~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Thursday, May 21, 2009

Tudung Dan Pakaian Bukan Sekadar Fesyen!!!

Topik perbincangan Radio IKIM pagi ini agak menarik juga. Bagaimana nak promosikan pakaian Islam atau menutup aurat. Ramai juga pemanggil yang memberikan pandangan.

Kebanyakkannya mengatakan bahawa pemimpin kena tunjukkan contoh bagi mengalakkan rakyat memakai tudung. Pandangan itu terus dihalakan kepada pemimpin negara termasuklah isteri-isteri mereka yang berjambul ala ‘woodywood pecker’ tu

Seingat saya, dari Perdana Menteri yang pertama hingga ke hari ini tiada satu pun isteri mereka yang pakai tudung dengan betul. Berselendang sahaja.

sekadar gambar hiasan...

Kelibat DYMM SPB Raja Permaisuri Agong kita sekarang, Tuanku Raja Permaisuri Nur Zahirah pastinya menimbulkan rasa malu kepada isteri-isteri pembesar negara lainnya. Disaat mereka sibuk berdandan disaloon untuk memerahkan rambut mereka, Tuanku pula tampil dengan imej bertudungnya yang akhirnya menyejukan sedikit pandangan mata rakyat.

Dalam hal bertudung ini juga, ia sudah dianggap sebagai fesyen bukan lagi sebagai satu perkara yang ada hubung kait dengan agama. Hanya sekadar fesyen. Tudung wardina, tudung turki, tudung waheeda, tudung permaisuri, tudung mawi pun ada….macam-macam hal.

Penyampai radio IKIM, Ust Zamri pula ada menyebut bahawa kini kita perlu juga klasifikasikan jenis-jenis pemakaian tudung ini kerana sudah ada yang halal dan ada yang haram.

Yang halal adalah tudung yang dilabuhkan hingga menutup dada dan pakaian pula mestilah tidak menampaknya bentuk badan. Yang haram pula adalah tudung yang hanya menutup kepala tetapi menunjukan leher atau bentuknya disamping turut menunjukan bentuk payudara pemakainya.

Ada juga yang pakai tudung tapi bajunya tidak dibutang hingga ke leher hingga menunjukan lurah payudara. Ada juga yang bajunya menunjukkan pusat atau kainnya terbelah menunjukan betis dan peha dibelakang atau ditepi walaupun mereka itu kelihatan bertudung.

Paling ramai adalah mereka yang bertudung dan berpakaian ala ‘nangka bungkus’. Tudung dan pakaiannya begitu sendat hingga menunjukan bentuk badan yang berlekuk kalau ramping dan berbonjol kalau yang kembung perut.

Dalam era fesyen terkini ada juga yang tudungnya berlilit kat atas kepala sampai nampak macam pakai serban atau pakai kon tepi jalan tu. Wanita ini adalah anugerah Allah yang mana jika kita amati ayat dibawah ini pasti ada sesuatu jawapan kenapa Allah wajibkan wanita bertudung.

Ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Jelas disitu Allah terlebih dahulu melarang kaum lelaki supaya mengharamkan diri mereka dari memandang yang haram sedaya mungkin dan menjaga kemaluan mereka. Bila sebut kemaluan bermakna ia turut dikaitkan dengan hawa nafsu seks yang boleh diransang melalui pandangan kepada objek yang menghairahkan terutamanya tubuh wanita

Allah meminta kaum lelaki menjaga pandangan itu dan disitu jelas bahawa pastinya ada godaan terhadap peringatan Allah itu. Dalam ayat yang kedua pun sama kaum wanita pula diminta untuk melakukan perkara yang sama cuma ia diperdalamkan dengan meminta para wanita tidak menunjukan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir.

Disitu maksud perhiasan tubuh itu terus kepada tubuh badan dimana setiap inci tubuh wanita itu merupakan perhiasan yang harus dijaga, bukan sekadar payudara mahupun kemaluannya. Lehernya, pusatnya, pehanya, punggung, betisnya, rambutnya dan segala-galanya adalah perhiasan yang paling mahal di dunia ini hingga menyebabkan ramai lelaki boleh terpersona akannya.

Itulah keindahan perhiasan yang terbaik didunia yang diminta untuk dilindungi. Sebab itu Allah terus sebut secara jelas tentang adab pemakaiaan tudung yang bukan sekadar sangkut dikepala tapi hendaklah menutup leher baju dan dada mereka kecuali ketika bersama suami.

Tubuh wanita itu sangat mahal nilainya sebab itulah ianya perlu dijaga. Seperti juga emas yang kita simpan dalam bank, pastinya simpanan itu dijaga dengan kawalan yang ketat. Nak pergi ambil pun kena lalui pemeriksaan sekuriti, kemudian kena tunjuk dokumen, kemudian kita lalui pintu bilik kebal yang berteknologi tinggi. Bila dapat kotak simpanan tu kita akan lihat emas itu dibalut sepenuhnya dengan bekas khas agar tidak kotor atau calar. Begitulah tingginya tahap penjagaan emas itu.

Jika kita layan emas sedemikian rupa, wanita lagilah perlu dijaga lebih baik dari itu agar mereka bersih dari noda dan tidak tercalar maruahnya. Nafsu ada dimana-mana, jadi kita perlu menahan apa sahaja yang boleh memberikannya ruang untuk bermaharajalela. Kita usaha sama-sama untuk baiki diri. Lelaki kawal nafsunya, wanita kawal pemakaiannya maka kes jenayah rogol dapat dikurangkan.

Cadangan Promosi Pemakaian Islamm, betulkan otak pereka fesyen dulu

Bagi saya, bila perlu ada cadangan pemakaian Islam ini, jelas bahawa kita kini sudah jauh dari Allah kerana perlu lagi dipromosikan cara pemakaian Islam itu, walhal cara pemakaian dan juga adabnya sudah dijelaskan terlebih dahulu dalam Al-Quran.

Saya juga tertarik dengan pandangan seorang pemanggil yang menegur penganjur acara fesyen Islam dan juga pereka fesyen itu sendiri kerana mereka dilihat lebih mengutamakan soal gaya dan keindahan pakaian itu tanpa memahami konsep sebenar pemakaian Islam. Ada yang buat fesyen tudung lilit kepala. Ada pula yang buat fesyen tudung beropol, berjambul dengan pakaiannya yang sendat, ketat dan terbelah sana-sini kemudian dipanggil sebagai fesyen pakaian Islam.

Kebanyakkan pereka fesyen itu bukan Islam, kalau ada yang islam pun mereka bukanlah mengkaji ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan adab menutup aurat ini. Dalam kepala mereka, bila pakai tudung itu dah kira pakaian Islam. Cukup pakai tudung, kalau baju lengan pendek tak apa, kalau blausnya nipis pun ok, kalau bajunya ketat pun tak apa….itulah pemikiran mereka.

Pemikiran sedemikian perlu diperbetulkan dan setiap pereka fesyen itu perlu merujukan Al-Quran dan Hadis sebelum membuat rekaan.

Pemimpin kena tunjuk contoh

Selain itu, para pemimpin di negara Islam Hadhari ini kena tunjuk contoh cara pemakaian Islam yang betul. Semua isteri Menteri termasuk Rosmah perlu pakai tudung dengan betul. Begitu juga Shahrizat and the gang. Tutup jambul tu elok-elok.

Memandangkan pemakaian tudung dan tutup aurat ini adalah perintah Allah yang muktamad. Allah jualah pemimpin dan pemilik Kerajaan yang paling agung maka Kerajaan kecil di Malaysia yang bangga menyebut negara ini sebagai Negara Islam Hadhari perlulah mengikuti apa yang diperintahkan oleh Ketua Kerajaan yang Agung itu

Maka Kerajaan Malaysia perlulah mengeluarkan satu arahan dan peraturan wajib kepada semua kakitangan Kerajaan dan rakyat yang beragama Islam untuk memakai pakaian menutup aurat.

Bila perkara ini menjadi pakaian wajib maka tidak perlu lagi promosi, yang ada adalah perlaksanaan. Kalau ada promosi pun, mungkin dari aspek fesyen tapi biarlah fesyen itu ikut acuan Islam bukannya ikut kepala otak pereka fesyen itu semata.

Bila Kerajaan kuatkuasakan arahan tersebut saya yakin, kadar jenayah rogol dan cabul akan berkurangan. Tak percaya? pi buat dulu. Jangan komen atau bantah sebelum buat.

InsyaAllah, kita usaha yang terbaik, ikut perintah Allah.

Walaubagaimana pun, Tudung dan tutup aurat hanyalah sebahagian faktor penyelamat yang dianjurkan oleh Islam untuk elakkan kes rogol dan cabul. Faktor lain adalah perangai dan cara pergaulan atau bagaimana anda menjaga diri anda begitu juga kaum lelaki. Bagaimana anda jaga diri dan nafsu, itu juga faktor yang perlu diambil kira.

Pemerintah dan rakyat perlu kerjasama untuk tegakkan hukum Allah. Jika ada sebahagian yang engkar maka, masalah tidak akan selesai sampai bila-bila

Perak : Indahnya Kenangan...

Jalan lama ke Ipoh berliku. Tidak lurus seperti lebuh raya baru. Begitu jugalah politik negeri “the land of grace” (Darul Ridzuan) yang penuh dengan simpang siur.
Begitu lah keadaannya apabila dua orang MB yang masing masing mengaku sebagai MB yang sah memperebutkan kerusi tertinggi kerajaan negeri perak..
Teringat sebuah kata kata " Apabila dua orang lelaki berebutkan seorang wanita, maka tanyalah wanita itu yang mana pilihan hatinya agar kedua-dua lelaki itu tidak bergaduh, bercakaran sehingga mendatangkan aib".
Samalah dalam hal ini, jika dua MB berebutkan satu kerajaan, maka serahkanlah kepada empunya kerajaan (rakyat) itu untuk membuat keputusan.
Apa pun yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Sehari suntuk di Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan melihat kelakuan pembesar politik, saya mendapat banyak pengajaran.Bukan daripada para pembesar politik, tetapi daripada apa yang saya lihat, dengar dan ingat.
Orang Pakatan Rakyat marah. Noktah. Orang Umno pun marah, tetapi mereka juga berasa malu.Mungkin Bandaraya Ipoh, seperti pokok beracun yang memberi nama kepadanya, telah kembali menjadi tempat toksik. Getah pokok ini digunakan oleh Orang Asli sebagai racun untuk menyumpit binatang.
Saya kembali teringat cerita dulu dulu mengenai kehebatan Ipoh pada tahun 1930 dan 40-an.Pada zaman itu, Ipoh dipenuhi orang putih pengurus estet dan lombong, tauke-tauke balak Cina, pekerja ladang dari India, perempuan kabaret, sarang candu, kedai todi dan kongsi gelap.
Pada waktu itu, candu halal dan pengedarannya dilesenkan oleh penjajah Inggeris. Sarang candu atau opium den dan kedai todi adalah institusi yang sebati dengan buruh ikatan dari China dan India.Apabila orang Inggeris membenarkan dan membawa masuk buruh dari negeri China dan India, mereka mengizinkan pendatang itu membawa bersama tabiat mereka – buruh Cina dengan penagihan candu dan pekerja India dengan minuman todi.
Sesiapa yang membaca sejarah tentu terbaca cerita mengenai monopoli Inggeris ke atas perniagaan candu setelah mengalahkan Negeri China dalam dua Peperangan Candu (Opium War) daripada 1839 hingga 1860.Siri peperangan ini berlaku apabila Inggeris melanggar undang-undang Negeri China dengan menyeludup candu dari India untuk kegunaan rakyat China.Pada hari Khamis, 7 Mei walaupun tidak ada lagi manager orang putih, perempuan kabaret, kedai todi dan sarang candu di bandar raya itu, namun perangai segelintir penduduk dan pelawatnya tidak tumpah orang khayal candu dan mabuk todi.Sangat mengaibkan.
Kredibiliti dan kesahihan politik Perak terus menjadi bahan pertikaian. Mungkin sudah sampai masanya difikirkan kearifan mengembalikan mandat kepada pengundi.Tetapi bukan semua yang berlaku dan dialami sehari di Ipoh itu buruk.
Makanan di Ipoh boleh tahan. Jelingan seorang wanita bertudung di kedai makan Yong Suan aka "wangge" mencetuskan ilham untuk berpuisi. Siapa gerangan dia?
Pemandangan di luar daripada kawasan kepungan polis melegakan. Bangunan-bangunan lama mengingatkan kembali tahun 1950 dan 60-an. Moga-moga Majlis Bandaraya Ipoh mengekalkan bangunan-bangunan lama ini.
Perjalanan ke kuala lumpur melalui Jalan Persekutuan 1, iaitu jalan lama membawa saya menyusuri pekan Kampung Kepayang yang sudah ditinggalkan, Gopeng, Kampar, Temoh dan Tapah.
Sejak adanya Lebuhraya Utara-Selatan, pekan-pekan di sepanjang Jalan Persekutuan di Perak semakin usang dan ditinggalkan.Rumah-rumah kampung yang tidak dihuni telah ditelan belukar dan semak-samun. Kita terpaksa mengintai baru nampak rumah-rumah kayu yang berseni ini dicelah-celah pokok durian, manggis, langsat dan rambutan.
Tapi teh dan kopi di kedai kopi usang yang diusahakan oleh sepasang suami isteri tua di Tapah, berhampiran stesen bas masih melegakan.
Jadi, sekali-sekala elok kita tinggalkan keselesaan lebuh raya dan meninjau semula pekan-pekan kecil dan kampung-kampung yang pastinya mengembalikan nostalgia.

Pendek kata, kalau kita kenal sejarah dan kita dekati Perak di luar lingkaran sempit politik hodoh Bandaraya Ipoh, insya-Allah kita tidak akan berasa terlalu gundah-gulana, amarah dan kecewa.

Wednesday, May 20, 2009

Kita Perlukan Pendakwah Kreatif

Setiap umat Islam adalah pendakwah, masing-masing ada tugas untuk mengajak manusia lain kepada Islam dan mengamalkan Islam. Malah urusan dakwah perlu dipelbagaikan mengikut sasaran penerimanya.

Mungkin beberapa orang pendakwah perlu dihantar ke beberapa perkampungan orang Asli untuk duduk bersama orang Asli beberapa lama bagi tujuan mengislamkan mereka. Tetapi untuk mendakwah orang Cina atau India, tidak perlu duduk bersama mereka, tetapi cukup dengan bergaul dengan mereka setiap hari.

Tetapi satu persoalan yang perlu fikirkan hari, sejauhmana umat Islam menjalankan kerja dakwah tersebut. Berapa ramai yang turun padang dan berada di lokasi dakwah dalam tempoh yang lama? Negara ini negara kita dan Perlembagaan Persekutuan melindungi Islam dan umatnya dalam urusan dakwah, tetapi kenapa kita takut untuk berdakwah.

Dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Menurut perkara itu Islam menjadi agama untuk seluruh negara termasuk dalam perkampungan orang Asli. Ke mana tempat yang kita pergi di seluruh perusuk negara boleh dilaksanakan Islam di situ. Jika ada pihak yang menghalang pengamalan Islam di situ, mereka sebenarnya telah melanggar perlembagaan.

Walau bagaimanapun perlembagaan memberi kebenaran kepada pengamal agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka dengan bebas. Malah mereka boleh menyebarkan agama mereka kepada orang lain selain daripada umat Islam.

Selain itu dengan peruntukan Perkara 3(1) juga menjadikan Islam berada di atas dalam pentadbiran negara. Ertinya, pemerintahannya mesti berasaskan Islam, pemimpinnya orang Islam dan semua urusan dalam pentabiran dirujuk kepada Islam.

Berdasarkan itu, urusan dakwah di negara ini boleh dijalankan dengan bebas tanpa kekangan mana-mana pihak malah disokong oleh pemerintah. Tetapi sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, urusan dakwah di negara ini masih terdapat kekangan kerana semua pihak yang terlibat tidak benar-benar memahami peruntukan perlembagaan itu.

Pendakwah yang melebalkan diri mereka sebagai pendakwah bebas kononnya akan bergerak ke mana-mana tempat di negara ini berdasarkan permintaan. Ada yang memberi ceramah di masjid, ada juga yang berceramah di surau, dan tidak kurang juga yang membentangkan kertas kerja di dewan tertentu. Pendakwah bebas atas nama bebasnya agak lantas memberi hujah termasuk mengkritik pemerintah.

Tetapi belum ada lagi pendakwah bebas ini turun padang ke kampung orang Asli dalam tempoh yang lama. Apatah lagi untuk duduk berkampung dan berkahwin dengan orang Asli. Alasannya, tiada siapa yang sanggup membayar perkhidmatan mereka dalam tempoh dalam perkampungan itu.

Manakala pendakwah kerajaan pula, mereka tertakluk kepada peraturan pejabat, kalau dipanggil untuk memberi ceramah di masjid dan surau atau di mana-mana seminar anjuran kerajaan, mereka dibayar alaun. Malah kadang-kadang penganjur akan memberi saguhati lagi kepada mereka

Sungguhpun begitu, mereka juga berpeluang berdakwah di tempat tertentu di luar waktu pejabat. Namun mereka pergi ke tempat tersebut atas permintaan penganjur dan dibayar setiap kali memberi ceramah di situ.

Persoalan sekarang, adakah pendakwah kerajaan turut turun padang berdakwah orang bukan Islam termasuk orang Asli? Jawapannya, ada. Tetapi tenaganya tidak ramai dan waktu yang diperuntukkan amat terbatas. Mungkin masuk kawasan orang bukan Islam hanya untuk urusan memberi hadiah. Dan keberadaan mereka di perkampungan orang Asli hanya selama dua tiga hari.

Kadang-kadang pendakwah kerajaan ini menjadikan aktiviti ini sekadar untuk menghiburkan diri bagi menghilangkan tekanan kerja di pejabat. Selain itu mereka beroleh alaun bertugas di luar pejabat.

Keadaan ini amat berbeza dengan mubaligh Kristian, mereka membuat kerja dengan betul-betul. Selain tenaga mereka yang ramai, mereka sanggup berkampung dan beranak pinak di sesuatu tempat yang menjadi sasaran mereka.

Bagi mubaligh Kristian mereka tidak fikirkan soal kewangan kerana banyak NGO bukan Islam yang memberi sokongan kepada mereka. Mereka tidak perlu fikir hendak makan apa kerana di mana mereka pergi, mereka boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dan boleh makan bersama mereka.

Dalam hal ini saya mengucap syabas kepada kumpulan Tabligh kerana mereka sanggup berjalan seluruh dunia untuk berdakwah tanpa memikirkan soal kewangan. Mereka sanggup keluar duit sendiri malah sanggup cuti tanpa gaji untuk urusan dakwah.

Walau bagaimanapun penulis tidak tahu apakah pendakwah ini turut turun padang menemui orang bukan Islam termasuk orang Asli. Apa yang boleh dipastikan, mereka juga bergeligar dalam kalangan orang Islam dan mengajak orang yang sedia ke masjid dan surau untuk bersama–sama mereka.

Jelas di sini, peruntukan perlembagaan itu tidak digunakan sepenuhnya oleh umat Islam, pihak berkuasa agama, dan kerajaan sendiri. Semua pihak hanya bertindak sekadar melepaskan batuk di tangga.

Hakikatnya kita tidak serius mengajak orang lain untuk mengenali Islam walaupun tidak sanggup mengajak mereka kepada Islam. Buktinya, sepanjang kita bergaul dengan kawan kita yang bukan Islam, pernahkan kita menceritakan kebaikan Islam kepadanya? Kita tidak berani, kononnya sensitif. Padahal mereka tidak pernah berfikiran begitu.

Tuesday, May 12, 2009

Happy Belated Mother's Day


Friday, May 01, 2009

DENGKI : melambatkan kejayaan

Seperti kita ketahui bahwa dengki adalah salah satu akhlaq yang buruk. Sementara itu dengki boleh melambatkan kejayaan anda. Jadi bersikap dengki sungguh tidak ada manfaatnya. Terlebih yang kita dengki termasuk orang yang cukup dekat dengan kita, bahkan tidak jarang saudara kandung sendiri dan ahli sejamaah .

Kenapa boleh melambatkan kejayaan seseorang? Huraian di bawah adalah 3 sebab kenapa sikap dengki terhadap orang lain akan membantutkan kejayaan.

Sebelum membahas 3 sebab tersebut, mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan dengki tersebut. Dengki adalah rasa tidak senang terhadap kejayaan/nikmat orang lain dan menginginkan kejayaan / nikmat tersebut hilang dari orang yang di dengki.

Usaha yang membuang masa dan tenaga.

Dengan memiliki sifat dengki tenaga kita akan habis memikirkan dan mencari cara bagaimana kejayaan/nikmat orang yang di dengkinya hilang. Sungguh sayang dia punya cukup tenaga tetapi tidak digunakan untuk meraih kejayaan dia sendiri. Kenapa tidak digunakan untuk mengembangkan diri dan kenapa tidak digunakan untuk berusaha meraih cita-cita sendiri.


Hilangnya kesempatan berkerjasama

Sering terjadi suatu kejayaan akan membuka peluang-peluang kejayaan tambahan bagi orang-orang yang disekililingnya. Sebagai contoh jika jiran kita berjaya dalam perniagaan restoran, tentu saja dia akan memerlukan banyak bekalan makanan mentah seperti ayam , beras, ikan, dan sebagainya yang boleh memberi peluang bagi kita untuk mejadi pembekalnya. Jika kejayaannya kita sudah awali dengan sifat dengki kita akan malu sendiri untuk bekerja sama dengan orang yang berjaya walaupun ia adalah jiran kita sendiri.

Hilangnya kesempatan belajar

Randy Gage seorang pembicara motivasi mengatakan "studying people who aresuccessful in your area gives you the opportunity to model what they havedone. You learn from their experience and can achieve your own sooner."(mempelajari orang yang sukses pada bidang Anda akan memberikan kesempatan kita untuk mencontoh apa yang mereka telah lakukan. Anda belajar dari pengalaman mereka dan dapat mencapai kesuksesan Anda lebih cepat.) Tentu saja kita akan malu untuk belajar kepada orang yang kita dengki.

Kesimpulannya ialah dengan menghilangkan sifat dengki pada diri kita akan membantu kita menuju kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Cara menghilangkan sifat dengki ialah dengan menumbuhkan kesedaran bahwa rezeki setiap orang berbeza-beza. Sesiapa yang melakukan ikhtiar dengan lebih tekun dan kena jalannya dia akan mendapat habuan lebih besar dengan izin dari Allah jua.

Yang kedua ialah dengan cara berdoa semuga Allah menjauhkan diri kita dari sifat dengki yang membawa kerugian kepada diri sendiri. Berdoalah juga semuga kejayaan yang diraih oleh orang yang kita kenali datang juga dalam hidup ini, syatnya mesti didahului dengan usaha yang gigih. Itulah Tawakkal namanya.

Related Posts with Thumbnails