkenaan atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Puasa pada hari Arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)

Ketiga: Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai dengan lafaz ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu.

Keempat: Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah, manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

Kelima: Memperbanyakkan amalan salih terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya digandakan pada hari berkenaan.

Keenam: Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.

Ketujuh: Disyariatkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah Ibrahim AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Amalan paling agung pada bulan mulia ini ialah menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima. Perjalanan rohani ini merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat yang ditentukan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran, ayat 97 maksudnya: “Di situ ada tanda keterangan nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.

Orang yang menunaikan fardu haji merupakan tetamu Allah SWT. Mereka berkorban harta, tenaga dan masa demi menunaikan perintah Allah. Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran haji mabrur.

Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT, ia merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut.

Thursday, October 27, 2011

Zulhijjah : Peluang Kedua Selepas Ramadhan??

DALAM kesibukan menjalankan tugas seharian, sedar atau tidak, sehari lagi kita akan melangkah masuk ke dalam bulan Zulhijjah. Dengan ‘inayah dan ri’ayah Allah pastinya, maka pada hari ini kita dikurniakan lagi untuk kesekian kalinya nikmat bulan Zulhijjah yang besar fadilat dan ertinya. Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.


Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya. Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.


Di antaranya ialah Kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadhan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.


Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya:

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)

Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2:

Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.


Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.

Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, “Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid”. (riwayat al Bukhari)


Related Posts with Thumbnails