~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, December 30, 2011

Wanita Solehah - Sebaik-baik Perhiasan Dunia

BETAPA  hebat menjadi wanita. Lemah Lembut, penuh kasih sayang, dilindungi, dihormati dan dihargai. Kehadirannya diperlukan oleh setiap manusia di semua peringkat usia. Sebagai anak dia menyenangkan. Sebagai saudara, dia menenteramkan. Sebagai isteri, dia menginspirasi. Sebagai ibu, dia pendidik ulung dan sebagai  teman, dia dikenal sebagai penasihat yang ikhlas.

Di sebalik kekurangannya dari segi akal dan agama, dalam banyak situasi, wanita adalah watak utama di belakang tabir. Jika Baik pendidikan yang diterimanya, maka baiklah pula pengaruh yang dibawanya.

Boleh dikatakan, wanita adalah penentu jatuh atau bangun serta tegaknya seorang lelaki. Malah dalam banyak kisah dari seluruh dunia kehidupan, wanitalah yang berperanan penting dalam mendokong perjuangan lelaki, memberikan motivasi dan buah fikiran yang tak dapat diketepikan.

Hal yang sama berlaku kepada keluarga Muslim-mukmin yang cinta li ilah li kalimatillah, jihad fi sabilillah. 


Dalam sebuah keluarga, posisi sebagai isteri adalah sangat penting, kerana dialah orang yang paling dekat dan paling memahami suaminya. Di sinilah letaknya makna syarikatul hayah (pasangan kehidupan), yang setia menjadi sayap suami dalam keadaan suaminya hadir dan sewaktu ketiadaannya. Bersungguh-sungguh berusaha membantu secara hakiki dan maknawi dalam mencapai cita-cita hidup mulia atau mati syahid.

Firman Allah SWT  di dalam surah At-Taubah, ayat 71;


“Dan orang-orang yang mukmin lelaki dan wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka mendirikan shalat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.”

   
Apakah syarikatul hayah (partner kehidupan?), apakah kriteria yang diperlukan? Secara ideal, seorang wanita Muslim haruslah memiliki modal:

1.  Memiliki tingkat iman dan taqwa yang memadai


Paling tidak, mampu membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Cukup pula untuk dia memilih dan membeza yang halal, haram dan yang syubhat. Dengan demikian, dia menggenggam izzah-nya dengan kuat.


Bila sudah berbekal dengan iman dan taqwa, dia tidak akan mudah berputus asa dan kemudian diserang kemurungan apabila ditimpa musibah. Dan dua bekal tersebut akan menjadi benteng dirinya dari terjebak ke dalam perbuatan atau kerja yang berisiko mengancam aqidah dan akhlaq.
2. Sebaiknya dia menguasai ilmu dien dan akademik

Wanita yang berwawasan akan menyadari kepentingan ilmu kerana dialah yang akan memikul tanggung-jawab sebagai guru besar kepada anak-anaknya, baik semasa keberadaan suami  di rumah maupun pada ketika ketidakhadiran suami. Dengan ilmu, dia mampu berperanan sebagai pembantu pribadi suami dan berupaya menjadi pendidik kepada anak-anaknya.

Sementara dengan kemahiran atau skil-skil tertentu, antara lain, memasak, menjahit, mengajar, memandu kenderaan dan lain-lain, dia akan memiliki inisiatif dan kreativiti dalam menjalani hidup, baik bersama suami mahupun ketika bersendirian.
3. Berkemampuan mengawal emosi

Wanita Muslim yang baik, ia harus sanggup bersusah-payah dan berusaha untuk qanaah, kerana isteri yang cintakan Allah, agama dan jihad akan otomatis menjadikan dunia sebagai sarana menuju akhirat, bukan sebagai kesenangan dunia semata. Menurut istilah Imam Asy-Syafii rahimahullah, “Hakikat zuhud adalah tidak meletakkan dunia di hatinya.”
Ini bermakna, bahawa seorang isteri harus kuat menahan hati dan emosi apabila kekayaan ditarik pada bila bila masa , apabila keperluan dunia makin tidak sempurna dan mulai berkurang.

4. Memiliki mental yang kuat


Dalam bahasa yang lebih mudah, wanita harus kuat menahan perasaan. Ada banyak keadaan  yang menuntut kemampuan ini; kepergian suami dalam waktu lama, anak yang sakit di kala suami sibuk dan tak dapat mendampingi, keperluan ummat yang menghadkan  waktu bersama suami.  Sementara keluarga yang tidak sporting dan keadaan kewangan yang tidak stabil, adalah satu perkara yang tak dapat tepiskan begitu saja.

5. Mampu mengawal diri dari sifat buruk yang timbul dari situasi tertentu

Sifat buruk di sini antara lain adalah; membangga diri sebagai isteri, Membanggakan suami dan merendahkan orang lain.

6. Memiliki daya tahan dan kemahuan yang kuat


Daya tahan seorang istri yang menjadi inspirasi dan menjadi pendorong utama para suami untuk melaksanakan amal dan karier. Dia ibarat  antibodi yang gigih melawan sebarang jenis bakteri, kuman dan  virus yang menyerang jiwa dan semangat suami dan keluarga.
Dia berkemahuan kuat untuk bersama-sama suaminya menempuh ombak lautan perjuangan di dalam kapal bernama “jihad” dan rumahtangga menuju jannah Rabbnya. Dengan kemahuan kuat yang kadang kelihatan seperti sebuah kedegilan, jiwa rapuh ditegakkan, semangat layu disegarkan dan air mata diusap dan diganti dengan senyuman.
7. Selalu berinisiatif untuk kelihatan menarik di mata suami


Wanita Muslim harus menarik dari berbagai segi; penampilan, cara berpakaian, berfikir, bersikap, berbicara dan mengambil keputusan, dalam waktu senang maupun susah. Wanita sebeginilah yang Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wasallam (صلى الله عليه و سلم)  maksudkan dalam sebuah ucapannya,

“Tidakkah mahu aku kabarkan kepada kamu tentang sesuatu yang paling baik dari seorang wanita? Wanita sholehah adalah wanita yang bila dilihat suaminya menyenangkan, bila diperintah ia mentaatinya dan bila suaminya meninggalkannya, ia menjaga diri dan harta suaminya.” [Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i)

Berbahagialah wanita yang membahagiakan suaminya. Lelaki yang berjaya adalah lelaki yang bahagia lantaran telah memperoleh sebaik-baik perhiasan.

Rasulullah dalam sebuah haditsnya mengatakan,  "Ad dunya mata', wa khoiru mata'iha al mar'atus Shalihat." (dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri Solehah, HR. Muslim)

Lelaki yang berjaya adalah lelaki yang jiwanya bahagia dan merdeka, lelaki yang tidak terpenjara oleh kerenah dan  ragam wanita di sisinya. Untuk itu, kesempatan belajar dan hak dididik perlulah diberi kepada kaum wanita. Tak ada ruginya lelaki memberi kesempatan wanita belajar. “You get what you give.”


Yakinlah, tangan yang menghayun buaian, akan mampu menggoncangkan dunia. Wallahu a’lamu  bish-shawabi. (Hanya Allah yang Maha tahu kebenarannya)

0 komen:

Related Posts with Thumbnails