~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, May 22, 2009

Teori HAMKA vs Teori RAHMAN

SELEPAS TEORI RAHMAN TEORI HAMKA?

Warga Malaysia mempunyai satu teori (baca: sistem meramal giliran) yang unik mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri di negara ini selama enam generasi mulai 1957. Sistem meramal giliran ini dikenali sebagai TEORI RAHMAN.

Teori ini bukannya teori dalam ertikata ilmiah yang sebenar-benar. Ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama lazim Perdana Menteri Malaysia mulai dengan Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhir sekali perkataan (N) yang baru saja dipenuhi oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Teori ini sebenarnya sudah terkenal sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, tiada sesiapa mengetahui siapakah insan pertama yang mencipta teori berkenaan.

Mengikut pendukung teori ini, bakal-bakal PM Malaysia selama enam generasi mulai 1957, adalah dari kalangan mereka yang pangkal namanya terangkum dalam abjad perkataan RAHMAN.

Teori ini pernah menjadi polemik hangat di era Mahathir bila Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata pendukung teori, Musa tidak akan menjadi PM kerana abjad pangkal namanya tidak menepati huruf A selepas M yang diisi oleh Mahathir.

Bila Musa meletakkan jawatan dan Tun Abdul Ghaffar Baba mengisi kekosongannya, para pendukung teori ini mengatakan Ghaffar mungkin menjadi PM sesudah Mahathir. Bagaimanapun proses politik menggantikan Ghaffar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh kerana abdaj di pangkal nama itu adalah A, maka pendukung teori itu yakin Anwar akan menjadi PM selepas Mahathir.

Hajat Anwar tidak kesampaian. Proses politik meminggirkan beliau daripada teori RAHMAN. Tetapi, Abdullah pula yang mengisi abjad A dalam teori RAHMAN.

Abjad terakhir N dalam teori RAHMAN ini dipenuhi oleh Najib. Ini bermakna tamatlah curcuit teori RAHMAN ini. Dengan itu, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang? Mungkinkah muncul teori HAMKA – H=Hishamuddin. A=Ahmad Zahid Hamidi. M=Mukhiz. K=Khairy. A=?????

0 komen:

Related Posts with Thumbnails