~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Saturday, June 05, 2010

Andainya Wanita Mengetahui....

Lelaki bukanlah sempurna 100% , walaubagaimanapun rupa parasnya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!! mereka juga normal dan mempunyai kelemahan. Alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya wanita juga mengetahui..... apa yang perlu wanita ketahui.... ini diaaa.......

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang sangat sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukuplah dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan dan dikongsi bersama. 

3. Dalam kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh wanita. 

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5.Lelaki berusaha menonjolkan sifat kelelakiannya untuk menambat hati wanita.





6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita, sebab itu lelaki suka melihat wanita, menjeling wanita, merenung wanita! tak pun cuci mata di tepi pantai.. hehehhe

7. Kebanyakan lelaki resah apabila berhdapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.

8. Lelaki suka berlagak macho hanya kerana ingin memikat wanita.

9. Bila lelaki cakap ..." tengok la dulu" itu bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Apabla lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu perkara, dia sebenarnya ingin bersikap jujur atau terus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak "desperate" adalah datang dari sekolah All Boys.... (hanya pengamatan saja)

12. Adalah suatu perkara biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 

13. Lelaki tidak dapat belajar kesemuanya berkenaan wanita dari perpustakaan atau buku semata mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap wanita... dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu begini... Kadang kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan baik...

14. Betapa pun hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan "flirting" dengan ramai wanita... dia tetap hanya ada seorang wanita yang istimewa.... yang lain hanyalah kawan... :)

15. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedarinya... maafkan saja... Kebanyakan lelaki tak sengaja... mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah....

16. Jika sesuatu hubungan putus ditengah jalan, lelaki juga rasa bersedih... cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya dihadapan orang.

17. bila seorang wanita meminati lelaki, wanita itu patut bagi hint!! manala tahu lelaki itu juga menaruh minat.. ssenang la urusan seterusnya... heheh

18. adalah memalukan bagi lelaki bila tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita... Mereka lebih mudah tewas sekiranya airmata itu mengalir dari wanita yang dikasihi.. sebab itulah dikatakan airmata itu senjata ampuh wanita.. hehheehe


Ini hanyalah sekadar penilaian dan pendapat serta sedikit pengalaman sepanjang perjalanan hidup yang penuh dengan liku liku.... Ada penambahan untuk menjadikanya lebih berseri... anda boleh bersetuju dan tidak dihalang untuk tidak bersetuju....

2 komen:

eLyA said...

tahu jer...hmmm @_@

smtabi'in said...

tahu dah kerrr??? vavavvaa hebatnyaaaa... caya lahh....

Related Posts with Thumbnails