~~“Walaupun Puyuh Mencuri Sayap Helang, DiaTetap tak Bisa Terbang”~~

Waktu Solat

Seri Iskandar, Parit, Beruas, Kg Gajah
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:41
 
 Subuh
5:51
 
 Syuruk
7:04
 
Zohor
13:13
 
Asar
16:18
 
Maghrib
19:15
 
Isyak
20:24

Friday, May 22, 2009

Daulat Tuanku.....


Puisi ini mungkin masih sesuai dengan suasana politik semasa di Perak...


Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik yang mana ketuanan mu
maka sanggup kau mencabar Raja Melayu
Raja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
yang jadi tunggak kekuasaan Melayu
di manakan maruah mu?

Tidak pernah Melayu
mencabar dan derhaka seperti kamu
di manakah nilai keIslaman mu?

Akibat hasutan iblis dan kafir keparat
maka kamu sanggup menjadi bangsat
hinanya kamu yang telah diangkat Raja
dan diberi pangkat
kini kamu anjing maka tuan digigit!

Wahai Melayu
sedarlah kamu
kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
perhatikan keliling kamu
bukankah yang terpekik di jalanan
hanya bangsa kamu
bukankan yang emosi terbaring
juga bangsa kamu
di mana mereka yang kamu perjuangkan itu
apa sebenarnya perjuangan kamu
Islam?
Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?

Janganlah kerana emosi
kamu derhaka kepada Sultan
ingatlah
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
selagi Melayu tidak hilang di dunia
selagi itu Raja Melayu
akan terus bertakhta di hati rakyat!

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

0 komen:

Related Posts with Thumbnails