~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Thursday, April 14, 2011

Perlu Dicontohi Bukannya Dipertikaikan Keikhlasannya


Dengan alasan untuk membantu ekonomi Mesir, Syeikh Al Azhar, Dr. Ahmad At Thayyib mengembalikan seluruh gaji yang beliau terima sejak dilantik menjawat  jawatan sebagai Syeikh Al Azhar iaitu sejak bulan Mac 2010.

Dr. Samir Ridzwan, Menteri Kewangan telah menerima surat rasmi dari Syeikh Al Azhar, Dr. Ahmad Thayyib yang menegaskan bahwa Al Azhar dan ulamanya menyokong pembaharuan perekonomian Mesir.

Penasihat hukum Al Azhar, Sayyid Sulthan menyatakan kepada Menteri Perekonomian bahawa cek bernilai 37,647 pound Mesir yang diserahkan merupakan jumlah gaji yang telah diterima Syeikh Al Azhar sejak 12 bulan lalu, tepatnya sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut.

Syeikh Al Azhar juga meminta kepada Menteri Kewangan untuk tidak memberikan gaji lagi, dimana beliau ingin berkhidmat penuh kepada Al Azhar As Syarif dalam dakwah tanpa memperoleh gaji apapun.

Sayyid Sulthan juga menegaskan bahwa Dr. Ahmad At Thayyib, sentiasa menolak apa jua bentuk honorarium yang diberikan atas kerja kerja dakwahnya baik melalui televisyen mahupun tugasan lagi di universiti Al Azhar.. ( sumber dari sini )


Nota: Bila agaknya para cendekiawan, ulama dan ilmuwan apatah lagi para pemimpin politik tanah air akan mengikuti jejak langkah beliau ini...??

Monday, April 11, 2011

Perpisahan Jua Akhirnya

keranda diusung..
esak tangis sayu pilu jadi iringan..
tinggal kasih tinggal harta tinggal segala..
seorang diri dengan selimut menghadap tuhan..

suara talkin gemanya menyusup di nisan kaku..
tanya malaikat meresap di jasad beku..
siapa Tuhanmu siapa Nabimu siapa taulanmu..
jalan ke syurga jalan ke neraka akan ditentu..

hati suci denyutan takwa Allahhu Rabbi..
taman berbunga cumbuan kasih semerbak wangi..
hati berkarat denyutan iblis Tuhannya nafsu..
hendak mengadu salah siapa salah sendiri..

putus hubungan suara jeritan tiada di dengar..
hanya menunggu anak yang soleh mengirim pesan..
sedekah dan amal kebajikan..
bagai tembok mendiding bahang seksa menerjang..

detik jantung jangkauan tangan terpahat kuat..
perjalanan kafilah walau setapak ada tersurat..
dalam keranda bukan hanya mayat terbujur..
di sisinya aksara malaikat tak pernah kabur..

yang bongkak yang takbur akan tersungkur..
yang takwa senyumannya manis lega bersyukur..

Malam tadi (10/4/2011, pukul 9.45 PM ) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, kakak sulung ayah (Sufinah Bt Yusuf), moga segala amal ibadahnya dapat menjadi pendampingnya di akhirat sana dan dipermudahkan segala urusannya di akhirat sana.... dengan ini kesemua adik beradik ayah seramai 4 orang telah selamat menjalani kehidupan di dunia ini...  Al-fatihah...

Thursday, April 07, 2011

Teristimewa Hanya Untukmu...


Hari ini hari yang teristimewa untuk mu....
Hari ini hari yang sangat di tunggu tunggu...
Hari ini hari yang sangat bermakna dalam hidupmu..
Meningkat satu anak tangga umur mu...

Izinkan Abg menyanyikan sebuah lagu...
Khas untukmu Adindaku....

Allah Selamatkan Kamu…~♪
Allah Selamatkan Kamu…~♫
Allah Selamatkan Adinda tersayang…~♪
Allah Selamatkan Kamu…~♫

Selamat hari lahir ku ucap untukmu sayangku…
Semoga Allah meredhaimu… Semoga Allah merahmatimu… Semoga Allah menyayangimu… Berbahagialah selalu…

Ku hadiah sekalung doa… Buatmu insan yang ku cinta… Dipanjangkan umur, tetapkan iman.. Murah rezeki sejahtera hendaknya… dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat....
Amin… yaa rabbal alamiin…

Friday, March 25, 2011

Inikah Politik Malaysia???

Kemunculan satu rakaman aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang mencetuskan pelbagai reaksi daripada kelompok politik negara.

Pendedahan rakaman seks terbaharu melibatkan ahli politik ini menambahkan lagi isu sensasi dalam politik negara, ketika topik liwat semakin terhakis nilai kejutannya ekoran terlalu banyak muncul di media dan kempen politik.


Reaksi awal banyak pihak memperlihatkan keadaan terkejut dan defensif, menafikan penglibatan seorang pemimpin pembangkang walaupun dipercayai belum menonton rakaman itu.


Tidak dapat tidak, pihak pemerintah terkait dengan pendedahan itu disebabkan bacaan politik semasa yang sedang bersedia menghadapi pilihanraya di Sarawak dan seluruh negara selepas itu.


Dalam suasana politik yang panas pada masa ini, tidak dapat dielakkan kemunculan rakaman itu dikaitkan dengan kepentingan pihak tertentu untuk mendapat faedah daripada kesan pendedahan itu.


Dari sudut jangka pendek, pihak yang menentang tokoh yang disasarkan oleh pendedahan rakaman itu berpotensi mendapat manfaat besar. Pihak lain, termasuk yang mempunyai hubungan dengan tokoh yang didakwa terlibat itu, boleh turut sama terpalit dengan kesan negatif.


Dalam perang persepsi yang ganas dan tidak beretika pada masa kini, setiap peluang digunakan sebaiknya oleh semua yang berkepentingan. Seperti yang pernah berlaku ekoran satu pendedahan daripada WikiLeaks sebelum ini, pengesahan fakta tidak lagi menjadi penting bagi pihak yang mahu mengeksploit, tetapi persepsi yang tercetus daripada pendedahan itu yang mahu dimanfaatkan.

Wednesday, March 16, 2011

Siapa Tipu Siapa.. ???

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line).

Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.


Related Posts with Thumbnails